Islam sebagai agama yang syumul bukan sahaja bertujuan mencegah kemungkaran, tetapi juga mencegah jalan-jalan yang boleh secara bertahap-tahap membawa kepada kemungkaran. Oleh itulah Allah tidak sekadar melarang zina tetapi melarang apa jua yang dapat mendekati zina.
Firman Allah: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [al-Isra’ 17:32]
Hendaklah diketahui bahawa rumah ialah tempat suami dan isteri berehat-rehat dan bersenang-senang selepas letih bekerja, baik pada waktu malam atau pada hari cuti. Dalam suasana seperti ini, suami dan isteri kerap dalam keadaan tidak menutup aurat. Suami khasnya, mungkin hanya selesa dengan memakai kain sarung atau seluar pendek.
Tentu saja dibolehkan bagi suami untuk tidak menutup aurat sepenuhnya jika di dalam rumah, dengan syarat tidak hadir perempuan yang bukan mahram.
Ads
Jika hadir seorang pembantu rumah perempuan, maka dia adalah mahram bagi suami sehingga suami wajib menjaga aurat dan membataskan pergaulan.
Namun, agak kerap suami tidak mengetahui pembantu rumah adalah mahramnya atau memandang hal ini sebagai remeh sehingga tidak menjaga aurat dan pergaulan.
Ads
Tidak ketinggalan, isteri juga bersikap seperti suami sehingga membiarkan suami dalam keadaan bebas dengan pembantu rumah.
Bahkan kadangkala isteri terpaksa keluar rumah kerana sesuatu urusan lalu meninggalkan suami berduaan dengan pembantu rumah. Ini sekali lagi adalah satu kesalahan. Dalam sebuah riwayat, disebutkan: Berhati-hatilah, jangan sampai kalian berkhalwat dengan wanita, demi diriku yang berada di tangan-Nya, tidaklah berduaan seorang lelaki dan wanita melainkan masuk syaitan di antara keduanya.
Ads
Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya. [Riwayat al-Thabarani, al-Targhib wat Tarhib, no: 2855]
Atas sebab-sebab inilah, memiliki pembantu rumah bukanlah sesuatu yang selari dengan Islam.
Selain itu, pembantu rumah juga berkemungkinan menyebabkan suami, isteri dan anak-anak menjadi pemalas. Masing-masing tidak tahu menguruskan hal-ehwal rumah sehingga apabila pembantu rumah berhenti atau menghilangkan diri, kesemua ahli keluarga dalam keadaan yang berserabut sehingga tidak dapat ke pejabat atau ke sekolah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi melengkapi penampilan pengantin, kasut kahwin merupakan aksesori terpenting ketika berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan. Pemilihan kasut kahwin yang tepat pastinya diinginkan oleh pengantin agar anda boleh bergerak dengan selesa. Bahkan kasut kahwin juga mampu menyerlahkan keanggunan pengantin apabila dipadankan dengan baju kahwin yang memukau.
Buat yang tak tahu nak beli kasut apa, boleh buat carian kat sini. Nak murah gunakan kod promo ini untuk mendapatkan diskaun terhebat.
Terdapat banyak jenis kasut kahwin yang kadang kala boleh membuatkan pengantin bingung untuk memilihnya. Jadi anda haruslah bijak memilih kasut yang bersesuaian dan selesa agar ia tidak merosakkan penampilan anda sebagai ratu sehari. Kini ramai pengantin memilih kasut strappy sandals dan slingbacks sebagai pilihan.
1. JENIS KAKI BESAR
Bagi pengantin yang miliki kaki besar, elak memakai kasut jenis sling backs atau kasut ala gladiator kerana ia akan menonjolkan pergelangan kaki anda.
2. ELAK PAKAI WARNA KONTRAS
Sebaiknya, elak memakai kasut dengan warna kontras (merah, kuning) kerana ia akan membuatkan kaki kelihatan semakin pendek dan besar.
3. GUNA KASUT PUTIH ATAU BEIGE
Kasut warna putih atau beige merupakan pilihan terbaik yang patut pengantin gunakan ketika majlis perkahwinan.
4. PILIH KASUT JENIS PUMP
Untuk bentuk kasut, pilihlah kasut jenis pump (tertutup) untuk menutupi kawasan pergelangan kaki. Kasut jenis Stiletto pula akan membantu kaki anda tampak lebih panjang.
5. JENIS BETIS BESAR
Bagi mereka yang berbetis besar, sebaiknya memilih kasut jenis sling back atau strappy shoes. Model ini akan menonjolkan bahagian bawah kaki terutama pergelangan. Sebaliknya hindari kasut pump kerana akan membuat kaki anda kelihatan tenggelam.
6. TIP TAMPAK SEKSI
Anda boleh mamakai kasut bentuk apa pun namun selaraskan dengan bentuk serta warna pada baju pengantin. Usahakan untuk mengenakan kasut tinggi jika ingin keihatan seksi. Sentuhan kristal sebagai perician membuat anda keihatan glamor. Ilusi tali pada kasut juga boleh membantu menciptakan kesan kaki dan betis kelihatan lebih seimbang. Bersyukurlah anda yang memiliki bentuk kaki ideal.
TIP PAKAI KASUT TUMIT TINGGI SEBELUM MAJLIS RESEPSI
Jika anda tidak biasa mengenakan kasut tumit tinggi, pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi. Walaupun kasut tumit tinggi membuat anda tampil cantik, memaksa diri anda mengenakan kasut jenis stiletto bakal mengakibatkan kaki mudah rasa sakit dan tidak selesa.
Ada ramai wanita yang tidak mahu kelihatan lebih tinggi daripada pasangannya. Jadi, ada baiknya anda bandingkan ketinggian anda ketika mengenakan kasut dengan ketinggian pasangan anda.
Apabila anda sudah memiliki kasut kahwin, pakailah kasut tersebut ketika fitting baju pengantin agar memudahkan pereka mengukur kepanjangan baju tersebut. Jika anda belum menemui kasut kahwin yang sesuai, cubalah cari kasut kahwin dengan ketinggian yang anda harapkan untuk dicuba ketika fitting nanti.
Jika lokasi majlis perkahwinan anda di ruang terbuka atau ruang dengan lantai berlapis kayu, ada baiknya anda tidak mengenakan kasut tumit tinggi dengan hujung yang runcing. Kasut dengan hujung yang runcing akan menusuk ke dalam tanah serta meninggalkan goresan di lantai kayu. Oleh itu, pilihlah kasut yang hujungnya tidak terlalu runcing. Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih kasut kahwin daripada jenis wedges.
Meskipun anda sering mengenakan kasut tumit tinggi, memakai kasut kahwin tentu ada halangan yang berbeza. Cubalah mencari kasut kahwin dengan model dan ketinggian yang serupa dengan kasut kahwin serta kenakan kasut tersebut ketika anda ke pejabat atau keluar berjalan-jalan.
TIP PAKAI KASUT TUMIT TINGGI SELEPAS MAJLIS RESEPSI
Segera tanggalkan kasut tinggi setelah majlis resepsi selesai supaya kaki anda boleh berehat. Merehatkan kaki juga bermanfaat untuk mencegah timbulnya urat biru.
Sambil berehat, anda juga boleh memicit betis perlahan-lahan. Lakukan pula regangan di pergelangan kaki. Caranya dengan menaikkan dan menurunkan bahagian buku lali atau dengan gerakan berputar selama 5-7 minit. Anda juga boleh menyandarkan kaki di dinding sambil berbaring sehingga tubuh membentuk huruf L.
Jika kaki masih terasa kejang setelah anda melakukan regangan, cubalah untuk merendamkannya di dalam air suam yang dicampur dengan garam untuk melegakan otot-otot kaki.
Ketika tidur, pastikan kaki anda dalam posisi lurus untuk melancarkan aliran darah dan mencegah otot tersepit.
Berjalanlah di atas jalan yang berbatu atau menggunakan sandal relaksasi. Selain mencegah urat timbul, latihan ini dapat melancarkan aliran darah, melegakan otot serta meningkatkan fungsi saraf.
Mandi lewat malam boleh buat anda tidur lena, percaya atau tidak? Anda alami masalah susah tidur atau kerap terjaga pada waktu malam?
Lebih parah, mungkin ada diantara anda yang sanggup mengambil ubat tidur untuk dapatkan tidur dengan nyenyak.
Mandi Lewat Malam
Tahukah anda, mandi sebelum tidur sebenarnya sangat bagus? Menurut portal Time, kajian mendapati mandi pada waktu malam buatkan anda tidur dengan lena.
Kajian dari Pusat Perubatan NewYork-Presbytetian/Weill Cornell mendedahkan suhu tubuh memainkan peranan penting dalam mengawal ritma sirkadian yang memberitahu bila tubuh perlu rasa mengantuk.
“Mandi adalah proses menyejukkan tubuh yang kemudiannya meransang hormon oksitosin atau mengusir tekanan dan meransang anda untuk tidur.”
Kajian sebelum ini juga mendapati mandi pada waktu malam dapat menurunkan suhu badan dan membuatkan seseorang itu mudah tidur.
Pastikan anda dalam keadaan bersih ketika tidur, ianya pasti akan membuatkan anda rasa lebih selesa dan tidur pun akan lebih nyenyak Sekian petikan dari Cari Forum.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam perkahwinan juga terdapat makna tersirat, kebaikan, faedah dan hikmah yang ditentukan oleh Allah swt. Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, namun hanya Allah sahaja yang benar-benar mengetahuinya secara tersirat.
Di Antara Faedah & Hikmahnya Ialah:
1. Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumah tangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.
2. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.
3. Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumah tangga yang damai dan berdisiplin.
4. Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.
5. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.
6. Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.
7. Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.
8. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezaliman yang amat dilarang oleh agama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!