Hubungan

Sayunya Baca Luahan Rasa Tunang Muhammad Adib Di Media Sosial

Share

Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).


Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.

Turut mendapat perhatian Tunang Muhammad Adib, Nurul Najihah meluah rasa sedih melalui perkongsian di laman Instagramnya.

Najihah turut memuat naik beberapa keping gambarnya dengan mangsa.

Pasangan itu dijadual diijab-kabulkan pada hari Jumaat ini, namun ternyata perancangan Allah lebih baik dari segalanya.

Moga ketenangan hati diperoleh atas ujian yang melanda. Takziah buat tunang Muhammad Adib, Nurul Najihah.

IKLAN