Bagi saya ia adalah satu perkara yang penting itu solat berjemaah bersama suami. Ini adalah pengalaman sendiri untuk dikongsikan bersama.

Solat fardu lima waktu adalah rukun Islam yang ke 2. Jadi solat adalah tiang agama dan wajib untuk semua muslim. Solat berjemaah adalah perkara yang wajib bagi kami suami isteri setiap waktu (kebetulan kami kerja bersama-sama. Allah telah memudahkan kami merasai nikmat solat berjemaah bersama-sama.)

Seperti saya, saya telah berkahwin dengan saudara baru. Tapi alhamdulillah suami saya telah pandai sembahyang 5 waktu tanpa sebarang masalah. Tanggungjawab saya sebagai isteri kepada seorang saudara baru amat berat dan besar. Kena selalu menunjukkan contoh yang sebaik mungkin sebagai seorang muslim.

Untuk solat berjemaah bersama suami sebenarnya mesti bermula pada hari pertama sah menjadi sepasang suami isteri lagi. Apabila ia diamalkan dari awal perkahwinan ia akan menjadi perkara yang wajib untuk pasangan suami isteri.

Selalu Berjemaah Dengan Suami, Ketahuilah Malaikat Rahmat Suka Rumah Yang Menjaga Rukuk Dan Sujud

Banyak hikmah solat jemaah bersama suami kita. Mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri. Sekiranya ada salah faham anatara kami ianya tak panjang kerana apabila masuk saja waktu kami pasti bertemu untuk berjemaah. Selepas selesai solat dan berdoa pasti kami bersalaman dan meminta maaf atas kesalahan masing-masing. Kan seronok, masam muka sekejap je. Tak boleh lama-lama.

Kita dapat 27 darjat pahala sebab solat jemaah. Rugikan kalau kita solat diri cuma dapat 1 darjat pahala. Jadi jemaahlah bersama suami. Tapi kalau ada anak-anak ajarlah berjemaah bersama.

IKLAN

Rumah kita akan disukai oleh Malaikat Rahmat kerana malaikat Rahmat menyukai rumah-rumah yang rukuk yang dan sujud (solat). Rumah-rumah yang di dalamnya ditunaikan perkara-perkara sunat adalah rumah makmur, malaikat berzikir di dalam nya dan lari daripada syaitan-syaitan.

Disifatkan penghuninya adalah mereka yang bertaubat, yang beribadat, yang mengembara, yang rukuk dan sujud dan rumah-rumah ini sentiasa dalam perhubungan Allah.

Itulah rumah-rumah yang di kasihi Allah dan cahaya Muhammad.

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan megembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yangmenuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).”
Surah al Taubah: 112

IKLAN

Saya kerap mendengar rakan-rakan mengadu mengenai suami mereka tidak mahu solat 5 waktu. Tak ada rasa tanggungjawab dalam agama. Bila mendegar keluhan mereka, terasa sedih dan kasihan.

Selalu Berjemaah Dengan Suami, Ketahuilah Malaikat Rahmat Suka Rumah Yang Menjaga Rukuk Dan Sujud

Ini antara pandangan dan tips  kepada mereka yang berkahwin.

IKLAN

Sebagai isteri, kita sendiri kena tunjukkan contoh terbaik dahulu dalam bab solat. Kita jaga solat kita. Jangan lupa setiap kali selepas solat doakan yang terbaik untuk suami supaya suami mahu mendirikan solat. Jangan putus asa untuk berdoa. Doa biarlah berterusan

Setiap kali masuk waktu solat, kita sebagai isteri cepat-cepat ambil wuduk dan suruh suami solat. Sekiranya suami buat dek dan berkata nanti nanti , jangan dipaksa. Tapi jangan putus asa. Nasihat dan ajak secara lembut. Suami ada ego mereka sendiri yang kadang kala perlu dijaga.

Yang seterusnya, ulang perkara yang perkara yang sama setiap waktu dan setiap hari tapi kali ini ajak suami berjemaah. Siap-siap bentangkan sejadah. Insya’allah suami akan sedar, ditambah dengan doa seorang isteri yang inginkan suaminya menjadi seorang yang bertanggungjawab dan beriman, mereka kan malu pada diri sendiri dan Allah. Allah akan makbulkan doa seorang isteri yang solehah. Insya’allah.

Rasalah nikmat solat berjemaah bersama suami. Rumahtangga lebih berkat dan bahagia dunia dan akhirat kerana disaluti cahaya keimanan.

” Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlahsolat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. ”
Surah An-Nisaa’: 103

SUMBER : BLOG BACAANHARIANKU

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI