Buat yang merancang kahwin dalam masa terdekat atau sebaliknya, tentu banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Perkara pertama, sudah pasti yang mana perlu kita mulakan dahulu. Lagi-lagi berkenaan dokumen dan prosedur yang melibatkan jabatan-jabatan atau sektor yang berkenaan.
Tapi jangan risau kerana perkongsian oleh pemilik Facebook Nur Madihah ini mungkin akan memudahkan urusan anda sedikit sebanyak.
Assalamualaikum semua!~
Harini mood rajin sikit nak share pasal panduan kepada para bakal pengantin dalam menghantar borang kahwin. Haa. Disebabkan saya pernah berpraktikal di Pejabat Agama & tiap hari dok handle borang kawen pastu akhir-akhir ni ramai sangat kawan-kawan dok tanya prosedur kahwin, elok lah kiranya saya tulis teros kat FB kot? Senang sikit satu dunia semua tau haha. ? ? ? Sebenarnya senang ja, tak susah mana pun. ?
1) Ok first sekali. Bukak website Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia iaitu www.sppim.gov.my.
-Ok then, klik kat Benar Nikah Online (Kebenaran Nikah) dan isi maklumat diri sendiri & pasangan. -Dah siap isi, simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari website tu. -Nombor tu penting sebab nak guna setiap kali log in. -Borang boleh dikemaskini dan di-edit selagi belum diproses oleh pejabat agama. -Oh ya, untuk makluman semua, permohonan kebenaran nikah secara online setakat 2017 ini meliputi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan sahaja. Bagi negeri-negeri yang tak disebutkan tu, bolehlah terus memohon secara manual di Pejabat Agama Islam daerah masing-masing ya! ☺
2) Check pasangan lelaki tinggal di daerah mana.
-Kalau daerah sama dengan perempuan, bakal pengantin lelaki & perempuan kena hantar borang nikah online tadi tu ke pejabat agama dalam tempoh 30hari/sebulan sebelum tarikh akad nikah.
Ads
-Tapi kalau daerah/negeri lelaki berbeza dgn perempuan, bakal pengantin lelaki kena hantar borang tu ke pejabat agama dalam tempoh 90 hari/3 bulan sebelum tarikh akad nikah.
3) Hantar borang.
– Sebelum hantar borang, pastikan borang dah ditandatangan oleh imam masjid kariah dan ada cop. – Then bawa juga beberapa dokumen lain ke pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi. -Boleh rujuk gambar kat bawah. ? -Kalau di negeri Kedah ni, pasangan kena baca ikrar. Negeri lain taktau la camna. -Dah settle, kena bayar RM15 (seorang) utk mohon borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau SAMA daerah kena bayar RM30 lah, pehe dok? ? – Borang kebenaran berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing2.
4) Bagi borang kebenaran kepada pihak perempuan.
– Selepas seminggu, boleh mintak tolong mak/ayah pihak lelaki ambil kan borang tersebut dan bagi kepada pihak perempuan. ? ? ini kalau daerah/ negeri lelaki yang BERBEZA dengan pihak perempuan.
Ads
– Tapi kalau daerah/negeri yang SAMA dgn pihak perempuan, terus bagi kepada imam masjid kariah untuk akad nikah.
5) Ok. So berbalik kepada tadi, bagi pasangan yang BERBEZA daerah, pihak perempuan perlu bawak borang-borang lelaki yang dah disahkan oleh pejabat agama tadi ke pejabat agama daerah perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.
– Then lepas seminggu, pejabat agama bagi borang kebenaran nikah kat pihak perempuan. – Pastu bawak pulak borang tu kepada imam masjid kariah untuk akad nikah. – Ok nak selesai dahhh, ciked lagiii ? ?
6) Akad nikah.
– Masa akad nikah, tok kadi/tok imam akan bagi surat nikah sementara. – Pasangan wajib check maklumat macam nama, IC dalam surat tu betul/tak. (Ini PENTING sebab maklumat tu akan digunakan untuk buat sijil nikah pulak) – Then bawak surat nikah sementara tu ke pejabat agama DAERAH PEREMPUAN untuk buat sijil nikah. -Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah ?
Ads
7) Proses utk mohon sijil nikah.
– Bawak surat nikah sementara (asal + salinan) – IC sendiri, IC pasangan & IC wali – Bayar RM20 untuk sijil nikah. – Tunggu sebulan, then boleh ambil sijil. (Bergantung kepada negeri masing2 ada yang tak sampai sebulan pun sijil dah siap ☺) – Pastu fotostat sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet. -Yang sijil nikah asal tu just simpan ja dalam file. – PENTING! Sebab takut satgi kena serbu dengan pegawai agama haha. Kot2 la depa ingat kita tak kawen lagiii~ hihi so bila kena serbu, tunjuk ja bukti sijil nikah tu! 😀
8) Proses untuk mohon kad kahwin. – Dah dapat sijil tu, better buat kad kahwin pulak. – Perlu bayar RM40 untuk sepasang pasangan. – Nanti pejabat agama akan bagi checklist dokumen apa yang perlu dibawa untuk mohon kad kahwin.
DAH SELESAI YEAY! ? HIHI ALHAMDULILLAH. Itu jee. ? Nampak rumit ke? Pening ke? Lek lek. Simple ja sebenarnya benda ni. Saya dulu masa praktikal tu sampai kena buat notes tempek kat dinding kaunter tu untuk nak ingat hahaha. Nak dekat sebulan baru ingat proses ni adoyai. ?
**Apapun sistem ini dari segi jumlah bayaran dan lain-lain ialah berdasarkan waktu saya praktikal pada tahun lalu iaitu tahun 2016. Tahun ni mungkin sistem dah update, jadi mungkin ada sedikit perubahan. Korang juga boleh refer & call pejabat agama dulu ya untuk dapatkan lebih kepastian ☺ sebab sistem di setiap pejabat agama ni berbeza mengikut negeri ?
So boleh terus klik kat v atas kanan tu & tekan saved ya! Dah save, bila-bila masa ja uolls boleh baca ?
Okay so….Selamat Berkahwin Uolls! ? Haha.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara utama yang paling menjadi keutamaan bakal ratu sehari ialah busana dan solekan yang akan dikenakan pada hari bahagia nanti. Ini merupakan dua aspek penting bagi bakal pengantin.
Solekan yang keterlaluan dan tidak sesuai dengan majlis membuatkan raja sehari kurang yakin di atas pelamin. Apabila solekan tidak sesuai, sekaligus ia mengurangkan seri wajah di hari bahagia.
Solekan pengantin pada masa kini lebih kepada gaya solekan yang nampak natural. Warna-warna pastel dan bronze sangat diminati dan mendapat permintaan tinggi pada masa kini. Mainan warna-warna lembut mampu menaikkan aura seri pengantin. Akan tetapi mekap pengantin tidak terhad kepada warna-warna lembut sahaja.
Jom kita lihat LIMA tip mudah ini agar korang dapat solekan yang cantik dan berseri di hari bahagia!
Sediakan ruang yang selesa dari segi pengudaraan dan pencahayaan ketika proses solekan dilakukan. Pencahayaan amat penting untuk memastikan struktur wajah dan warna kulit dapat dilihat dengan jelas bagi menentukan bentuk kening, shading, warna foundation, eyeshadow, lipstik serta keseluruhan mekap bertepatan dengan kesesuaian wajah dan kulit masing-masing.
Manakala proses solekan pengantin kadangkala memakan masa sejam setengah sehingga dua jam menuntut ruang yang selesa dari segi pengudaraan bilik. Sekurang-kurangnya sediakan kipas angin ketika proses solekan dijalankan. Itu pun sudah memadai bagi keselesaan pengantin dan jurusolek
2. BERBINCANG DENGAN JURUSOLEK
Tidak menjadi kesalahan sekiranya pengantin berbincang atau nyatakan kehendak solekan yang disukai. Namun, anda juga harus tahu bahawa tidak semestinya setiap kehendak pengantin itu dapat diterima oleh jurusolek kerana jurusolek mungkin mempunyai pandangan yang lebih arif dalam menentukan solekan yang lebih sesuai dengan struktur wajah, warna kulit, warna persalinan serta tema majlis yang diadakan.
Jadi, seeloknya cubalah berbincang untuk mendapatkan hasil yang disenangi oleh kedua-dua pihak. Sekiranya anda yang telah memilih jurusolek tersebut, maka apa kata anda serahkan kepercayaan jurusolek yang dipilih untuk lakukan yang terbaik.
Isu ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang. Ada di antara pengantin tidak mahu keningnya di usik langsung atas sebab-sebab tertentu. Sebagai jurusolek profesional, biasanya sudah tentu mereka sentiasa menghormati dan menuruti kehendak anda dan tidak akan sesekali memaksa pelanggan.
Sebaik-baiknya minta pendapat daripada jurusolek anda tentang perkara ini kerana ada juga di antara anda yang telah memiliki kening yang cantik atau mudah dibentuk tanpa dicukur atau dibersihkan.
4. BERI MASA YANG CUKUP
Bagi masa yang secukupnya untuk jurusolek anda menyiapkan solekan anda sehingga ke sentuhan terakhir. Kadangkala ada di antara tetamu yang suka menakut-nakutkan pengantin dengan menggambarkan solekan yang dilakukan hodoh dan sebagainya, sedangkan proses solekan belum pun selesai sepenuhnya.
Perkara ini bukan sahaja akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan jurusolek malah boleh mengganggu emosi pengantin yang risau akan hasil solekannya nanti. Jadi, seeloknya sila pastikan hanya tetamu tertentu sahaja yang dibenarkan berada bersama pengantin ketika proses solekan di lakukan.
5. BERSEDIA
Pastikan juga anda telah bersedia untuk disolekkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Mandi, cuci muka, makan dan selesaikan perkara yang perlu sebelum mak andam atau jurusolek tiba kerana kebanyakannya lebih suka memulakan kerja mereka sebaik sahaja sampai atas sebab-sebab tuntutan kerja, komitmen atau urusan lain.
Sebaik tarikh perkahwinan telah ditetapkan, kini tibalah masa untuk meninjau lokasi yang selesa untuk mengadakan majlis perkahwinan. Buat yang berhajat untuk mengadakan majlis di rumah itu tidak menjadi masalah. Namun bagi anda yang inginkan jemputan rasa selesa dan mahukan suasana yang berbeza buatlah tinjauan ke lokasi majlis kahwin yang pernah diadakan. Bukan sekadar hanya melihat di laman sesawang, instagram dan facebook, sudah berpuas hati. Tinjau ke lokasi berkenaan untuk dapatkan gambaran apa tema majlis yang bakal anda buat.
Buat mereka yang masih meninjau lokasi majlis perkahwinan , pertimbangkan lokasi berikut bagi melangsungkan majlis bahagia anda.
D’Tahta , I-City, Sek 7 Shah Alam
D’Tahta merealisasikan impian buat bakal pengantin. D’Tahta dicetuskan dengan gabungan tiga orang wanita hebat iaitu Mona Din selaku pengasas dan Pengarah Urusan, Sherry Sidek dan Fadilah Abdul Hamid bertindak sebagai Pengarah. Dekorasi yang diilhamkan menghiasi D’Tahta adalah kombinasi idea dan cetusan rasa mereka bertiga.
Dari dekorasi serba elegan yang memukau hingga ke taman ala Inggeris. Pakej yang ditawarkan amat berbaloi dengan keindahan yang ditawarkan. Pakej terdiri daripada PAKEJ GOLD RM35,000 (1000 PAX) Harga Biasa : RM39,000, PAKEJ PLATINUM RM45,000 (1000 PAX)
Harga Biasa : RM49,000 dan juga PAKEJ INFINITY RM50,000 (1000 PAX) Harga Biasa : RM59,000
Gambar dari: FB D’Tahta
de’Laman Event Space, Bukit Jelutong Shah Alam
Menyediakan lokasi untuk pelbagai jenis majlis dan acara seperti perkahwinan, pertunangan, pernikahan, majlis Akikah dan sebagainya. Berkeluasan 6500 kaki persegi dan merupakan sebuah bangunan tiga (3) tingkat, bersiling tinggi. Kemudahan yang disediakan ialah seperti ruang dewan berhawa dingin, perkhidmatan katerer, surau, ruang istirehat, PA system, skrin, projector, kanopy, pelamin dan banyak lagi. Ia juga boleh menampung seramai 1000 orang tetamu di dalam dan luar dewan, Menyediakan tempat letak kereta di sekeliling kawasan de’Laman.
Gambar dari website:de’Laman Event Space
Laman Pengantin Taman Melawati
Laman Pengantin menyediakan dewan yang besar dan selesa serta khemah yang dapat memuatkan dari 300 orang. Ruang yang luas ini sesuai untuk majlis persandingan dan perkahwinan.
Gambar dari: FB Laman Pengantin Taman Melawati
Laman Kayangan , Sek 7, Shah Alam
Laman Kayangan popular sebagai lokasi untuk mengadakan majlis perkahwinan. Bukan hanya majlis perkahwinan sahaja malah majlis lain juga boleh diadakan di sini. Pakej di sini bermula dari RM55/pax sahaja.
Gambar dari: FB Laman Kayangan
K’Seena House, Kuang, Sg Buloh
Andai ada yang mengimpikan majlis perkahwinan di taman, K’ Seena boleh dijadikan lokasi terindah buat bakal pengantin. Ia sebuah kediaman kolonial berusia 100 tahun. Banglo lama ini mempunyai satu bilik tidur dan satu bilik dilengkapi laman yang indah dan luas. Mengadakan majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka aidilfitri sangat bertepatan di sini.
Gambar dari: FB K’Seena House
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah berkahwin dan jadi suami orang, anda kena jaga hati pasangan. Cuba buat cara macam sudah beristeri, bukannya macam bujang dulu. Bebas melawak dan bergurau dengan orang luar.
Batas pergaulan dengan wanita lain harus dijaga. Tiada istilah suka-suka, bukan betul-betul kerana ada hati yang perlu dijaga iaitu isteri.
Susah nak berdebat, nak lagi faham jemput baca perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik.
Jaga Hati Pasangan
“Ala, suka-suka jer… bukan betul-betul pun.”
Bila isteri tanya kenapa banyak komen dekat sosial media perempuan lain, siap emoji-emoji bagai.
Jawapannya, “Ala, suka-suka je…”
Elakkan Komen Mesra di Media Sosial
Nowadays, memang kita orang lelaki ini suka-suka saja komen dekat media sosial perempuan lain?
Kalau isteri sendiri tag ilmu, tak adanya nak baca. Kalau isteri sendiri tag information apa-apa, tak adanya nak tengok. Bila kandungan posting itu panjang, terus komen, “Lukis boleh tak?”
Tapi kalau bukan isteri yang post, benda tak lawak pun jadi lawak.
Kalau bukan isteri yang post, benda tak minat pun jadi minat. Tengok orang korek telaga pun jadi seronok, boleh tengok sampai habis data. Interested gila. Sebab orang lain post, perempuan pulak tu.
Nak-nak yang single mingle, lawa… Comfirm “See First”…
Pantang awek tu update apa-apa, cepat saja komennya, cepat je like-nya. Awek itu ada masalah, cepat saja bagi nasihat, pendapat dan pandangan.
Tapi masalah dekat rumah, dia tak nak ambil tahu. Dia tak peduli.
Isteri nampak, isteri tegur.
“Suka-suka pun tak boleh? Nak abang buat betul-betul?”
Itu sajalah ugutan orang lelaki. Tak kena dekat batang hidung kau bang, bolehlah main ugut-ugut ini.
Isteri kau tiru buat macam itu, harap-harap kau bolehlah terima alasan “suka-suka” macam yang kau bagi itu.
Pergaulan Kena Jaga
Sudah kahwin, buat cara macam sudah beristeri. Pergaulan kena jaga walaupun di alam maya. Apa yang kita buat itu, kalau isteri tak nampak pun, orang lain nampak. Lambat-laun, sampai juga dekat pengetahuan isteri.
Nak isteri terima dengan berlapang dada dan terbuka serta bersangka baik akan perangai sebegini?
Mustahil, suka-suka bukanlah boleh digunakan sebagai alasan untuk membenarkan perbuatan tersebut. Isteri mesti terasa bila mana orang yang dia sayang, “bermesra” dengan orang lain. Terang-terangan dalam sosial media pula.
Fikir logik pun sudah tahu jawapan baik atau buruk, salah atau tak salah perbuatan itu. Tak perlu diterangkan dengan lebih lanjut lagi.