
Basmi Jerawat Di Muka Dengan Sekelip Mata guna Masker Halba & Asam Jawa! Selain boleh buang angin dan kempiskan perut. Halba bagus untuk basmi jerawat.
Memang sesuai untuk bakal pengantin yang nak hasil yang cepat dalam masa terdekat. Mungkin cara ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN
-1 genggam halba
-1 sudu teh asam jawa
-Air sesudu makan
1. Blend halba sampai halus guna blend kering. Jangan bubuh air tau.
2. Bila dah siap buh halba dalam mangkuk lepastu bolehla letak air sikit. Lagi best, tambah asam jawa sikit. Ye sis, satu sudu dah cukup.
3. Dah letak semua bahan bahan tadi. Gaul rata. Pastu gosok kat muka ataupon kat badan. Biarkan 15 minit. Lepastu bilas dengan air.
KEBAIKAN ASAM JAWA UNTUK KULIT
1. Mencerahkan kulit.
2. Memudarkan selulit.
3. Mengangkat sel sel kulit mati.
4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
5. Mengurangkan tanda penuaan.
6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
7. Melembabkan kulit.
8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.
Sumber: Ematunz
Tip Solekan Pengantin Untuk Resepsi Siang Dan Malam

Pastinya setiap wanita ingin tampil jelita di majlis raikan cinta. Solekan yang cantik dan sempurna bakal menjadikan anda kelihatan cantik dan sempurna bagaikan bidadari syurga.
Namun, solekan yang salah dan tidak bertepatan dengan situasi majlis bakal menjadikan anda kelihatan pelik dan tidak berseri. Tentunya solekan bagi majlis yang diadakan pada waktu siang dan malam memerlukan teknik yang berbeza.
Entri kali ini berkongsikan tip solekan pengantin bagi resepsi siang dan malam.
Solekan Siang
1.Sekiranya anda mengadakan majlis di belah siang hari, jangan gunakan solekan yang terlalu tebal. Sebaliknya pilihlah gaya solekan yang nipis dan natural sahaja. Gaya solekan malar segar ini bakal menyerlahkan kejelitaan semulajadi anda.
2. Bagi majlis siang, pilih warna mekap yang natural dan nipis seperti merah samar dan coklat air.
3. Jangan gunakan mekap jenis berkilat kerana dalam cuaca panas, mekap mudah cair dan menjadikan wajah nampak berminyak dan tidak rata.
4. Gunakan bedak asas yang berasaskan air dan bukan jenis krim bagi mengelakkan wajah cepat berminyak. Sesetengah wanita tidak pandai menggunakan bedak debu jadi gunakan bedak padat.
5. Bagi solekan mata, gunakan satu sahaja warna pembayang mata yang sesuai dengan apa sahaja warna baju, iaitu coklat. Jangan pakai pembayang mata berwarna putih kerana ia hanya akan menampakkan mata bengkak.
6. Sebaiknya, elakkan daripada memakai gincu tebal apatah lagi yang berwarna merah. Cukup dengan hanya rona pastel ditambah dengan memakai pengilat bibir yang berwarna lembut kerana anda akan nampak lebih manis dan selesa dipandang
Solekan Malam
1. Sementara itu, sekiranya majlis perkahwinan anda diadakan pada waktu malam, kenakan solekan yang tebal sedikit. Pilih bedak asas berasaskan air kerana bedak jenis ini paling selamat dan cantik biar semasa siang mahupun malam.
2. Lebihkan solekan mata seperti melukis celak dengan lebih pekat begitu juga dengan maskara. Ini agar mata anda nampak lebih galak dan tidak layu.
3. Anda boleh menggunakan pembayang mata yang berkilat sedikit kerana akan menampakkan mata lebih bersinar dan glamor.
4. Pada bahagian pipi pula, gunakan pemerah pipi yang nipis sahaja kerana tumpuan lebih telah diberikan pada bahagian mata.
5. Sapukan gincu yang pekat sedikit dan lapisi pula dengan pengilat bibir agar bibir anda nampak cantik dan seksi.
6. Bagi kulit yang mudah berminyak, tekapkan tisu pada muka bagi membuang minyak dan kemudian sapu semula dengan bedak padat.
Jadikan Amalan, Inilah Rahsia 3 Zikir Untuk Wajah Kekal Muda & Cantik Berseri!

Kulit cantik berseri merupakan idaman setiap manusia tidak kira wanita mahupun lelaki. Untuk menghindari proses penuaan bukanlah perkara yang mustahil walaupun saat tua tetap terjadi dalam hidup mana-mana manusia di dunia ini secara semula jadi. Apatah lagi untuk mengurangkan penambahan usia!
Untuk melaksanakannya tidaklah terlalu sukar serta memerlukan belanja yang cukup mahal. Sebaliknya anda hanya perlu melakukan pola hidup yang sihat dan lebih berdisiplin dalam memilih makanan yang akan anda nikmati. Selain itu, anda juga boleh amalkan cara mudah yang tidak memerlukan belanja besar. Anda boleh amalkan kesemua cara ini ataupun boleh mengamalkan satu cara sahaja, asalkan anda istiqamah mengamalkannya.
CARA 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
Ambil air segelas
Baca Al-Fatihah 1 kali
Ayatul Qursi sekali
Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali
Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumah tangga
CARA 2:
Zikir di bawah ini dibaca agar kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luar dan dalam. Amalkan membaca zikir ini dengan cara seperti berikut:
Baca “Ya Badiyah” 1 kali
Baca “Ya Nur” 1 kali
Baca “Ya Hadi” 1 kali
Baca “Ya Allah” 3 kali
Baca zikir di atas dan tiup pada tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita
Lakukan setiap hari.
CARA 3:
Amalkan membaca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 daripada surah Al-Waqiah setiap kali selepas solat Subuh. Selepas membaca ayat-ayat ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. Kaedah ini diamalkan supaya anda kelihatan cantik, muda serta bertenaga luar dan dalam.
Begini Cara Guna Aloe Vera Gel Untuk Perawatan Kulit Wajah & Tubuh

Aloe Vera atau pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. Bahagian luar daunnya yang keras dan tebal memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli.
Jeli aloe vera mengandungi pelbagai khasiat terutama pada kulit. Ia boleh dilihat pada sifat semula jadi jeli yang bertindak membaluti dan melindungi bahagian daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat. Bahagian dalam jeli yang terdedah itu akan terlindung daripada serangan bakteria.
Sifat perlindungan semula jadi itu mampu memelihara kulit manusia. Aloe vera gel sangat bermanfaat untuk tujuan kecantikan. Banyak kegunaan aloe vera gel dalam perawatan kecantikan, daripada hujung rambut ke hujung kaki.
5 CARA TEPAT MENGGUNAKAN ALOE VERA GEL:
Berikut dikongsikan bagaimana cara menggunakan aloe vera gel dengan cara yang tepat. Aloe vera ini memang banyak kegunaan. Banyak manfaat dan gunanya aloe vera ini.
MELEMBAPKAN KULIT
BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI GEL KETIKA BERCUKUR
SESUAI DIJADIKAN SEBAGAI PELEMBAP WAJAH
BOLEH DICAMPURKAN DENGAN SYAMPU RAMBUT
BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI PEMBERSIH MEKAP
Aloe Vera mempunyai sifat membersih dan anti-septik. Ia bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat. Hasilnya aloe vera sangat mujarab untuk mengubati jerawat dan mengekalkan kulit berseri dan segar.
Sumber: Bella Aulia via Viral Apa Hari Ini