Pernah anda bermimpi Pasangan anda berkahwin lain??
Mimpi pasangan ada perempuan/Lelaki lain..Mimpi Bersetubuh dengan Lelaki/Perempuan lain…???
Mimpi Binatang berbisa,mimpi Jatuh Tempat tinggi,Mimpi Tempat Kotor,Mimpi Budak kecil,bermain dengan budak dan menyusukan budak,Mimpi Sesat dalam Hutan,Mimpi Terbang,Mimpi Rumah Usang Lama,Mimpi Nenek Tua,Mimpi Orang beri barang,Mimpi Kena kejar ada orang nak bunuh,Mimpi Mati dikapankan,Mimpi bersalin dan banyak lagi ..Asal seseorang itu kerap bermimpi tanpa mereka sedar diri mereka mengalami gangguan makhluk halus..
Itulah yang kerap saya jumpa pada pasangan yang datang ikhtiar hamil dengan saya..Kebanyakan mereka yang kerap mimpi seperti di atas bila di Ruqyah mereka mengalami gangguan makhluk halus…
Bila terkena gangguan hubungan suami isteri benda kecil boleh gaduh besar,Tiada Nafsu pada pasangan,Bernafsu pada pasangan ketika isteri datang haid..C isteri juga bernafsu pada suami bila datang haid..Ketika isteri waktu subur kerap demam sakit,Suami pula bila sedang bersama menjadi layu di tengah jalan,Si isteri jadi panas bila dekat dengan suami,bila nak bersama ada bau di kemaluan,badan kerap bisa,kerap lenguh belakang bahu dan belikat,kerap kembung perut dan sedawa angin,kerap sakit kepala dan rambut banyak gugur,kerap nak muntah ,kerap berdebar resah gelisah tanpa sebab,sukar tidur malam gelisah,kerap fikir nak mati,kerap cepat terasa sentap …
Bila berlaku semua seperti di atas kehidupan kita seharian akan terganggu..Di tempat kerja ada je masalah,bila berniaga jadi tiada mood tiada semangat,rezeki pula jadi sempit,serabut sentiasa…Bila lambat di ubati sakit begini akan akibatkan kehidupan kita seharian akan musnah…Bila saya bercerita tentang di atas…Bila dah baca apa yang saya tulis di atas pada mereka yang sukar nak percaya akan berfikiran begini…👇👇👇
Ads
Mengarut la…Tipu la…Kebetulan je kot…Ye ke
Mana Tahu ni??Boleh percaya ke??Apa buktinya??Mimpi mengarut la mainan tidur je…Dengar boleh percaya jangan mana ada makhluk halus zaman sekarang…dan macam2 lagi andain…
Saya tak suruh pun percaya semua apa yang saya cakap di atas,tapi apa yang saya tulis di atas adalah saya kumpul maklumat dari pesakit saya rawat sendiri..Info tersebut kebanyakan seperti di atas jika anda mengalaminya bermakna diri anda ada gangguan dalam badan…Jika anda rasa diri anda banyak tanda di atas nasihat saya pergilah rawatan islam berhampiran ya..
Ramai pesakit saya yamg ikhtiar hamil dengan saya mengalami gangguan..Saya kerap di tanya soalan macam mana boleh mudah terkena gangguan makhluk halus Ust??
jawapan saya…”Orang yang kerap terkena gangguan makhluk halus kebanyakannya semangat mereka lemah,banyak yang takut,mudah berfikir Negatif,tidak boleh kawal Nafsu Marah,Sentiasa cepat bersangka buruk pada orang,Tidak yakin pada kemampuan diri..Bila semua ini ada pada diri mudah la kena gangguan makhluk halus…
Ads
Saya juga kerap di tanya juga bagaimana nak elakkan gangguan makhluk halus??
Jawapan nya mudah:
Apa yang saya buat Jaga Solat 5waktu,Tanamkan dalam diri sentiasa Positif,Perbanyakkan baca Surah Al ikhlas dalam seharian,Sentiasa Tanamkan dalam hati Allah sentiasa bersama kita,Sentiasa Tersenyum walaupun di uji berbagai dugaan,Sentiasa gembira bila di sisi orang tersayang,Gembirakan hati pasangan dan anak2 kita,Buat apa yang kita suka ,Gembirakan Hati Ibu Dan Ayah,Sentiasa Gembira sesiapa pun berada di sisi kita.Jangan sombong bongkak bangga diri apa yang kita ada..Itulah yang saya lakukan …Hidup hanya sekali sahaja…Pastikan apa yang kita buat ada matlamat apa yang kita nak capai…Perbanyakkan sedekah dalam apa cara sekalipun terutama sedekahlah pada anak Yatim..Jangan Kedekut pada isteri,pada anak2,pada kedua ibu ayah kita,sanak saudara kita…Kerana doa mereka semua inilah yang membuatkan kita jadi kuat,jadi ceria gembira jadi bahagia…Apa yang penting buat dengan ikhlas,Ikhlas kan diri kerana Allah ..Percayalah jika anda buat semua ini..Anda semua akan lebih bersemangat,rezeki anda akan bertambah murah…Bila gembira makhluk halus pun tiada ruang seinci pun nak masuk dalam tubuh kita…
Ads
Itulah cara saya untuk hindarkan gangguan makhluk halus..Lagi satu cara saya ,Sebelum tidur saya akan ambil Air suam segelas…Kemudian Ambil garam secubit letakkan dalam minuman…Selepas itu baca :
Al Fatihah 3x
Al ikhlas. 3x
Bismillah Lima 3x
dan selawat 3x…
selesai baca minum air tersebut…Buatlah dengan Yakin inshaaAllah izin Allah pasti di lindungi Allah dari sebarang gangguan makhluk halus..Sekiranya selepas minum anda rasa loya,rasa nak muntah,sedawa2 kembung perut badan menggeletar rasa resah gelisah bedebar2,Nasihat saya dapatkanlah rawatan islam berhampiran ya…
Apa pun saya doakan pada semua yang membaca apa yang saya tulis ini agar di beri kesihatan yang baik,di murahkan rezeki,di beri keluarga yang bahagia,di beri anak yang soleh dan solehah,di panjangkan umur dan di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat Aamiin Ya Allah….
Secara tiba-tiba ibadah yang dilakukan tidak lagi dia merasa nikmat indah seperti sebelumnya. Jika sebelum ini solat yang dilakukan membuatkan dirinya berasa tenang dan lapang, namun kini ia seolah-olah tidak begitu berbekas di dalam hati malah seperti kosong dan sepi. Untung jika kita menyedari sedari awal akan keadaan itu. Inilah sebenarnya hikmah muhasabah diri agar kita selalu boleh mencari jalan memperbaiki hubungan kita dengan Allah s.w.t. Berikut adalah beberapa tips bagi mengekalkan nikmat beribadah untuk diusahakan:
1- Berusaha Bersungguh-sungguh Untuk Taat Kepada Perintah Allah
Memang adakalanya perasaan menjauh ada mengusik jiwa. Justeru, penawar terbaiknya adalah berusaha melawan dan bersungguh-sungguh dalam menunaikan perintah Allah. Paksa diri melakukan amal ibadat dengan penuh kesabaran serta yakin dengan janji Allah kepada orang-orang yang bertakwa.
2- Menjauhkan Diri Dari Dosa
Tidak kira sama ada ia dosa kecil atau pun besar, elakkan daripada menjerumuskan diri dalam perkara yang mengundangnya. Dosa memberi kesan kepada hati di mana hati menjadi keras, kasar dan kosong. Maka, semakin banyak ia menakluki diri, dosa menghilangkan ketenangan, kemanisan iman dan seterusnya nikmat dalam melakukan amal ibadat. Lama-kelamaan, kita juga kehilangan cinta Allah s.w.t.
3- Menjadi Manusia Berakhlak Mulia
Perbuatan yang dilakukan walaupun makan, minum dan bercakap, hendaklah tanpa berlebih-lebihan. Nafsu tidak akan kenyang, maka latihlah diri untuk bersederhana dalam perbuatan kerana berlebih-lebihan itu tidak disukai Allah. Kita mestilah menjaga setiap kalimah yang keluar dari bibir. Pastikan kita mengucapkan kata-kata yang baik sahaja.Jaga hati agar tidak terlalu membenci atau terlalu ghairah dalam hal-hal duniawi.
4- Menjadikan Ibadat Sebagai Jalan Mendekati Allah
Kita hidup di dunia untuk menyembah Allah. Tujuan ibadah kita adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata. Setiap kali kita melakukan amal ibadat, niatkan ia untuk mendapatkan cinta Allah s.w.t. Sebagai ganjarannya, Allah amat menyayangi hambaNya itu sehingga Dia membimbingnya dalam setiap urusan hidup makhluknya. Hidup yang paling bernilai adalah apabila semuanya berada dalam petunjukNya.
5. Meyakini Bahawa Ibadat Bernilai Di Dunia Dan Akhirat
Segala apa yang dilakukan di dunia ini akan menjadi bekalan di dunia dan akhirat. Maka tiada satu pun yang dilakukan adalah sia-sia melainkan semuanya memberi nilai.
