Ini antara langkah manjakan kulit sebelum tidur paling mudah, mestilah cuci muka. Tetapi untuk kekalkan kelembapan pada wajah, anda kena juga ada sesuatu.
Hah, cukup satu produk ini sahaja, mesti rasa puas! Pernah tahu tentang sleeping mask?
Rutin Sebelum Tidur, Bangun Pagi Kulit Kering Rasa Lembap
Ya, anda boleh pakai setiap malam sleeping mask dan bangun esoknya kulit tak kering. Rasa lembap dan selesa walau tak berapa rajin pakai pelembap.
Ads
Ada orang kata, salah satu sleeping mask paling syok adalah, Laneige Cica Sleeping Mask. Bila berulang kali pakai Laneige Cica, esoknya kulit reda sikit from whatever blemishes and dryness yang ada.
Ini salah satu jenis sleeping mask yang terbaik untuk kulit:
Kalau anda tak alergi dengan apa-apa kandungan produk muka, boleh cuba sleeping mask ni. Sangat melembapkan kulit, menguatkan skin barrier serta soothing the skin. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Ads
Kulit akan jadi seolah-olah sedia untuk memulakan hari yang baru! Pakai moisturizer saja tak dapat result macam ni tau. Jadi bagi anda yang berkulit kering boleh cuba tip ini ya.
Masih ramai yang tak buat hibah sebab kurang jelas tentang maklumat ini. Malah masih ramai yang ragu-ragu tentang pengurusan harta, contoh kepada siapa hendak dibahagikan harta tersebut.
Atau perlu ke buat wasiat, apa akan terjadi sekiranya berlaku kematian secara tiba-tiba?
Untuk pengetahuan semua, ramai yang bercakap mengenai konsep hibah untuk meninggalkan harta kepada waris. Yang paling popular dalam kalangan orang Islam Malaysia adalah hibah takaful yang diambil oleh suami untuk isterinya.
Walaupun hibah ini sering disebut, tetapi masih ramai yang masih tidak berapa tahu apa itu hibah dan fungsi hibah ini. Hibah bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk barangan yang nyata atau tidak. Hibah juga boleh memberi erti sebagai hadiah ataupun sedekah.
Kalau dilihat dari pandangan syarak Islam pula, hibah adalah satu kaedah perancangan pengagihan atau pemberian harta secara sah. Islam menggalakkan penganutnya menggunakan kaedah ini bagi mengelakkan sebarang pertikaian yang mungkin terjadi antara keluarga, saudara mara dan pewaris apabila berlakunya kematian.
Baru-baru ini, usahawan terkenal Noor Hayati Kamarzaman atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Yatie, berkongsi sedikit kepentingan dalam melakukan hibah ke atas ahli keluarga terutama untuk anak-anak perempuan.
“Bergambar kenangan depan Mahkamah Syariah. Risau je masuk dengan @mohamad.zaidi.aziz. Selepas 20tahun alhamdulillah merasa jejak ke sini tapi atas tujuan hibah harta lah. Bukan atas sebab lain”. Tulisnya melalui postingnya di Instagram.
Beliau juga menambah bahawa fokus mereka suami isteri hanyalah untuk bina kerjaya, mencari pengalaman dan pengetahuan. Mereka tidak fikir untuk memberikan sesuatu kepada anak-anak mereka selain daripada menjalankan tanggungjawab seadanya, hantar anak belajar, beri makan dan pakaian yang semampunya.
“Slide belakang tu masa kami di awal kahwin, anak pun baru usia dalam 1-2 tahun. Baru habis kerja, ada shooting @sendayu.tinggi_hq yang kami sendiri buat. Kami lah photographer, Kak Yatie lah mua, fokus kami untuk bina kerjaya, gain experiences dan knowledge. Masa ni tak fikir pun ada sesuatu yang boleh diberi pada anak-anak selain menjalankan responsible seadanya, hantar mereka study, beri makan, pakai yang mampu, sampai lah kami berdua own @the_hijab.co & @_theskin.co.
“Korang yang ada waris anak perempuan je elok sangat lah tu buat hibah. Tak boleh dicabar tau. Kalau wasiat masih boleh dicabar di court. Even ada lelaki atau perempuan yang ramai pun elok juga lah dah siap-siap agih. Bukan apa, tanah sepasu pun boleh putus hubungan anak beranak. Makan masa bertahun-tahun nak setel. End up jadi harta tak dituntut. Korang tau tak, wang yang tak dituntut je hampir 11.2billion yang mana majoriti adalah bumiputera. Non bumi siap-siap dah buat will spy tak jadi isu macam ni la,” tulis Kak Yatie.
Kak Yatie juga menasihatkan para ibu bapa agar membuat hibah untuk anak- anak agar dapat digunakan dan memudahkan pada masa akan datang jika berlaku sebarang kesusahan atau kematian.
Untuk rekod, Kak Yatie merupakan anak kepada Bonda Rozita dan kakak kepada Dato’ Aliff Syukri. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wah, meriahnya majlis perkahwinan kerabat diraja Brunei, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar dengan Dayang Syafiqah Niqmatullah binti Amraan. Selain majlis pernikahan dan resepi, ada beberapa lagi majlis penuh adat dilakukan di Brunei yang orang Malaysia tidak tahu iaitu majlis berbedak dan majlis ambil-ambilan.
Pernikahan kedua-dua mempelai yang berlangsung pada 24 Jun 2022 dimana majlis persandingan dihadiri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bertempat di kediaman pengantin yang terletak di Baitun Na’aim, Jerudong.
Menariknya, selain majlis pernikahan, sanding dan resepsi, terdapat juga majlis berbedak dan ambil-ambilan atau biasanya digantikan dengan kenduri kesyukuran.
Jom baca tentang adat berbedak di Brunei.
Adat Berbedak
‘Adat Berbedak’ adalah upacara di mana kedua pengantin akan di bedaki di rumah masing-masing bertujuan untuk menambah serinya wajah. Acara ini dilangsungkan berasingan.
Selepas berbedak, akan dilangsungkan upacara mandian. Pengantin akan duduk diatas papan yang berlapik sambil dikelilingi empat lilin. Setiap lilin akan dipegang oleh kanak-kanak memakai ‘sesandang’ yang berlainan warna.
Pengantin tersebut seterusnya akan dimandikan dengan air ‘langir’, air bunga melor/ melati dan bercampur dengan air bercampur ‘kalambiji’. Air ini bertindak sebagai pembersih dan minyak wangi badan. Kemudian pengantin akan di mandikan dengan air bersih diikuti dengan pengambilan air wudhu.
Selepas itu, pengangun akan mengambil lilin yang menyala dan menyuruh pengantin tersebut meniup padam dengan mulut yang berisi air sebanyak tiga kali. Selepas itu, pengantin akan disuruh berpakaian putih. Dia seterusnya akan diliputi dengan bau kemenyan, bertujuan untuk mengekalkan bau segar dan harum pengantin.
Majlis Masuk Berbedak
Ini adalah upacara yang terbuka. Keluarga pengantin perempuan akan mengadakan acara ini dikediaman sendiri sehari awal daripada pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan melangsungkan acara ini pada waktu malam, sehari sebelum hari perkahwinan.
Dalam upacara ini, pengantin tersebut akan memakai pakaian tradisi (contoh; pakaian Brunei). Keluarga, sanak saudara dan jemputan akan seterusnya menyapu bedak di tapak tangan pengantin dan juga di bahagian dahi.
– Kredit: Mataharikita.blogspot.com
Indahnya bila ada adat dalam budaya. Walaupun bukan satu kewajipan tetapi sekurang-kurangnya boleh mengingatkan kita pada adat budaya yang perlu diwarisi.
Di majlis perkahwinan pasangan kerabat diraja ini juga, YM Dayang Syafiqah Niqmatullah binti Amraan mendapat sentuhan solekan dari jurusolek ternama negara, Syed Faizal Syed Noh dalam setiap majlis yang diadakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin sudah ada yang mula puasa enam. Puasa enam antara amalan sunat yang menjadi rebutan umat Islam dalam bulan Syawal.
Dalam menilai sejauh mana kedudukan puasa Ramadan seseorang Muslim, maka puasa enam boleh dianggap sebagai antara kayu pengukur tahap ketakwaan selepas berjaya melaksanakan sebulan puasa.
Nabi SAW bersabda: “Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan 10 bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (pada Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.” (HR Nasa’ie)
Namun jangan pula abaikan soal kesihatan. Amat penting untuk kita menjaga soal pemakanan ketika berpuasa agar tubuh kekal cergas dan bertenaga.
Dengan cara ini amal ibadah kita akan berjalan dengan lancar. Berikut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar
Untuk puasa enam ini teruskan ambil protein ya. Protein penting untuk tubuh. Tiap-tiap menu ambil. Sumber terbaik daripada tumbuh-tumbuhan.
Protein penting sebab:
1. Bolehkan kita bergerak.
2. Sokongan kepada struktur sel.
3. Berperanan transport kan molekul di dalam sel serta ke seluruh tubuh.
4. Bertindak sebagai messenger dan menghantar signal kepada sel dan tisu.
5. Sebahagian dari sistem imun dan bertindak sebagai antibodi. Bertindak menyerang penceroboh yang cuba ceroboh sistem dalam tubuh.
6. Berperanan sebagai enzim. Penting sebagai catalyst kepada tindakbalas ribuan kimia di dalam sel.
7. Protein mengeluarkan tenaga untuk keperluan tubuh.
Ringkasnya ambil sahaja protein setiap hari. Kurang protein memberi impak buruk kepada kesihatan. Hilang otot, letih, perkembangan terbantut dan lemah sistem imun adalah hadiah daripada diet kurang protein.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...