Wabak Covid-19 yang melanda hampir di seluruh dunia ternyata memberi impak terhadap ekonomi dunia termasuklah Malaysia. Dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berlanjutan membuatkan sebahagian daripada kita tidak boleh keluar rumah untuk bekerja. Malah lebih teruk lagi hingga ada juga yang terpaksa diberhentikan kerja.
Situasi ini tentunya memberi kesan kepada ekonomi negara dan juga kewangan kita sendiri kerana sudah tiada pendapatan untuk menampung kehidupan pada hari-hari yang bakal mendatang. Duit simpanan yang ada pun sudah semakin menipis.
Menurut Perunding Hartanah, Faizul Ridzuan, apa yang paling penting sekarang adalah berjimat dan menyimpan wang tunai sebagai persediaan menghadapi situasi yang lebih mencabar.
KITA BAKAL BERDEPAN DENGAN KRISIS KEWANGAN
Tapi jangan panik.
Ada beberapa perkara penting yang anda boleh lakukan SEKARANG untuk simpan lebihan cash sebagai emergency fund especially jika masih mempunyai pendapatan.
1) Gaji tetap: Simpan dan jimat penggunaan.
2) KWSP Akaun 2: Keluarkan saja RM500 setiap bulan untuk disimpan. Pakai hanya jika perlu/emergency sahaja.
3) Jika ada investment lain seperti rumah, emas, unit trust dll, simpan sebagai backup.
Ini adalah backup terakhir yang boleh digunakan. Kekalkan perlindungan life takaful/medical card pada masa getir ini.
4) Jika ada hutang di bank eg rumah, kereta dan personal loan, ambil kesempatan untuk TANGGUH BAYARAN dan simpan lebihan cash sebagai emergency savings.
Yang kaya dan mampu, kalau mau bayar, bayar ja tapi ini diguna pakai untuk golongan yang perlu extra savings dan extra cash especially yang rasa kedudukan career mereka dihujung tanduk.
Ads
5) Jika anda dapat full salary bulan ini dan merupakan kakitangan swasta yang bekerja di small company, expect juga salary cut by 30-70% for the next few months (expecting the worst is better to get yourself prepared).
Big company, jangan terlalu selesa juga.
Expect the worst.
Sebab in order untuk sustain their business, they have to do something (if you are the boss you will understand).
Sebab if they don’t, potensi mereka gulung tikar sekali dengan pembuangan kerja amatlah tinggi.
Keep the unemployment rate low. So win-win situation, you help your bos, your bos will help you too.
Better to get salary cut daripada tiada kerja langsung sebab ingat, during recession period, tiada or less employment opportunity.
Stay where you are now and hold on. Be kind to your boss and your boss will help you too.
Ads
6) Jika anda house owner or penyewa, expect juga tiada atau minimal house rental reduction.
Untuk house owner yang kaya dan mampu, yes they can give free rental to their loyal and good tenant.
Tapi bagi house owner yang mempunyai tempoh baki pinjaman yang masih panjang, please collect your house rental tapi boleh bagi diskaun (atas budi bicara anda sendiri) dan tengok status kewangan penyewa anda samada mereka ada salary cut atau jobless atau receive normal salary.
Sebab melihatkan kepada baki tempoh pinjaman anda di bank, jika tempoh pinjaman ada baki 30 tahun, interest vs principal yang anda bayar adalah 70% dari installment rumah (jumlah yang sangat besar).
You will pay now or later sama juga maksudnya it is a cost to you. Win-win situation juga.
Be kind to your tenant and your tenant will survive and help you too.
Macam saya sendiri, saya hanya dapat bagi free rental kepada penyewa untuk bulan April sahaja sebagai tanda sedikit bantuan dan for next few month it will be not less than 70%.
Ads
At least your loyal tenant know that you are trying to help and they need to help us too untuk bayar sewa macam biasa + sedikit diskaun.
Jaga our loyal tenant pada masa ini sebab kelak susah dapat loyal and good payer tenant sepanjang tempoh krisis ini.
7) Jika anda berkemampuan, bersedekahlahwalaupun sikit.
Insyaa Allah dalam rezeki anda yang mengalir, ada rezeki mereka yang kurang berkemampuan juga
8 ) Jika anda sudah ada emergency fund yang cukup baru lah fikir untuk beralih kepada penyelesaian hutang lama.
Eg melalui Moratorium, hutang/komitmen installment rumah + kereta + personal loan anda adalah RM2,000/sebulan.
Hutang kad kredit RM10,000. Anda hanya perlu 5 bulan untuk tutup hutang tersebut.
Tapi ini hanya sesuai bagi yang sudah cukup emergency savings ya. Priority disini adalah untuk kumpul emergency savings dahulu.
Just want to share awareness on the importance of getting prepare for recession now so at least you have more cash in hand as emergency saving especially yang masih ada peluang simpan sebanyak mungkin emergency fund, mulai bulan ini.
Perkahwinan merupakan dunia baru bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga. Dari hari pertama bernikah, korang mula mengenali hati budi dan sikap pasangan yang selama ini hanya diketahui secara luaran.
Namun apabila tinggal bersama, pasangan pengantin berpeluang mengatur kehidupan dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Bagaimanapun, berpindah selepas berkahwin sering kali menjadi dilema bagi pasangan pengantin baru.
Tidak dapat dinafikan, terdapat beberapa faktor dan halangan sebelum anda boleh berpindah serta memulakan kehidupan yang baru. Antara faktor yang kerap dihadapi ialah masalah kewangan. Ini kerana ekonomi belum mantap dan banyak menggunakan duit masa berkahwin membuatkan anda terpaksa menumpang keluarga.
Ditambah pula dengan kos hidup yang tinggi dan harga rumah sewa yang mahal, jauh dari tempat kerja serta tidak mempunyai kenderaan menjadikan pasangan yang baru berkahwin berhadapan dengan beberapa masalah yang perlu difikirkan sebelum berpindah.
Ada beberapa sebab mengapa pasangan yang sudah berkahwin digalakkan tinggal berasingan dari keluarga dan cuba melayari penghidupan baru.
1. Mengajar pasangan berdikari dan tidak bergantung pada keluarga. Jika selama ini bergantung pada keluarga, bila masuk alam berumah tangga semuanya mesti dibuat sendiri. Ia mengajar anda untuk belajar berdikari serta belajar menyelesaikan masalah.
2. Memberikan peluang merancang kehidupan berumah tangga serta ada privasi. Pasangan akan ada lebih masa bersama dan boleh membuat banyak perkara bersama tanpa ada campur tangan keluarga.
3. Menjaga ekonomi keluarga. Pasangan baru berkahwin boleh belajar menjaga ekonomi dalam rumah tangga. Berbelanja ikut kemampuan diri. Jika dulu tidak ada duit minta keluarga, sekarang bila sudah berkahwin, susah senang anda tanggung bersama.
4. Keluarga tidak masuk campur kalau ada konflik. Jika ada perselisihan faham, hanya pasangan yang tahu. Keluarga tidak boleh masuk campur kerana rumah berasingan. Pasangan juga belajar berkompromi bertolak ansur serta menguruskan konflik keluarga tanpa ada campur tangan orang lain.
5. Bebas mengatur kehidupan berumah tangga dan bertanggungjawab terhadap kehidupan baru yang dibina.
6. Tidak akan menimbulkan konflik sesama ahli keluarga seperti kata pepatah, “jauh bau bunga dekat bau taik” yang membawa maksud jika selalu jumpa dan tinggal sebumbung konflik boleh berlaku bila-bila masa saja, tapi bila dah tinggal berjauhan rindu dan kasih lebih mendalam pada ahli keluarga yang lain.
Namun tidak dinafikan ada juga pasangan baru berkahwin terpaksa tinggal dengan keluarga kerana menjaga kedua orang tua dan telah dipertanggungjawab untuk menjaga rumah pusaka keluarga. Dalam hal ini, pasangan ini tidak mempunyai pilihan selain tinggal bersama keluarga dan menjaga Ibu bapa yang memerlukan perhatian mereka. Biasanya ini terjadi pada anak bongsu atau anak tunggal.
Setiap majlis perkahwinan akan menjadi lebih berseri dengan adanya pemberian barang hantaran. Bagi bakal pengantin, pastikan anda jangan ambil mudah dengan jumlah dan senarai barang hantaran yang ingin anda sediakan. Berbincanglah terlebih dahulu dengan pasangan dan keluarga tentang pemberian barang hantaran ini agar tidak timbul masalah di kemudian hari.
Malah jangan sesekali anda berhasrat untuk membuat kejutan kepada pasangan, bimbang nanti anda pula yang terkejut! Bukan itu sahaja risau juga jika hantaran yang anda sediakan sama dengan warna hantaran yang pasangan sediakan, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak daripada hantaran perempuan! Dari sinilah tetamu boleh menilai kemuafakatan dan kata sepakat bakal pengantin.
SENARAI BARANG HANTARAN YANG RINGKAS
Kalau ikutkan adat, bilangan dulang hantaran adalah ganjil. Dan pihak perempuan pada kebiasaannya akan menghadiahkan lebih dua dulang berbanding hantaran pihak lelaki.
Wang mas kahwin dan/atau hantaran
Barang kemas, boleh jadi cincin, rantai, gelang. Apa sahaja yang boleh disarungkan oleh suami ke atas isteri
Senaskhah Al-Quran, telekung atau sejadah
Sepasang set persalinan sama ada sudah lengkap atau kain pasang
Buah-buahan
Coklat atau manisan
Tepak sirih
TIP PENTING:
Elakkan daripada membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar kerana ia menyukarkan untuk menggubahnya, apatah lagi kebanyakan dulang hantaran bersaiz sederhana dan kecil. Sebaiknya, pilihlah saiz beg tangan yang sederhana atau kecil.
CONTOH HANTARAN PIHAK PEREMPUAN KEPADA PIHAK LELAKI
Sirih junjung
Kemeja/seluar
Beg duit/tali pinggang
Al-Quran biasa/digital
Sejadah
Jam tangan
Set minyak wangi/barangan peribadi contoh barangan mandi
Kasut
Buah-buahan
Kek/kek cawan
Coklat
Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
TIP PENTING:
Anda boleh menggabungkan antara satu hingga tiga warna barang hantaran dan tema warna hantaran. Jangan terlalu banyak warna ye, bimbang nampak berkecamuk dulang hantaran anda.
CONTOH HANTARAN PIHAK LELAKI KEPADA PIHAK PEREMPUAN
Mas kahwin/duit hantaran
Cincin/gelang/rantai/barangan kemas
Tepak sirih
Al-Quran biasa/digital
Sejadah
Potpourri/bunga rampai
Jam tangan
Kasut
Telekung
Beg tangan
Set Wangian/barang mekap
Buah-buahan
Kek/kek cawan/coklat
TIP PENTING:
Sekiranya anda bercadang untuk memberi buah-buahan sebagai salah satu dulang hantaran, pilihlah jenis dan warna buah-buahan yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih satu hingga tiga jenis buah saja. Jumlah buah-buahan biarlah tidak terlalu banyak bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!