Bagi pasangan yang belum matang semestinya menganggap sedikit percakaran itu sebagai titik mula musnahnya ikatan cinta, ingatlah betapa susahnya anda untuk berada di tahap ini, tahanlah diri dari sikap marah. Tanam sifat sabar ini nescaya perkahwinan anda mampu hingga ke jannah, ikuti perkongsian dari Firdaus Shakirin supaya anda kenal pasangan anda sebaiknya.
.
Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah SABAR…org akan nmpk mcm 20 tahun tu adalah tempoh yg seronok, yg bahagia, walhal dlm 20 tahun tu dah mcm2 yg jadi dlm rumahtangga…Dah pernah ada rasa nak berpisah, dah pernah ada rasa nak mengalah, dah pernah ada rasa tawar hati, dah pernah ada rasa nk hidup sendiri…klu bukan disebabkan sifat sabar yg ada dlm hati tu, xmgkin dan hampir mustahil utk bertahan selama tempoh tersebut…
.
Sabar dlm rumahtangga ni tak terhad kpd sabar dgn sikap dan perbuatan pasangan semata2…ada org bersabar dgn mertua, ada org bersabar dgn ipar duai, ada org bersabar dgn org ketiga, ada org bersabar dgn kesusahan keluarga, ada org bersabar dgn ujian kesihatan, ada org bersabar dgn rezeki Allah s.w.t dan sebagainya…
Klu sabar itu tiada dihati, dlm beberapa bulan sahaja hubungan tu dah tamat…dah diletakkan titik hanya kerana tak sabar…Tak sabar dgn sikap dan perbuatan pasangan, tak sabar dgn mulut mertua, tak sabar dgn karenah ipar duai, tak sabar dgn kehadiran org ketiga, tak sabar hidup susah dan sebagainya…
.
Utk berada dlm tempoh 15 tahun, 20 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yg sukar, namun ianya juga tidak semudah yg disangkakan…Hanya SABAR sebagai peneman.
Kredit : Firdaus Shakirin