Allah menjanjikan balasan buat setiap satu amalan. Jika kita berpuasa, solat, bersedekah, menjaga lidah dan hati, dan sebagainya, maka kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Jika kita melanggar perintah Allah, tempatnya adalah neraka. Maka tiada satu pun yang kita lakukan yang tidak akan menghasilkan sesuatu.
Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
Riwayat Muslim
Sumber: tazkirah.net
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesetengah orang tidak kira lelaki ataupun perempuan, mereka terlalu mencari calon yang sempurna untuk dijadikan suami atau isteri. Namun, semuanya telah ditentukan oleh Allah.
Kita hanya merancang sahaja, tidak semestinya apa yang kita mahukan itu kita akan dapat. Jadi, kita perlu lebih berusaha dan sentiasa mendekatkan diri dengannya.
Tetapi, siapa sahaja yang ingin meneruskan kehidupan berseorangan tanpa sebuah keluarga? Meskipun sudah berusia namun masih belum berjumpa jodoh. Mungkin ini sebab anda masih tidak bertemu jodoh.
1. Terlalu memilih
Bila dah berkenalan dengan seseorang ada sahaja yang tidak kena dengannya. Dari segi penampilan, peribadi, dan sebagainya. Ada pula yang meletakkan pelbagai syarat menyebabkan hubungan tersebut tidak diteruskan.
2. Banyak komitmen
Setiap individu mempunyai berlainan komitmennya. Ada yang masih terikat dengan keluarga, pelajaran, pekerjaan dan diri sendiri. Komitmen juga boleh menyebabkan impian seseorang itu terhalang lebih-lebih lagi untuk menuju ke arah sebuah perkahwinan.
3. Sudah selesa hidup bersendirian / berdikari
Kebanyakkan mereka yang masih belum berumah tangga ini disebabkan mereka sudah biasa bersendirian. Malah, mereka sudah memiliki segala yang diidamkan. Ini menyebabkan mereka tiada inisiatif untuk mencari pasangan hidup.
4. Tidak didesak oleh ibu bapa
Sehingga sekarang masih ada yang tidak mendapat desakan dari kedua ibu bapa mereka untuk berkahwin. Mereka akan merasa senang kerana tiada siapa bertanyakan hal perkahwinan kepada mereka.
5. Masih mengejar kerjaya
Kerjaya yang diingini adalah salah satu impian dalam matlamat hidup. Mereka sudah meletakkan syarat kepada diri mereka untuk mengejar kerjaya yang mereka inginkan dahulu sebelum fikir soal jodoh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan bukan sekadar membuka rezeki buat kedua-dua pasangan tetapi ia juga memberi peluang kepada kita untuk mengejar pahala dengan lebih banyak lagi. Sebenarnya, pahala lebih mudah untuk kita miliki selepas berkahwin. Walaupun sekadar membuat pasangan kita tersenyum, itu sudah boleh menambah pahala kita.
Banyak perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW yang boleh kita jadikan contoh. Baginda merupakan seorang suami yang sentiasa menjaga hati isterinya. Terlalu banyak hadis yang menceritakan tentang kebaikan baginda sebagai seorang suami.
Ini antara perkara yang dilakukan oleh Rasulullah yang boleh dijadikan contoh kepada para suami di luar sana. Semoga bermanfaat!
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Baginda berlumba lari dengan Aisyah. Adakalanya Baginda menang dan ada masanya Aisyah menang. (HR Ahmad, Abu Dawud & al-Nasaiiy)
Membuat kerja-kerja rumah (sudah tentu seperti membasuh baju, menjemur baju, sapu sampah, basuh pinggan) ketika baginda berada di rumah. (HR Bukhari)
Menzahirkan kecintaan kepada isteri. Apabila ditanya siapakah wanita paling disayangi, baginda menjawab “Aisyah”. Kalau lelaki? Jawab baginda, “Bapanya”. (HR Bukhari)
Tidak pernah memukul wanita (isteri) dan khadamnya. (HR Muslim)
Melayani isteri ketika sakit malah baginda mengelap air mata Safiyyah ketika dia menangis. (HR Nasaa’iyy) Adakalanya baginda meniup isteri-isterinya yang sakit dengan bacaan surah 3 qul -al-mu’awwizat. (HR Muslim)
Tetap mengingati kebaikan isteri telah meninggal dan amat menghargai kebaikan, kecantikan dan sumbangan mereka. Nabi tidak pernah melupakan Khadijah malah sering menyebut namanya sehingga Aisyah rasa cemburu. (HR Bukhari)
Amat romantik sehingga berkongsi gelas dengan isteri. Malah, baginda minum ikut tempat yang ada kesan mulut isterinya tanpa rasa jijik. (HR Muslim)