Kesukaran mendapat zuriat mungkin ada yang membuatkan ramai pasangan pengantin stres dengan orang sekeliling mahupun keluarga. Tapi apakan daya itu semua rezeki dari Allah. Kita hanya mampu tawakal dan terus berusaha. Dalam mendapatkan zuriat ini, Dato Ustazah Siti Nor Bahyah ada berkongsi akan amalan yang boleh anda lakukan agar dipermudahkan proses memperoleh zuriat. Buat dengan tenang dan terus usaha ya tuan puan.

Sambil Pegang Perut, Isteri Sebutlah Tiga Nama Dari Asmaul Husna Untuk Permudah Zuriat
.

AMALAN MUDAH HAMIL DARI USTAZAH SITI NOR BAHIYAH

Dik dan suami boleh cuba amalan nie, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk dik dan suami dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh :-

Baca Bismillah 1 kali
Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.

Contoh :
Ya Allah, kurniakanlah kepada hambamu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat’* Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Dik dan suami cuba amalkan selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan putus asa

Sambil Pegang Perut, Isteri Sebutlah Tiga Nama Dari Asmaul Husna Untuk Permudah Zuriat
.

Selain itu juga boleh amalkan cara ini :

IKLAN

Tiap kali lepas solat tak kira la solat fardhu atau sunat..Bakal Ibu semua, sambil pegang perut awak, sebut tiga nama dari Asmaul Husna ni..

[ 1 ] YA KHAALIQ = Yang Maha Pencipta
[ 2 ] YA BAARI = Yang Maha Mengadakan Sesuatu yang TIADA
[ 3 ] YA MUSAWWIR = Yang Maha Membentuk.

Sambil Pegang Perut, Isteri Sebutlah Tiga Nama Dari Asmaul Husna Untuk Permudah Zuriat
.

IKLAN

Ulang 3 nama Allah ni.. Sebelum tidur pun boleh praktikkan. Sambil duduk rileks2 pun boleh.. Suami nak bacakan pun boleh..

Apapun.. Ingat ! ELAKKAN DARI DARI STRES

Amalkan zikir di bawah

IKLAN

INSYALLAH..Lakukan secara konsisten 100 hari. Berminta mintalah dengan sabar dan penuh merendah diri pada Allah

Allah Maha Mendengar, bila sampai waktunya pasti Allah Maha mengetahui segalanya..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui.”

(Al-Baqarah: ayat 216)
Sambil Pegang Perut, Isteri Sebutlah Tiga Nama Dari Asmaul Husna Untuk Permudah Zuriat
.

Dugaan dariNya datang dalam pelbagai bentuk. Kesukaran untuk hamil juga adalah salah satu ujian yang perlu ditempohi oleh setengah-tengah pasangan. Pasti ada hikmahnya yang tidak ketahui disebalik sebarang musibah atau dugaan yang terpaksa dilalui oleh setiap insan. Ia akan menjadikan seseorang itu lebih tabah, cekal dan membentuk peribadinya. Kita sentiasa hendaklah cekal, berikhtiar untuk berubat dan berdoa agar dikurniakan zuriat. Diharapkan pasangan hendaklah tidak berputus asa

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI