Mungkin di mata kita, si dia sudah begitu sempurna, tetapi lain pula pandangan orang lain terhadap individu tersebut. Beauty is on the eyes of beholder. Kecantikan itu definisinya berbeza pada setiap individu. Ia merupakan sesuatu yang tidak adil untuk dinilai.

 

Contoh utama ketidakadilan ini adalah, jika kita bertanya siapakah yang paling cantik di dunia ini, majoriti akan menjawab wanita-wanita Eropah dan Amerika Latin yang berkulit putih sebagai yang tercantik.

 

Ini disebabkan oleh pengaruh media Barat yang boleh dikatakan bersikap tidak adil dalam menilai kecantikan walhal tidak dapat dinafikan bahawa setiap wanita adalah cantik. Seburuk mana sekalipun seseorang wanita, masih ada insan yang mengagumi kecantikannya.

 

Oleh hal demikian, tidak dapat dinafikan bahawa perempuan cantik merupakan faktor utama lelaki tertarik.

 

Namun begitu, kecantikan yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi fizikal dan paras rupa, ia juga merangkumi kecantikan dalaman yang teserlah oleh kelembutan tutur bicara, kesopanan, ketaatannya dalam menjalankan perintah agama dan meninggalkan larangannya.

IKLAN

 

Kecantikan dalaman yakni peribadinya merupakan sesuatu yang kekal. Berbeza halnya dengan kecantikan paras rupa yang akhirnya berkedut dan hilang dimamah usia. Kecantikan dalaman akan terus diingati hingga ke akhir usia.

 

Sebelum Kahwin Boleh Cantik, Selepas Kahwin Lagi Kena Cantik!
.

Sedarilah wahai wanita di luar sana, kecantikan yang dikurniakan Tuhan tiada celanya. Ia merupakan anugerah teragung yang menjadikan dirimu begitu berharga.Tidak perlu bagimu menutupinya dengan mengenakan berbagai bahan kimia kosmetik yang hanya mampu memudarkan kecantikan semulajadimu. Persoalannya disini, siapakah kita untuk menetapkan suatu penanda aras bagi kecantikan yang dicipta Tuhan?

IKLAN

 

Sedangkan setiap ciptaan-Nya cantik dan indah belaka. Namun begitu, Islam tidak melarang umatnya daripada berhias dengan pakaian yang cantik dan menjadi cantik.Harus diingat bahawa telah ditetapkan panduan dalam berhias seperti yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran, surah an-Nur ayat 31 :

 

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.

Sebelum Kahwin Boleh Cantik, Selepas Kahwin Lagi Kena Cantik!
.

IKLAN

Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

 

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.

 

Akhir kalam, mencantikkan dalaman tidak seharusnya mengabaikan penampilan luaran. Buat para wanita, berhiaslah secantiknya di hadapan suamimu manakala buat suami, janganlah terpengaruh dengan standard kecantikan yang telah ditetapkan oleh Barat kerana ia berlandaskan nafsu semata-mata.

 

KREDIT : LELAKI.MY
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI