
Cincin adalah satu lambang cinta anda dan pasangan. Korang kena pandai pilih cincin yang sesuai dengan diri dengan warna-waran batu selain putih. Kadang-kadang bosan jugakkan asyik putih je.
Perkahwinan akan lengkap dengan kehadiran cincin yang tersarung cantik di jari manis sang ratu sehari. Dengan tersarungnya cincin tersebut, maka terjawablah pertanyaan mereka tentang status anda. Itu adalah tanda bahawa anda sudah berpunya. Admin terpanggil untuk berkongsi dalam pemilihan cincin kahwin ini.
Lilac Sapphire
Natural Aquamarine
Emerald
Baguette Ruby
BLUE SAPPHIRE
9 Selebriti Ini Cukup Manis Berhijab Lepas Kahwin.

Mendirikan rumahtangga sebenarnya banyak mengubah seseorang untuk menjadi lebih baik. Selain perubahan kehidupan dan rutin harian, perkahwinan juga mampu mendidik hati seorang isteri untuk berubah.
Nah, ini adalah antara selebriti yang kembali kepada fitrah. Manis mengenakan hijab, selebriti ini juga menjadi idola para isteri dan wanita lain. Kata orang, yang baik dijadikan tauladan…
Syamel & Ernie Zakri
Tarikh nikah: 26 Mac 2021

Zizi Kirana & Yusuf Bahrin
Tarikh nikah: 19 September 2021

Nurshazwani Shamsuddin (Cik Manggis) & Syazmin Firdaus Aminuddin
Tarikh nikah: 18 0ktober 2014

Dahlia Shazwan & Shafiq Ismet
Tarikh nikah: 24 Julai 2016

Nur Fazura & Fattah Amin
Tarikh nikah: 27 November 2017

Anzalna Nasir & Hanif Zaki
Tarikh nikah: 21 Februari 2016

Shukri Yahya & Tya Adnan
Tarikh nikah: 20 November 2015

Jep Sepahtu & Sariyanti
Tarikh nikah: 25 Februari 2017

Siti Elizad & Shamsul Baharin
Tarikh nikah: 11 Januari 2015

Sambutan Hari Guru Tema Pengantin. Menarik! Cikgu-Cikgu Sporting

HARI GURU 2019 yang diraikan di seluruh negara hari ini, disambut meriah dengan beberapa sekolah mengadakan acara khas termasuk menetapkan konsep tertentu bagi menceriakan suasana.
Sekolah Kebangsaan Chini 2 , tidak ketinggalan menjayakan sambutan tahun ini dengan membawa tema pengantin.
Kredit : Foto SK CHINI 2
Sentuhan Elemen Riben Serlah Aura Ratu Sehari

Serlah gaya anggun dalam penampilan ratu sehari anda dengan sentuhan kuasa riben yang bakal memberikan aura jelita tiada tara. Selain digunakan untuk dekorasi buat pelaminan cinta dan gubahan hantaran, elemen riben juga cukup sesuai digunakan untuk penataan gaya ratu sehari.
Relevan untuk digayakan di abad ini, suntikan riben bakal melahirkan sisi romantis buat si dara. Pastinya gaya ratu sehari tampak manis dan jelita saat melangkah ke mahligai cinta.

1. Tas Tangan Gucci
Jenama mewah ini memberi ‘statement’ elegan buat si pemakai. Suntikan riben pada beg tangan ini melahirkan gaya femin yang tiada tara. Juga sesuai diletakkan di atas dulang hantaran sebagai hadiah dengan gubahan bunga segar berona pastel.

2. Cincin Van Cleef & Arpels
Cincin bertatahkan berlian dari Van Cleef & Arpels mempertaruhkan rekaan ikonik dengan cetusan riben yang cukup anggun. Tampak ringkas, namun sisi eksklusif yang dibawa oleh jenema perhiasan terkemuka ini memberika gaya moden buat si dara.

3. Pewangi Kate Spade
Semburkan pewangi segar dari jenama Kate Spade di majlis raikan cinta anda. Haruman segar dari pewangi ini akan membuatkan si dia bertambah sayang. Reka bentuk botol yang rimgkas diserikan lagi dengan lilitan riben di bahagian penutup botol. Pastinya gubahan hantaran tampak lebih manis dengan hadiah berupa pewangi ini.

4. Busana Reem Acra
Ringkas dan minimalis! Busana rekaan Reem Acra tampak menonjol dengan padanan riben berona hitam di bahagian leher. Percikan rona serba putih pada busana ini memberikan biasan elegan yang tiada tara. Sesuai buat ratu sehari yang inginkan gaya ringkas dan moden.

5. Jam Tangan Chanel
Rona hitam pada jam tangan jenama popular ini tampak menyerla dengan padanan ilham riben berona perak yang diserikan lagi dengan sulaman batu permata. Relevan untuk digayakan di majlis raikan cinta atau dijadikan sebagai hadiah untuk dulang hantara./

6. Sepatu Nicholas Kirkwood
Gaya ratu sehari anda pastinya bagaikan Cinderella saat menyarungkan sepatu anggun ini. Rona perak yang memberi biasan elegan tampil menyerlah dengan taburan batu permata. Suntikan riben memberi nada eksklusif buat rekaan sepatu ini.

7. Subang Pandora
Tidak lengkap gaya ratu sehari tanpa padanan subang yang bersesuaian. Rekaan subang dari Pandora melahirkan ilham riben dalam rekaannya sekaligus amat sesuai untuk digayakan untuk majlis raikan cinta. Suntikan mutiara memberi aksen romantis buat si pemakai.