Bergelar seorang isteri sememangnya memerlukan satu tanggungjawab yang besar. Apatah lagi inilah titik permulaan dalam menjalani kehidupan bersama pasangan. Sebelum merancang untuk berumah tangga dan bergelar seorang isteri, pastikan wanita hadam dan tahu perkara penting ini agar mahligai yang anda bakal bina kekal bahagia.
Penting untuk anda buat persiapan awal agar anda bersedia menempuh alam baharu dalam hidup anda. Tidak sama ketika zaman bujang, pastinya selepas berkahwin memerlukan anda memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri.
1. Belajar ambil kisah tentang pasangan
Kerjasama yang utuh akan terjalin apabila anda dan pasangan saling mengambil peduli antara satu sama lain, selain mewujudkan keharmonian dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
2. Belajar untuk mendengar
Ads
Selain penting untuk mendapatkan maklumat, mendengar juga boleh memberi jawapan pada sesuatu masalah yang berlaku antara anda dengan pasangan. Cara ini juga menunjukkan yang anda menghargai pasangan ketika berbicara.
3. Belajar buang sikap ego dan emosi
Pertengkaran yang terjadi dalam sebuah rumah tangga sering kali didorong oleh sikap ego dan emosi. Belajarlah sikap menahan diri daripada ego, amarah dan rasa ingin menang. Dengan membuang sikap ego dan emosi, anda akan kembali tenang saat berdepan dengan apa jua masalah.
4. Belajar untuk tampil menarik
Penampilan yang menarik mampu mempengaruhi orang di sekitar terhadap pasangan anda. Pasti pasangan akan gembira untuk memperkenalkan anda di khalayak ramai sekiranya penampilan anda tampil memukau dan menyenangkan.
Ads
5. Belajar untuk memasak
Pastikan anda mempunyai asas-asas memasak kerana kebahagiaan rumah tangga bermula dengan air tangan seorang isteri. Jangan disebabkan kesibukan kerjaya membuatkan anda mengabaikan tanggungjawab terhadap pasangan.
Ads
6. Belajar menguruskan rumah tangga
Menguruskan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi bagi wanita berkerjaya yang mempunyai kengkangan masa yang ketat. Pastikan anda mengatur masa dengan bijak tanpa mengganggu masa kerjaya, selain mendapatkan bantuan daripada pasangan.
7. Belajar mengatur kewangan
Setelah berumah tangga, pastikan anda dan pasangan menetapkan matlamat dan menguruskan kewangan secara bijak. Dengan cara ini, anda berdua akan lebih peka terhadap setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sikap cemburu yang ditunjukkan oleh pasangan menandakan dirinya yang terlalu sayang. Namun sikap cemburu itu biarlah bertempat. Jangan pula kerana sikap cemburu anda menimbulkan perasaan kurang senang atau benci pasangan.
Contohnya setiap masa menghubungi pasangan sedang buat apa dan sebagainya. Janganlah bersikap mengawal pasangan, buat dirinya tidak bebas dan tidak percaya.
Cemburu itu juga terbahagi kepada beberapa jenis. Berikut ini ada beberapa jenis cemburu yang boleh anda ketahui
1. Cemburu normal
Cemburu normal adalah perasaan cemburu kerana merasa takut hak miliknya direbut orang lain. Perasaan ini masih dalam kategori normal. Sikap sebegini bukan hanya dimiliki oleh orang dewasa yang sedang menjalin hubungan, tapi ketika anda masih bayi dan kanak-kanak pun, rasa cemburu seperti ini sudah timbul.
2. Cemburu kerana mahu melindungi
Rasa cemburu yang begini muncul kerana timbul perasaan ingin melindungi orang yang dicintai. Sikap cemburu seperti ini biasanya ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap anaknya.
3. Cemburu tidak menentu
Seseorang boleh tiba-tiba cemburu tanpa alasan yang tidak masuk akal. Misalnya seorang suami cemburu terhadap isterinya yang mengidolakan artis tertentu. Si suami cemburu kerana artis tersebut telah mengalih perhatian isterinya, padahal dia tahu bahawa tidak mungkin isterinya jatuh cinta dengan artis yang diidolakannya.
4. Cemburu kerana persaingan
Samaada dalam persaingan kerja atau merebut hati seseorang yang dicintai, perasaan cemburu pasti selalu ada. Anda akan merasakan cemburu kerana takut kalah dalam persaingan tersebut.
5. Cemburu buta
Perasaan cemburu ini sangat bahaya . Jika perasaan cemburu buta sudah menguasai seseorang, dia sanggup melakukan hal yang nekad, umpamanya dengan menyakiti pasangan.
Adakah anda pernah mendengar tentang manfaat air kismis? Sungguh mengagumkan serta penambahan nutrisi yang begitu baik untuk dimakan sehari-hari, terutama untuk meningkatkan kesihatan hati. Hati serta buah pinggang merupakan organ penting untuk bersihkan darah, menyingkirkan toksin dan logam berat yang terkumpul dalam tubuh serta akhirnya boleh membuat anda sakit. Namun terkadang beberapa fungsi utama tergendala kerana pola makan yang tidak sekata, makan makanan berlemak terlalu banyak, atau kebiasaan kehidupan seharian yang tidak terurus.
Jadi apa rahsia besar di sebalik air kismis? Air Kismis dapat merangsang sistem biokimia tertentu dalam hati yang menolong detoksifikasi aliran darah anda bekerja lebih efektif. Manfaat air kismis sebahagian besar datang dari buah anggur sendiri, yang anda mungkin sudah tahu tentangnya. Bila anda ikuti rawatan ini sepanjang empat hari berturut-turut, anda bakal lihat kesihatan pencernaan anda bertambah serta anda mempunyai lebih banyak tenaga. Doktor sering mengesyorkan untuk anda pengambilan kismis di pagi hari untuk menjaga lebih baik kesihatan hati anda, menghilangkan kolesterol tidak diperlukan, turunkan kadar trigliserida, serta mencegah sembelit atau sakit perut.
-Kismis iaitu sumber semula jadi vitamin serta mineral, namun manfaatnya bakal meningkat cepat bila anda pengambilan air rendaman kismis ini. Hal semacam ini kerana kandungan gulanya yang kurang.
Sebuah sumber alami antioksidan
-Begitu penting untuk diingat kalau kismis iaitu salah satu yang sumber semula jadi paling baik daripada anti-oksidan.
-Kismis yang disebut anggur kering kaya dengan bioflavonoid yang membantu melindungi anda dari radikal bebas serta menguatkan pertahanan badan dalam melawan penyakit.
-Minum air kismis sepanjang empat hari berturut-turut sekurang-kurangnya satu bulan sekali bakal menolong organ hati anda lebih baik dalam menjalankan fungsinya.
-Minum air kismis iaitu cara mudah tetapi berkesan untuk membersihkan aliran darah serta merangsang manfaat hati yang baik, serta meningkatkan pencernaan anda. Hal seperti ini mendorong pemisahan gastrik, menolong anda memproses makanan anda lebih baik serta menyerap nutrisi. Anda bakal mula lihat manfaat ini sekitaran dua hari selepas memulakan minum air kismis ini.
Cara Menyediakan Air Kismis
Bahan-bahan:
400 ml air / 2 cawan air
150 grm Kismis
Langkah-langkah:
-Tentukan kismis dengan Kualiti yang baik, baiknya tentukan Kismis organik.
-Panaskan air dalam periuk. Masukkan Kismis lalu didihkan selama 20 minit. Matikan api, tutup periuk.
-Biarlah Kismis terendam semalaman.
-Pada keesokan harinya, saring dan tuangkan kedalam gelas air Kismis itu.
-Minum pada pagi hari waktu perut kosong atau 30 minit sebelum sarapan.
-Lakukan ini sekurang-kurangnya 4 hari berturut-turut sebulan sekali untuk mendapatkan hasil maksimum.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja tak suka bila gaji dah masuk kan? Tentu ia adalah perkara yang menggembirakan anda kerana dengan gaji lah anda akan melakukan pelbagai benda. Seperti membeli barangan dapur, barangan peribadi, makanan anak, dan sebagainya.
Tetapi ada sesetengah orang yang bila dah dapat gaji mereka rasa seperti ada sahaja tidak cukup. Walhal, sebenarnya ia cukup untuk keperluannya dan keluarga. Kenapa boleh jadi perkara seperti ini? Ini perkara yang anda perlu tahu.
1. Bila terima gaji, jangan lupa mak dan ayah. Perkara pertama adalah beri pada mereka dahulu. Banyak atau sedikit itu tidak penting. Walaupun mak dan ayah anda masih berpendapatan, percayalah Allah akan memudahkan rezeki kita.
2. Masukkan sedikit wang simpanan anda ke dalam bank untuk penyimpanan untuk masa hadapan.
3. Sebagai seorang suami dan ayah, tanggungjawab itu jangan dilupa. Berikan nafkah kepada isteri anda dan juga beli barang-barang keperluan rumah.
4. Isteri kalau anda lihat suami anda tidak cukup duit bantulah serba sedikit apa yang anda mampu untuk keluarga. Jangan tahu berbelanja sahaja.
5. Jangan terlalu kedekut dan terlalu boros. Sesekali raikannya dengan belanja makan keluarga atau kawan-kawan anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...