Wanita ini bila dia dah jumpa orang yang sesuai untuk dijadikan bakal suami, memang dia teruja. Rasanya lelaki pun sama. Malah lelaki ni lebih banyak pantang larang nak cari isteri. Tetapi mana yang pandai mengambil hati, yang itulah paling dia sayang.

Hakikat yang wanita perlu tahu, lelaki takut kehilangan. Kalau boleh dia tak mahu hadapi saat perpisahan. Sebab itu dia takutkan komitmen. Susah nak yakinkan tetapi kalau kita mencuba, mana tahu dia mudah jatuh hati.

Sabar Tunggu Lamaran Kahwin. Kalau Kita Beriya Sangat, Takut Lari Pula Calon JodohLelaki takut kehilangan, kalau kita manja dengan dia
Lelaki sebenarnya lemah dengan perempuan manja. Kalau kau dah kahwin, manja-manjalah selalu. Kau minta apa sahaja, nescaya dia bagi. Kalau kau belum kahwin, jangan mengada-ngada nak manja-manja dengan lelaki lain, lebih-lebih lagi suami orang.

Lelaki memang kalah dengan perempuan gedik dan bersuara manja. Bahaya kerana ini adalah antara kelemahan lelaki yang terang lagi nyata. Kalau dah biasa dimanja, tentu dia tak mahu kehilangan kita.

IKLAN

Sekali-sekala, menangis depan lelaki
Lelaki lemah dengan air mata wanita. Kau kena tahu, lelaki memang menggelabah bila tengok perempuan menangis. Dia tak tahu nak buat apa sebenarnya. Nak pujuk ke, tak pujuk? Nak cakap manis ke, atau buat-buat tak tahu. Cuma jangan kau asyik menangis untuk cari perhatian dia. Lama-lama dia dapat tahu taktik kau.

Mulakan perbualan terlebih dahulu
Ada jenis lelaki yang takut untuk mulakan perbualan. Ya, inilah ketakutan yang maha hebat. Ramai lelaki yang tak pandai nak memulakan perbualan. Lebih suka bersembang dengan kawan-kawan sendiri, tapi tak berani cakap depan-depan perempuan yang dia suka. Bila si perempuan pandai main peranan, dan lelaki semakin rasa selesa, tentu dia takut mahu tinggalkan pasangan.

Luahkan perasaan terlebih dahulu
Lelaki takut luahkan perasaan. Lelaki juga akan takut kehilangan seseorang yang dia selesa meluahkan perasaan. Ada satu lagi kelemahan lelaki, iaitu tak pandai luahkan perasaan. Macam mana nak rasa lebih rapat jika tidak berkongsi dari hati ke hati. Sebenarnya, dalam hati lelaki, ada macam-macam perasaan yang dia mahu kongsi. Bila pandai cari titik ego dia, pasti mudah untuk mulakan bicara.

IKLAN

Sabar Tunggu Lamaran Kahwin. Kalau Kita Beriya Sangat, Takut Lari Pula Calon Jodoh
Ajak kahwin cepat-cepat
Lelaki takut komitmen. Bimbang tak cukup duit katanya. Bimbang tak boleh sara makan pakai. Ini satu lagi. Bila sudah berkawan, takut pula mahu mengikat tali pertunangan untuk ke jenjang pelamin. Belum bersedialah, duit belum cukuplah, dan macam-macam lagi alasan. Kalau tak mahu komitmen, jangan serius berkawan dengan perempuan. Luka hati si perempuan itu nanti, kalau terlalu berharap.

Lelaki takut kehilangan, kalau kita hormat mak ayah dia
Kalau kau belum kahwin, kau kena tahu, lelaki memang akan ‘cair‘ kalau kau layan mak ayah dia baik-baik. Terasa macam nak akad nikah masa itu juga. Kalau mahu buat lelaki itu takut kehilangan kita, layan dan hormatlah mak ayah dia, macam kita hormat mak ayah kandung kita sendiri.

IKLAN

Layan anak-anak dia
Kalau kau berkawan dengan duda, sikap baik kau dengan anak-anak dia akan buat dia suka kau. Hati-hati, jangan sampai terjatuh hati. Kalau sudah jodoh dan rezeki, apa salahnya. Cuma kau jangan cari pasal kalau berkawan dengan suami orang yang ada anak-anakSilap-silap, dia akan jadikan kau bini kedua.

Sumber : The Rohani
Gambar Hiasan : Tangkap Pictures dan Instagram Ezza Yusof

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI