Dari mata jatuh ke hati, begitulah perumpamaan cinta Dr Zulfati Izazi Zulkifli, 29 dan Dr Md Yushalify Misro, 31. Pertemuan di kampus universiti menyatukan hati mereka dalam satu majlis pernikahan pada 29 Januari 2022. Paling istimewa, Dr Zulfati Izazi sarung Hanbok di hari pertunangan mereka!
Sewaktu Pesona Pengantin menghubungi Dr Zulfati Izazi atau mesra disapa Dr Izazi sudi meluangkan masa menjawab setiap persoalan sungguhpun sedang sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS).
Perkenalan Dr Izazi dengan suami bermula di universiti ketika dia sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana di mana suaminya pula sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah.
“Kami berjumpa kali pertama secara tidak sengaja di kafe kampus, itupun melalui seorang rakan. Selepas pertemuan itu, kami masih tidak berhubungan sehinggalah beberapa bulan kemudian, kami terserempak di kampus. Ketika itu, Yus yang menegur saya dahulu dan sejak itu kami mula berkawan.
Ads
Bila dah serasi, kami buat keputusan untuk menjalinkan hubungan lebih serius. Walaupun tidak ada lamaran secara rasmi, tapi kami bersetuju untuk mengikat tali pernikahan. Keluarga pun setuju maka segalanya jadi sangat mudah!”
Bertunang Atas Talian
Cantiknya bila seorang Wanita Melayu sarung hanbok, pakaian tradisional Korea di hari pertunangan. Lain dari yang lain!
Ads
“Pada 5 Disember 2021 adalah Tarikh pertunangan kami di mana majlis diadakan secara atas talian sahaja. Pada waktu itu saya berada di Korea manakala keluarga saya, suami dan keluarganya berada di Malaysia. Keluarga suami datang ke rumah saya di Kuala Lumpur dan saya menyaksikan sendiri perbincangan mereka melalui satu video call.
Majlis pertunangan yang diadakan secara atas talian.
Sempat juga saya meminjam hanbok daripada salah seorang rakan di sini sebagai busana pertunangan.”
Hanya beberapa minggu selepas bertunang, Dr Izazi Kembali ke Malaysia untuk melangsungkan pernikahan. Selesai kuarantin, Dr Izazi dan keluarga terus membuat persediaan nikah.
“Masa yang ada begitu suntuk kerana saya perlu kembali ke Korea. Mujur keluarga banyak membantu. Akhirnya, Masjid Negara menjadi saksi cinta kami disatukan dalam suasana yang cukup indah. Hantaran nikah kami juga digubah kedua-dua belah ahli keluarga kami (ibu saudara dan kakak). Manakala sebahagiannya digubah oleh Little Lily’s Creation.”
Majlis pernikahan di Masjid Negara.Pasangan pengantin bersama ahli keluarga.Ahli keluarga Dr Zulfati Izazi.
Hantaran yang telah digubah indah.
Melihat foto pernikahan Dr Izazi dan suami, pasangan ini tampak begitu berseri. Memilih busana tradisional set kurung tenun emas dan baju Melayu sepadan daripada sentuhan Seth & Luna, majlis pernikahan mereka turut disaksikan keluarga dan kenalan rapat.
Tahniah dan selamat melayari bahtera perkahwinan dan bahagia sehingga ke Jannah!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhirnya pewaris perniagaan barang kemas mewah Habib Jewel, Mirza Meer, kini sah bergelar suami kepada pelakon terkenal Indonesia, Pevita Pearce, selepas melangsungkan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan dengan penuh kemeriahan semalam.
Perkahwinan pasangan ini mendapat perhatian ramai, bukan sahaja kerana status Mirza sebagai pewaris empayar perhiasan ternama, tetapi juga kerana Pevita yang dikenali sebagai antara bintang terkenal di Indonesia.
Dihadiri Keluarga Terdekat
Majlis yang berlangsung dengan kehadiran keluarga serta rakan terdekat itu menjadi detik bersejarah yang menggabungkan dua personaliti dari dunia perniagaan dan hiburan, sekali gus mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Pewaris Habib Jewel Sah Milik Pevita Pearce
Ramai pengguna media sosial yang ‘patah hati’ kerana pelakon kesayangan mereka, Pevita yang mula mencipta nama di persada seni dengan lakonan memukau dalam pelbagai filem terkenal, termasuk wataknya yang paling dikenang sebagai Hayati dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijcksudah menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati.
“Pada dasarnya takdir Allah itu selalu baik, walau terkadang perlu airmata untuk menerimanya. Tahniah, Pevita,” kata Ichtiardi.
“Pevita sudah nikah, mari para wanita, kita semua harus mencari pasangan,” komen Venya.
Jodoh yang sudah tertulis, Pesona Pengantin doakan moga hubungan pasangan sejoli ini bahagia hingga ke akhir hayat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teka-teki status penyanyi rap Bunga Isme akhirnya terjawab apabila dia sendiri mengesahkan telah sah bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri, tahun lalu.
Bunga Isme Dah Kahwin
Enggan berkongsi tarikh sebenar selain tidak menghebohkan penikahannya itu, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 24, memilih untuk menyembunyikan pernikahan demi menghormati keluarga kedua belah pihak.
“Saya sudah berkahwin. Alhamdulilah kami sudah berbincang tentang hal ini, semua urusan dipermudahkan.
“Pernikahan kami sudah pun berlangsung pada tahun lalu. Saya cuma hanya boleh cakap, selepas selesai belajar, rezeki (pernikahan) itu datang lebih awal.
“Saya pun tidak menjangkakannya tetapi saya menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga merahsiakannya,” katanya.
Hanya Keluarga dan Rakan Terdekat Raikan
Majlis berlangsung sederhana, pelantun lagu Intan Payung itu mengakui semuanya diraikan dalam kelompok keluarga dan rakan terdekat sahaja.
“Sebenarnya kami mahu bersederhana sahaja, lebih senang dan tenang untuk menjalani kehidupan seterusnya.
“Bagi saya kita kena dapat kata persetujuan daripada semua pihak. Jadi kami keputusan untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan.
“Majlis yang diraikan bersama keluarga dan sahabat terdekat sahaja,” kongsinya.
Soal Anak Ikut Rezeki, Fokus Pada Kerjaya
Ditanya mengenai perancangan cahaya mata pula, Bunga menyerahkan sepenuhnya perihal itu kepada Tuhan.
“Kami belum merancang untuk menimang cahaya mata kerana mahu memberi fokus terhadap kerjaya.
“Namun kami tidak menolak sekiranya dikurniakan anak lebih awal,” katanya.
Pada April lalu, status hubungan Bunga menjadi tanda tanya peminat apabila dia dilihat mengenakan pakaian sedondon dan beraya bersama vokalis kumpulan Razqa iaitu Amzar Sabri meraikan 1 Syawal.
Foto mesra dikongsi Amzar di akaun Instagram itu turut mengundang pertanyaan ramai sehingga ada yang membuat andaian mereka sudah sah bergelar suami isteri.
Tumpang gembira melihat rezeki selebriti, Neelofa selepas menjadi isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz, cukup murah rezeki walaupun berniqab dan memakai jubah.
Malahan suaminya percaya berkat ketaatan isteri, Neelofa terhadap dirinya membuatkan rezeki wanita kesayangannya itu melimpah ruah.
Rezeki Neelofa Laju Mengalir Masuk
PU Riz atau atau nama sebenar, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, bangga dengan pencapaian isteri yang memikat banyak jenama besar melantik dirinya sebagai duta, biarpun berniqab.
“Alhamdulillah, itu rezeki dia dan berkat ketaatan kepada suami dan menjaga syariah.
“Sebagai suami, sudah tentu saya bersyukur dan gembira atas apa yang diterima isteri,” katanya.
Suami Ingatkan Jaga Penampilan
Riz sentiasa mengingatkan Neelofa agar mematuhi syariah dalam apa juga perkara termasuk soal penampilan.
Bapa kepada dua cahaya mata itu sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan Neelofa asalkan perkara itu diredai Allah.
“Bagi saya, pelantikan isteri sebagai duta adalah bukti penerimaan orang luar terhadap tuntutan agama.
“Muslimah yang tampil berhijab atau berniqab bukan lagi alasan bagi segelintir pihak untuk tidak bekerjasama dengan mereka,” katanya mengulas pelantikan isterinya sebagai duta jenama antarabangsa bagi ‘stroller’ jenama Hamilton.
Sekadar info, PU Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 1 tahun dan Abdullah Abbas, lima bulan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!