Ads

Sekali Lafaz, Dr. Fie Tawfek Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul Nizar Anuar

Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, yang dikenali ramai sebagai Dr Fie, kini bergelar isteri kepada Kapten Amrul Nizar Anuar. Usahawan dan personaliti media sosial itu memulakan kehidupan berumah tangga bersama lelaki pilihan hatinya selepas selamat dinikahkan pada jam 10 pagi.

Detik penyatuan pasangan ini dikongsikan menerusi siaran langsung di TikTok. Amrul menyempurnakan akad nikah dengan sekali lafaz, manakala satu dinar emas menjadi mas kahwin buat Dr. Fie.

Mengenakan persalinan serba putih, kedua-dua mempelai tampil secocok pada hari penuh makna tersebut.

Dr. Fie memilih busana putih eksklusif hasil sentuhan Hansmin untuk meraikan hari bahagianya. Hiasan renda yang mewah dipadankan dengan bunga timbul serta kilauan permata, memperlihatkan perincian halus yang menyerlahkan seri pengantin.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pesona Pengantin (@pesonapengantin)

Cape labuh yang terbentang indah menjadi pelengkap persalinan, memberikan kesan anggun dan dramatik pada keseluruhan penampilannya. Gabungan tekstur renda, elemen bunga dan kemilau permata pula menyuntik nuansa romantis dalam gaya yang sarat dengan keanggunan.

Ads

Pernikahan ini menandakan lembaran baharu buat Dr. Fie dan Amrul sebagai pasangan suami isteri. Semoga ikatan yang dimeterai menjadi asas kepada kehidupan bersama yang dipenuhi kasih sayang, persefahaman dan rasa saling menghargai.

Ads

Terdahulu, Dr. Fie berkahwin dengan penyanyi Nubhan pada Ogos 2015. Perpisahan mereka kemudian disahkan dengan talak dua pada Disember tahun lalu.

Daripada perkahwinan tersebut, Dr Fie dikurniakan tiga orang anak, iaitu Aafiya yang berusia sembilan tahun, Ahmad Aafan, tujuh tahun, serta Afzan Nayille, empat tahun.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Syed Saddiq, Bella Astillah Tampil Berbusana Kedayan, Lebih 20,000 Tetamu Meriahkan...

Bella Astillah dan Syed Saddiq tampil sedondon berbusana Kedayan hitam merah pada Kenduri Rakyat di Sabah yang meriah dengan kehadiran lebih 20,000 tetamu.