Perkara yang paling bahagia buat pasangan adalah menjelang hari bahagia, debaran menanti saat indah ini hanya sekali saja akan dirasai oleh setiap insan. Tambahan pula percintaan yang diharungi bersama banyak pahit dan manisnya. Siapa yang tidak malu jika pengantin lelaki tidak hadir pada majlis persandingan. Habis saudara mara, sahabat handai bertanya apa dah jadi bukan? Kini, Trend kahwin solo sudah banyak boleh dilihat di media sosial.

Kita pernah tergempar dengan kisah seorang wanita yang terpaksa bersanding sendiri tanpa pengantin lelaki. Pada 20 March lalu, tetapi beliau mempunyai alasan yang kukuh kerana beliau baru mendapat tahu bahawa suaminya tidak dapat cuti saat akhir persiapan hari persandingan mereka. Pasangan Badriyah dan Mohamad Syaiful Izwan Mohamad Shah, jika anda masih ingat lagi kisah mereka ini.

Tetapi kali ini Pesona Pengantin ingin mengupas kisah atau isu mengenai ‘Sanding Solo’. Apa yang dikata dengan ‘Sanding Solo’ ini, adakah ramai pasangan diluar sana yang mempunyai kisah yang sama seperti Badriyah? Atau sebaliknya. Ini menjadi tanda tanya ramai pihak diluar sana, malahan ia mengundang Makcik bawang di luar sana dengan pelbagai spekulasi.

Ads

Ada suara, yang menyatakan sanding solo ini adalah kerana pengantin perempuan itu berkahwin dengan suami orang ataupun VVIP yang sudah beristeri. Bagi mengelakkan pertengkaran di dalam rumah tangga dengan isteri pertama, kedua atau ketiga. Wanita ini terpaksa bersanding solo tanpa sang suami.

Ads

Bagi pihak perempuan ini pula terpaksa menerima seadanya kerana cinta itu buta. Benarkah cinta itu buta atau sahaja dibutakan.

Ads

Segalanya tergantung kepada yang empunya diri. Jika sudah jodoh, manakan boleh menidakkan. Renung-renungkan lah…..

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI