Sebenarnya rasa jemu setelah lama berkahwin ini memang sering terjadi dan tolong jangan diikutkan sangat rasa yang tidak baik ini. Bila di dalam hati ada timbil rasa jemu pada pasangan, takut nanti rasa jemu ini petanda awal untuk rumahtangga menjadi retak. Maka jangan pandang remeh dan kena selalu bertindak untuk betulkan keadaan.

Selalulah Duduk Berduaan Untuk Elak Rasa Jemu Dalam Perkahwinan

Pandang Pasangan Dengan Penuh Rasa Cinta

Rasa jemu atau bosan ini ada kena mengena dengan hati. Untuk elakkan rasa jemu ini juga, anda boleh pandang pasangan dengan penuh rasa cinta. Biar suami atau isteri anda itu tahu yang perasaan anda padanya masih tetap hangat bagai dulu. Bila mereka faham barulah boleh hilang rasa jemu tu dalam rumah tangga.

Ungkapkan Kata-Kata Yang Indah

Seorang lelaki jika dia ada rasa sayang dengan mudah dia dapat tunjukkan rasa sayang tu. Cuma sedihnya si suami ni masa bercinta saja nampak romantik penuh puitis tapi bila dah kahwin skill beri ayat pickup line tu macam dah kurang power. Jangan begitu wahai para suami. Sesekali asah skill ungkapkan kata-kata indah itu pada isteri. Dengan ucapan ayat sebegini isteri pasti akan rasa bahagia akan dapat tambahkan rasa cintanya pada anda. Cuma jangan buat selalu takut nanti difikir anda sedang buang tebiat untuk cuba pasang satu lagi.

IKLAN

Duduk Berduaan Dalam Suasana Romantik

Sering terjadi dalam hubungan rumah tangga, rasa cinta dan sayang makin menipis setelah ada anak. Ini mungkin disebabkan faktor masa dan kepenatan. Untuk elakkan pasangan dari merasa jemu, jangan jadikan anak sebagai alasan hubungan menjadi dingin.

IKLAN

Selalulah luangkan masa duduk berduaan dalam suasana romantik ketika di dalam bilik tidur. Jadikan waktu siang untuk mencari nafkah dan menjaga anak-anak, seterusnya jadikan pula waktu malam untuk anda dan pasangan duduk berduaan dengan penuh rasa cinta yang hangat.

IKLAN

Saling Mencumbu Dan Merayu

Mencumbu dan merayu ini juga tersenarai sebagai salah satu tips untuk elak rasa jemu pada pasangan dalam sebuah rumah tangga. Tapi jangan pula di cumbu dan di rayu depan orang, kan dapat malu besar yang tak sudah. Cumbu dan rayulah isteri anda di kala sedang berduaan. Biarlah kehangatan rumah tangga anda hanya kalian berdua saja yang tahu.

Selalulah Duduk Berduaan Untuk Elak Rasa Jemu Dalam Perkahwinan

Berbual Dengan Tenang Bersama Seloka Jenaka

Bergurau itu adalah suatu perasaan yang sangat menghiburkan. Berguraulah sesama pasangan sebagai menghibur hati. Dalam rumahtangga hiburan dan seloka jenaka sebegini boleh menjadi pencetus suasana yang baik. Sekaligus dapat hilangkan bosan dan tekanan akibat kerja dan sebagainya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI