Ads

Malek McCrone & Isteri Menawan Dalam Persalinan Qudyn Aziz, Sentuhan Klasik Serba Putih Curi Perhatian

Tidak perlu terlalu mewah untuk tampil mempesona pada hari bahagia. Itulah yang dapat digambarkan menerusi penampilan pasangan pengantin baharu, pelakon Malek McCrone dan isterinya, Tina, yang memilih persalinan serba putih hasil sentuhan pereka fesyen Qudyn Aziz ketika majlis pernikahan mereka.
Menampilkan keindahan busana Melayu dengan gaya elegan dan romantis, kedua-dua mempelai kelihatan begitu sepadan dalam persalinan yang menyerlahkan pesona tradisi.

Pelakon berusia 32 tahun itu atau nama sebenarnya Malek Marcus McCrone, selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Tina pada 9 Oktober 2026 di Batu Pahat, Johor. Majlis persandingan pasangan ini pula berlangsung pada keesokan harinya, 10 Oktober, di lokasi sama dalam suasana intim dengan kehadiran ahli keluarga serta sahabat terdekat.

Malek McCrone & Isteri Menawan Dalam Persalinan Qudyn Aziz, Sentuhan Klasik Serba Putih Curi Perhatian

Menerusi foto perkahwinan yang dikongsikan, Tina tampil cukup anggun menyarungkan busana kebaya dress berona putih bersih rekaan Qudyn Aziz. Potongan busana yang mengikut susuk tubuh secara sederhana itu diperkemaskan dengan perincian renda halus, sekali gus memberikan sentuhan feminin dan klasik tanpa menghilangkan keindahan tradisi Melayu.

Melengkapkan penampilan sang ratu sehari ialah layah labuh daripada fabrik lut sinar yang menjurai indah sehingga ke lantai. Perincian renda pada bahagian hujung layah menambahkan lagi elemen romantis, sementara pilihan solekan lembut dan kemasan hijab yang rapi menyerlahkan kejelitaan semula jadi Tina.

Ads

Tidak kurang segaknya, Malek turut menyarungkan persalinan rekaan Qudyn Aziz dengan memilih Baju Melayu Teluk Belanga berwarna putih yang dipadankan bersama samping songket rona senada. Pemilihan songkok hitam melengkapkan penampilan tradisionalnya, manakala potongan busana yang kemas memberikan sentuhan maskulin dan elegan kepada pelakon berdarah kacukan Melayu dan Kanada itu.

BACA JUGA: Fasha Sandha Tampil Menawan Dalam Persalinan Serba Putih, Gaya ‘Rabiyatul’ Inspirasi Buat Majlis Nikah

Malek McCrone & Isteri Menawan Dalam Persalinan Qudyn Aziz, Sentuhan Klasik Serba Putih Curi Perhatian

Ads

Selain persalinan mempelai, dekorasi pelamin turut mencuri perhatian dengan gubahan bunga yang cukup meriah. Gabungan rona merah hati, merah jambu, putih dan kehijauan mencipta suasana romantis yang menyerlahkan lagi keindahan busana serba putih pasangan ini.

Sentuhan elemen kayu dan perabot bertekstur rotan pula memberikan nuansa klasik yang menjadikan keseluruhan dekorasi tampak begitu harmoni.

Ads

Dalam pada itu, Malek sebelum ini memilih untuk tidak terlalu berkongsi perincian mengenai perkahwinannya bagi menjaga privasi Tina yang bukan daripada kalangan industri hiburan. Menerusi kenyataan pihak pengurusannya, Stars Powerhouse Entertainment, pelakon drama Good Boys Go To Heaven itu turut menzahirkan penghargaan atas ucapan tahniah dan doa yang diterima.

Kredit foto: Instagram Qudyn Aziz

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Bella Astillah Anggun Dalam Kurung Pesak Gantung, Syed Saddiq Segak Berbaju...

Bella Astillah dan Syed Saddiq tampil memukau dalam persalinan tradisional Johor rekaan Rizman Ruzaini ketika meraikan hari bahagia mereka di Muar. Kurung Pesak Gantung rona biru langit dan Baju Melayu Teluk Belanga menjadi pilihan pasangan ini.