Menjelang hari bahagia yang bakal tiba, bakal pengantin tentunya sibuk membuat persediaan diri dengan berkunjung ke spa. Antara tujuannya ialah untuk menyegarkan tubuh badan, menghaluskan kulit, meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran.

Menjengah ke Spa Telaga Bunga yang terletak di dalam Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur ini, diri terasa selesa dengan dekorasi keseluruhan spa yang begitu tenang dan mementingkan kebersihan. Pelanggan yang datang disambut dengan dekorasi bertema Bali yang menguasai ruang. Tambah mengasyikkan dendangan muzik sesungguhnya menghadirkan aura selesa di segenap ruang spa milik peribadi Gusti Ayu Made Mudiasih dan suami.

Segarkan Tubuh Bakal Pengantin di Spa Telaga Bunga By Tirta Spa

Segarkan Tubuh Bakal Pengantin di Spa Telaga Bunga By Tirta Spa

 

Segarkan Tubuh Bakal Pengantin di Spa Telaga Bunga By Tirta Spa

Rawatan bau dan jerawat di belakang badan  

Sebelum memulakan rawatan pelanggan dibekalkan dengan tuala, penutup kepala dan selipar khas. Ada di kalangan kita mungkin berhadapan dengan  masalah bau badan yang kurang menyenangkan. Masalah bau badan ini boleh diatasi dengan melakukan rawatan-rawatan tertentu. Di Spa Telaga Bunga, selain popular dengan rawatan lulur disediakan rawatan arang yang dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

Rawatan berkonsepkan kontemporari Melayu dengan gabungan rawatan India dan sentuhan Indonesia ini, bukan sahaja dapat menghilangkan bau badan tetapi juga bagi merawat belakang badan yang berjerawat, bagi menarik toksin keluar dari badan dan bagus untuk mereka yang sudah lama tidak melakukan skrub badan.

IKLAN

Menurut pemiliknya, bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan arang ini ialah rempah-rempah dan herba yang kesemuanya adalah buatan tempatan. Di antaranya ialah arang kelapa sawit, tepung soya dan tepung beras. Tepung soya mengandungi vitamin C, tepung beras pula bagi menegangkan kulit dan arang bagi menyerap minyak yang berlebihan.

Rawatan ini masih baru di Malaysia dan ramai yang masih belum tahu mengenainya. Pelanggan  akan dibersihkan kaki terlebih dahulu dan kemudian bahagian belakang dan hadapan badan disapu rata menggunakan bahan campuran arang.

Setelah itu badan akan dibungkus selama 30 minit bagi mengaktifkan arang menarik keluar toksin dan bau yang terperap di dalam badan. Sementara menunggu tempoh 30 minit itu, ahli terapi akan melakukan urutan di kepala.

Selesai rawatan tersebut, pelanggan akan dimandikan dalam air bunga. Setelah badan dikeringkan, badan pelanggan akan diurut lagi selama satu jam. Keseluruhan rawatan ini mengambil masa selama dua jam.

Pelanggan akan dapat merasai kulit mereka menjadi lembut, tegang dan halus kerana sel kulit mati telah dapat dibuang. Sebaik-baiknya, lakukan rawatan ini dua kali sebulan, sementara bagi mereka yang lebih bermasalah, lakukan seminggu sekali.

IKLAN

Selain itu, di Spa Telaga Bunga mereka turut menyediakan lima pakej utama mereka iaitu Body Treatment, Tirta Dewi Facial, Manicure And Pedicure, mandian serta pakej untuk pasangan pengantin. Rawatan popular lain adalah seperti Balinese Massage, Warm Stone Massage, Flower  Energy Scrub, Royal Javanese Lulurm Age Repair,Vital Nutrition dan pelbagai lagi rawatan menarik menanti pengunjung.

Segarkan Tubuh Bakal Pengantin di Spa Telaga Bunga By Tirta Spa

 

Segarkan Tubuh Bakal Pengantin di Spa Telaga Bunga By Tirta Spa

Segarkan Tubuh Bakal Pengantin di Spa Telaga Bunga By Tirta Spa

IKLAN

Segarkan Tubuh Bakal Pengantin di Spa Telaga Bunga By Tirta Spa

 

Segarkan Tubuh Bakal Pengantin di Spa Telaga Bunga By Tirta Spa

Spa menjadi pusat pelancongan kesihatan

Kehebatan spa di Bali membuatkan ramai yang berkunjung ke sana merasakan tidak lengkap jika tidak mengunjungi ke salun-salun yang menawarkan perkhidmatan spa. Ini membuktikan perkhidmatan spa menjadi satu daya tarikan kepada pelancong.

Oleh itu, Spa Telaga Bunga By Tirta Spa menyahut seruan kerajaan dengan turut bersama menyediakan urutan Malaysia di sini. Teknik urutan tradisional yang menggabungkan empat kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan masyarakat Pribumi itu bakal bersaing dengan urutan negara lain yang kini membanjiri premis spa di negara ini. Urutan Malaysia menggabungkan teknik urutan Melayu untuk belakang badan, Cina (pernafasan dan rendaman kaki), India (kepala) dan Pribumi pula untuk kaki bakal membawa revolusi baru dalam industri kesihatan. Urutan Malaysia adalah satu produk penjagaan diri jenama Malaysia yang diilhamkan pakar dan penggiat industri spa negara dibangunkan dan diolah mengikut acuan Malaysia.

Buat bakal pengantin, luangkan masa untuk memanjakan diri di spa bagi membuat rawatan supaya tampil menyerlah di hari bahagia nanti.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI