Kini dipasaran terdapat banyak serum vitamin C yang berbeza untuk dipilih, pelbagai produk dengan tekstur dan fungsi tambahan untuk memperbaiki kulit. Ini boleh menyebabkan kekeliruan kepada yang sedang mencari apakah produk tepat untuk menyelesaikan kulit bermasalah.
Masalah jeragat pada kulit wajah dapat diatasi dengan adanya ALPHA-H Vitamin C Serum yang dirumus khas dengan bahan semulajadi dan Vitamin C. Serum ini berfungsi untuk merawat dan mencegah kesan penuaan, pigmentasi dan garis halus kerana ia mengandungi pelembap untuk penghidratan yang berterusan serta merangsang pertumbuhan kolagen.
Ini adalah rawatan yang ideal untuk mereka yang sering terdedah kepada sinaran matahari.
Serum tulen dari Korea ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat pada kulit wajah. Dengan kandungan 10% asid Ascobic dan 84% Asid Hyaluronic, vitamin tulen secara inovatifnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kulit.
Berfungsi untuk melawan kedutan, kembalikan keanjalan, menghapuskan lingkaran gelap, mencerah, melembut dan melegakan kulit serta kesan parut jerawat hilang dalam masa beberapa minggu sahaja. Produk serum ini terbaik untuk semua jenis kulit, jadi anda tidak perlu risau kerana ianya tidak akan menyebabkan iritasi.
Serum dari Klairs ini menggunakan teknologi penstabilan hibrid yang mampu menyerap dengan mengandungi bahan aktif 5% asid L-Ascorbic ke dalam lapisan kulit dan merupakan bahan antioksidan yang telah diuji dan terbukti secara saintifik.
Asid dari serum Vitamin C ini mampu melindungi kulit dari kerosakan UV, pencemaran, merangsang pengeluaran kolagen dan memperbaiki tona serta tekstur kulit. Disyorkan untuk mereka yang kulit sensitif dan kulit kasar dengan liang pori terbuka.
Dengan kandungan pemutih yang tinggi iaitu Vitamin C, produk ini mengandungi 1% toner asid askorik tulen dan 3% serum, bertindak untuk merawat kulit yang kusam akibat sinaran UV serta mengekalkan kulit menjadi lebih licin.
Vitamin C berfungsi meningkatkan nutrien harian yang penting untuk kesihatan kulit. Selain untuk memutihkan wajah, serum ini juga mempunyai pelbagai fungsi seperti pelembab supaya kulit anda kekal terhidrat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI