Kuatnya seorang suami isteri apabila mereka menghadapi ujian dengan tabah dan sabar. Itulah hakikat. Selain pelangi, kebahagiaan dan rezeki yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri, tentunya ada ujian yang diberikan.

 

Kata orang, marah tak bererti benci. Ia juga adalah tanda sayang. Begitulah yang Allah berikan kepada hambaNya. Ujian yang datang tidak dibiarkan kita hanya terkapai-kapai. Allah datangkan sekali pertolongan dan akhirnya menawarkan kebahagiaan paling indah.

 

Seperti perkongsian Abu Hurairah Roslan, kisah yang terjadi pada diri sendiri menjadi bukti betapa perkahwinan juga datangnya dengan ujian.

 

Ada beberapa pm dan whatsapp,

Dari pasangan muda yang baru beberapa bulan bernikah, juga ada yang baru setahun dua. Ada yang baru anak seorang. Ada yang masih belum di kurniakan cahayamata.

Kebanyakan mereka bagitahu, yang tak mampu nak teruskan lagi rumah tangga ini.

Dengan tekanan hidup dan kerja. Soal anak pampers susu. Kos sara hidup. Dan berbagai lagi.

Maka, saya tuliskan ini untuk memberitahu bahawa hidup berumah tangga adalah hidup yang bukan kosong. Ia bukan soal makan minum saja. Ia bukan juga tentang berlari-lari di tepian pantai. Mengira bulan bintang.

Ini kisah tentang carah anak kedua kami.

Masa ni kami menumpang di rumah kakak ipar yang baik. Dapat satu bilik. Ada satu katil untuk saya dan isteri berehat. Anak sulung dan carah tidur di bawah.

Masa tu birthday carah yang pertama. Teringin nak belikan kek tapi saya memang tiada duit. Isteri pun kalau ada masa tu ambil upah jaga taska nak guna untuk keperluan makan minum kami.

“Kalau ada kek ni mesti carah happy” kata saya.

IKLAN

“Takpe bang. Ada rezeki kita beli lain” balas isteri.

Tengah saya scroll facebook nampak ada satu iklan yang seorang penjual kek ni nak bagi kek percuma kepada siapa yang sambut birthday hari tu. Tak silap saya kena komen dan kongsi.

Saya pun cubalah. Kot-kotlah dapat kan.

Tiba-tiba saya baca komen tu, penjual tu kata saya telah di pilih untuk dapatkan sebiji kek harijadi. Allahuakhbar!

Punya gembira masa tu. Terbayang nanti boleh hiburkan carah dengan sebiji kek. Saya bagitahu isteri yang kita dapat kek percuma. Cuma kena ambil di Subang.

Pinjam kereta abang ipar. Saya pandu dengan isteri dan kami bawa balik kek ni. Kami potong sama-sama. Kami berdoa moga satu hari nanti kami dapat hidup yang lebih baik lagi. Tak susahkan orang-orang sekeliling kami.

Itulah saat yang terindah dalam rumah tangga.

Kalian yang baru berumah tangga,

Indahnya kehidupan yang kita lalui ini bila ia dipenuhi dengan warna suka dan duka. Jatuh dan bangun,pahit dan manis silih berganti.

IKLAN

Bagaikan roda yang berputar,kita akan berada diatas dan dibawah. Tuhan maha adil. Tak selamanya dibiarkan kita berada disana, kerna sesekali dia kan membawa kita kesini.

Kepada ujian yang sakit.

Kepada kesakitan yang pahit.

Kepada jatuh bangun yang membuatkan kita kadang tak mampu untuk meneruskan.

Di atas semua kesusahan itu, sebenarnya kita dan rumah tangga itu sedang sangat dekat dengan Allah. Malah, nanti kita boleh tersenyum mengingat betapa Tuhan juga sedang senyum pada kita.

Melihat suami yang pergi pagi pulang juga pagi.

Melihat isteri yang membantu suami hingga kadang menangis sendiri.

Tuhan sedang melihat kita yang sedang terkial-kial memenangi semua ini demi cinta seorang hamba pada Tuhannya.

IKLAN

Tuhan sedang melihat kita membuktikan Allah itu Maha Kaya. Maha Besar. Maha segala-galanya.

Kita yang suami dan isteri,

Bangunlah di tengah malam nanti. Bercakaplah dengan Allah. Dengan hati yang penuh takut dan harap, mengucapkan terima kasih kepada Allah atas segala nikmat dan ujian yang diberi.

Yang membuatkan kita suami isteri semakin matang menjalani liku hidup di dunia ini. Walau kita pun tidak pasti bagaimana kesudahan didunia, apalagi di hari akhirat nanti.

Di sepanjang hidup ini, kita tidak mendapatkan kekuatan selain dari Allah.

Kita takkan pernah mampu untuk bangun jika bukan tangan ajaib Tuhan itu yang menghulur.

Kita lemah dan kita pun tahu itu. Kerna itu Tuhan tidak pernah menjauh dari kita.

Kekalkanlah kita sebagai suami isteri dalam iman. Kuatkanlah keyakinan bahawa janji Tuhan itu benar. Pandulah kita sekeluarga dalam menunggu bahagia.

Moga kasih sayang Allah selalu selamanya mengiringi kita.

Biar kita tidak hanya bersyukur diatas nikmat, tapi juga mampu tersenyum dengan ujian. Betapa ujian itu perlu untuk kita tidak terpisah dari Allah.

Selamat berjuang buat kita.

Suami dan isteri yang berusaha bahagia.

Hugs.

#sweeterapi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI