Bertahun lamanya anda menantikan saat disatukan bersama pasangan tercinta. Majlis pernikahan yang cukup syahdu disambut dengan seribu manfaat oleh kedua-dua belah keluarga.
Bahkan, ketika majlis berlangsung, anda melihat pasangan dengan perasaan penuh kesyukuran ke hadrat yang Maha Esa di atas kelancaran majlis yang diadakan cukup sempurna dengan hadirin tetamu yang tidak putus-putus menzahirkan kesyukuran dan tahniah.
Namun selepas majlis selamat dilangsungkan, ada beberapa perkara penting yang harus kedua-dua mempelai bersedia dalam menghadapi cabaran dan onak ranjau sepanjang melayari kehidupan berumah tangga.
1. Pergaduhan kecil dalam hubungan
Walaupun sudah bertahun lamanya anda dan suami saling mengenali, namun selepas tinggal sebumbung barulah kalian nampak belang dan sikap masing-masing yang sebenar. Perempuan memang sejak azali sudah dilahirkan suka berleter sekiranya ada perkara yang dilakukan oleh suami tidak senang di matanya.
Sebagai contoh, pulang dari pejabat suami tidak menyusun kasut di rak dengan baik. Walaupun perkara ini nampak remeh, akan tetapi perkara kecil ini boleh mencetuskan pertelingkahan di dalam rumah tangga. Begitu juga perkara lain seperti masalah kewangan, perhubungan kelamin, campur tangan keluarga dan sebagainya. Semua ini adalah benda baru yang bakal ditempuhi oleh raja sehari.
Cara mengatasi: Sekiranya anda bergaduh dengan pasangan, ada cara yang boleh dilakukan. Paling penting, jangan cepat melenting, naik tangan ataupun membesarkan mata kepada pasangan. Cara terbaik, carilah masa yang sesuai untuk berbincang dan belajar untuk berhujah dengan baik. Selain itu, masing-masing harus mengambil masa untuk berehat dan menenangkan fikiran. Selepas keadaan kembali pulih, luahkan kepada pasangan bahawa anda benar-benar mencintainya dan memohon maaf atas kesilapan yang telah anda lakukan.
Ads
2. Pembelian aset harta
Semasa bujang, tentu anda tidak pernah terfikir untuk menghabiskan wang ke arah harta benda seperti rumah, tanah, kereta dan sebagainya. Namun selepas berkahwin, perkara tersebut akan sentiasa menghantui diri di mana anda perlu bekerja keras agar dapat memenuhi kehendak diri seperti yang telah diimpikan dalam kehidupan berumah tangga. Ketika ini, anda harus bijak mengawal peruntukan kewangan agar tidak berbelanja daripada kemampuan.
Cara mengatasi: Sebelum membeli atau memulakan satu projek yang besar, misalnya membeli rumah, anda dan pasangan seharusnya mempunyai 100 peratus kedudukan kewangan yang stabil. Berbincang dengan baik antara satu sama lain sama ada aset harta tersebut dibeli sekarang atau di kemudian hari sehingga kewangan betul-betul dalam keadaan baik. Sebabnya, selepas anda membeli rumah, banyak juga wang yang diperlukan untuk membeli set barangan dapur dan lain-lain. Ini merupakan perkara baru yang harus dihadapi oleh pasangan yang baru bergelar suami isteri.
3. Campur tangan keluarga
Dalam kancah kehidupan berumah tangga, pasti akan ada sedikit campur tangan keluarga sama ada di sebelah suami atau isteri. Kemungkinan keluarga di sebelah isteri tidak menyukai pasangan anda atau sebaliknya. Biar apa pun sebabnya, anda pasti akan terluka dengan komen-komen jahat mereka setiap kali berkata-kata perihal pasangan anda.
Cara mengatasi: Walaupun banyak masalah yang dihadapi ketika baru berumah tangga terutama sekali jika ia membabitkan keluarga, seelok-eloknya carilah jalan penyelesaian yang terbaik. Misalnya belajar untuk menghilangkan kritikan yang menguasai diri. Mengelak untuk bertembung atau berjumpa dengan keluarga pasangan adalah langkah yang kurang bijak. Ini kerana mereka akan beranggapan bahawa anda bersikap biadab atau tidak boleh menerima keluarga pasangan. Sebaiknya ketika bertemu, beritahu keluarga pasangan bahawa anda inginkan hubungan yang rapat dengan keluarga mertua.
Ads
4. Kehamilan
Pertanyaan berbentuk kehamilan pasti kerap kali terdengar apabila pasangan sudah berkahwin. Mungkin soalan-soalan ini akan merimaskan sesetengah pihak terutamanya yang menginginkan anak segera, tapi masih belum hamil. Sekiranya ia hanya ditanya dalam keadaan yang biasa-biasa tentu anda tidak akan berasa hati dan boleh menjawabnya dengan baik. Tapi sekiranya ia ditanya oleh sepupu, mak saudara atau adik beradik yang sudah mempunyai bilangan anak yang ramai dan seolah-olah merendahkan kemampuan anda dan suami, pasti ia akan membuatkan anda berkecil hati dan marah dengan soalan yang diajukan.
Cara mengatasi: Pertamanya, fikirkan bahawa mereka yang bertanyakan itu sebenarnya sedang mendoakan agar anda dan suami mendapat rahmat dan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga. Keduanya, sentiasalah berfikiran matang dan positif saat soalan berkaitan kehamilan diajukan kepada anda. Mungkin mereka yang bertanya soalan ini beranggapan yang anda mampu menjadi ibu bapa yang hebat. Elakkan sebarang tekanan pada diri dan pasangan ketika menerima soalan-soalan sebegini. Ketiga, jika anda ditanya, berilah jawapan dengan baik seperti “Saya belum ada tanda-tanda hamil” atau “Belum punya rezeki untuk menimang cahaya mata”.
5. Perubahan budaya
Selepas berkahwin, pasti wujud perubahan budaya sekiranya pasangan yang dikahwini berlainan budaya, agama dan sebagainya. Misalnya, anda berkahwin dengan pasangan Cina dan sudah tentunya sebelum pasangan memeluk Islam dia telah menganuti agama lain. Oleh itu, hormatilah budaya, pergaulan, makanan dan adat resam yang diwarisi daripada keluarga pasangan. Daripada perkahwinan juga, budaya ini dapat dikongsi bersama-sama.
Ads
Cara mengatasi: Sebaiknya, hormatilah budaya yang diamalkan oleh pasangan tidak kira walau apa sekalipun. Kemudian wujudkan tradisi baru tersebut dalam diri anda. Jika boleh, jangan memberikan kata-kata nista yang menjengkelkan tentang adat yang diwarisi oleh pasangan.
6. Rakan-rakan berjauhan hati
Ada segelintir pasangan yang sudah berkahwin mula mengetepikan rakan-rakan hingga tidak menghiraukan mereka untuk keluar berkumpul seperti sewaktu bujang. Anda lebih banyak menghabiskan masa bersama suami dan keluarga sehingga tidak ada masa bersama rakan-rakan yang pernah bersusah payah bersama sewaktu dahulu.
Cara mengatasi: Mungkin anda merupakan rakan pertama yang berkahwin. Oleh itu, tidak ada salahnya jika sesekali anda keluar untuk berjumpa rakan-rakan tetapi pastikan anda meminta izin daripada suami atau membawanya bersama. Pujuk rakan-rakan dengan baik sekiranya mereka mula berjauh hati. Beritahu kepada mereka yang anda kini sibuk membina keluarga dan mohon doa daripada rakan-rakan atas kesejahteraan anda dan pasangan.
7. Percutian keluarga
Selepas berkahwin anda haruslah bijak membahagikan masa bersama keluarga suami dan keluarga sendiri. Ketika itu, pasti anda dan pasangan akan melebihkan keluarga sendiri daripada keluarga mertua hingga menimbulkan kata-kata nista seperti tidak bertanggungjawab, perubahan tingkah laku, mementingkan diri dan sebagainya.
Cara mengatasi: Seharusnya tanamkan dalam diri bahawa anda kini sudah mempunyai dua buah keluarga besar yang harus dijaga dengan baik. Sekiranya anda sudah membuat jadual percutian bersama keluarga sendiri pada bulan Mac, maka tidak ada salahnya pada penghujung tahun Disember anda meluangkan sedikit masa dengan mengajak keluarga di sebelah mertua pula untuk bercuti. Dari situ, tidak akan ada timbul masalah berat sebelah ataupun pilih kasih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecantikan dan kesempurnaan majlis sesebuah perkahwinan selalunya menjadi buah mulut tetamu apabila hiasan dan persembahannya menarik serta kualiti dan kuantiti makanan yang memenuhi citarasa anda dan tetamu yang diundang.
Katering Perkahwinan
Pastikan beras yang digunakan daripada jenis yang berkualiti. Anda harus peka tentang pelbagai jenis beras basmathi di pasaran yang digunakan oleh katering perkahwinan. Pilihlah yang terbaik dan tanyalah katering perkahwinan anda.
Kenal pasti menu masakan untuk daging lembu dan ayam yang akan dimasak. Berapa yang perlukan untuk 1,000 tetamu yang menikmati hidangan. Jika anda berurusan dengan katering perkahwinan yang berpengalaman, mereka akan dapat memberikan jawapan yang memuaskan.
Bertanya kepada katerer berapa kenderaan yang disediakan bagi tujuan katering perkahwinan tersebut. Jika kenderaan tersebut tidak mencukupi, boleh menimbulkan masalah atau kelewatan makanan sampai di lokasi majlis.
Pastikan anda bertanya kepada katerer, berapa orang dan siapakah pelayannya? Adakah mereka berpengalaman dan memakai uniform ataupun tidak.
Pilih katering perkahwinan yang menawarkan pelbagai tambahan jenis makanan. Bonus di sini menjadi begitu penting kerana pada realitinya sering terjadi jumlah makanan tidak mencukupi untuk seluruh tetamu yang datang.
“Food testing”
Jangan malas melakukan “food testing” menu makanan yang akan dipesan. Pastikan menu yang dipesan memang sesuai dengan yang diinginkan.
Pilihan menu. Jangan lupa untuk memikirkan kemungkinan tetamu yang datang. Misalnya sediakan menu yang boleh dimakan oleh kanak-kanak. Jika tetamu ada yang vegetarian, jangan lupa sediakan menu untuk mereka. Carilah rujukan sebanyak mungkin.
Tema majlis. Tentukan tema majlis terlebih dahulu samada “buffet” atau “round table”. Tema majlis sangat penting untuk menentukan menu dan jumlah makanan yang dipesan.
Berbelanja ikut budget. Pembiayaan katering perkahwinan ini ditentukan oleh jumlah tetamu undangan, jumlah jenis makanan dan minuman yang dipilih, dan bagaimana hidangan itu akan disajikan.
Gotong-royong
Jumlah tetamu yang dijemput
“Lay Out” (khemah dan meja, DJ, Tempat masak, tempat basuh pinggan, tempat simpan pinggan yang sudah dibasuh.) Jumlah menu makanan
Peralatan memasak (periuk, kuali, kawah, senduk kayu, sudip, tungku, bahan bakar.)
Peralatan makan (pinggan mangkuk dan sudu garpu, tempat basuh tangan, tisu, bekas isi makanan dan minuman. )
Anggaran bahan mentah (ini paling sukar, anggaran perlulah tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak agar tidak membazir.)
Kakitangan (tukang masak, tukang penyediaan bahan mentah, bersihkan meja, tukang tambah makanan, tukang basuh pinggan, ‘runner’.)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diabetes telah menjadi satu epidemik di seluruh dunia. Apabila anda menghidap diabetes, anda akan hidup dengannya seumur hidup. Walaubagaimanapun, anda boleh mengambil langkah untuk mengawal situasi tersebut. Pengawalan saiz hidangan adalah sesuatu yang mudah dan kaedah yang berkesan untuk membantu mengawal kadar kandungan gula dalam darah dan mengawal berat badan anda, lebih-lebih buat anda bakal pengantin yang perlu sentiasa sihat dan kekal anggun di hari bahagia.
Apakah pengawalan saiz hidangan?
Pengawalan diabetes selalunya melibatkan pengamalan diet yang sihat dan seimbang. Akan tetapi, anda mungkin tidak tahu mengenai berapa banyak kandungan makanan yang perlu anda ambil seperti yang disarankan. Oleh itu, cara pengawalan saiz hidangan diwujudkan dan jenisnya termasuklah alat pengukur makanan, saiz hidangan berpandukan sudu dan kadar mengikut saiz cawan.
Apakah cara pengawalan saiz hidangan yang berkesan?
Cara pengawalan saiz hidangan yang berkesan adalah cara untuk membantu anda merancang diet yang sihat yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda. Diet yang sihat adalah cara pemakanan yang melibatkan pelbagai jenis makanan:
Sayuran yang segar. Sayuran berkanji seperti jagung, kekacang, peas manakala sayuran tidak berkanji adalah seperti brokoli dan sawi.
Bijirin penuh seperti beras.
Buah-buahan terutamanya buahan segar seperti oren dan grapefruit.
Produk tenusu tanpa lemak seperti susu tanpa lemak dan yogurt.
Protein tanpa lemak seperti daging tanpa lemak dan ikan.
Ayam.
Tiada diet yang sempurna. Oleh itu, makan engan cara pengawalan saiz hidangan adalah cara yang terbaik kearah diet yang sihat untuk pesakit diabetes.
Bagaimana untuk menentukan saiz hidangan anda?
Anda boleh menentukan saiz hidangan anda melalui cara ini:
Anda boleh menggunakan alat khas atau pinggan (pinggan besar) untuk menentukan saiz hidangan anda. Sekiranya anda menggunakan pinggan, lukiskan garisan untuk membahagikan pinggan kepada dua bahagian yang sama. Buat satu lagi garisan pembahagi yang sama kepada satu daripada dua bahagian yang telah digariskan sebelum ini.
Isikan bahagian yang paling besar dengan sayuran tidak berkanji seperti brokoli. Bagi satu bahagian kecil yang lain, isikan dengan bijirin atau makanan berkanji seperti nasi, pasta atau jagung. Untuk bahagian kecil yang lain, isikan dengan sumber protein seperti ikan.
Jangan lupa untuk mengambil sedikit kandungan lemak yang baik seperti kekacang, bijian atau avocado.
Tambahkan jus segar atau jus buahan atau produk tenusu tanpa lemak.
Pilih minuman tanpa gula seperti air putih dan teh.
Anda juga boleh menggunakan penimbang untuk mengetahui saiz sebenar hidangan anda.
Sesetengah sudu atau cawan mungkin menunjukkan saiz ukuran bagi hidangan anda.
Adalah amat penting bagi penghidap diabetes untuk makan secara sihat yang menyertakan pelbagai jenis makanan dengan saiz kandungan hidangan yang tepat. Anda boleh menggunakan alat khas yang tersedia di pasaran atau menggunakan alat ukuran anda yang tersendiri.
Tulang tunggak tubuh manusia memerlukan kalsium mencukupi bagi membolehkannya terus kekal sihat untuk berfungsi dengan sempurna.
Proses pembentukan tulang sumsum boleh diperoleh dengan melakukan aktiviti ringkas iaitu berlari berganding berenang mahupun mengayuh basikal.
Ini kerana tulang tulang sumsum, tisu semisolid terletak pada bahagian tulang lembut yang menghasilkan sel darah.
Hasil kajian Institut Kegiatan Fizikal dan Pemakanan Universiti Deakin Australia terhadap 101 lelaki dan wanita berusia 25 hingga 35 tahun, mendapati mereka yang berlari lebih 20 kilometer (km) seminggu mempunyai tulang sumsum lapan tahun lebih muda.
Laman sesawang kesihatan Healthline.com, pula melaporkan hasil kajian saintis diketuai Dr Daniel Belavy, mendapati setiap individu yang berlari kira-kira lapan kilometer seminggu mempunyai tulang sumsum berusia setahun lebih muda.
Katanya, setiap individu berupaya memiliki tulang sumsum lebih muda tetapi perlu melakukan sedikit aktiviti berlari secara konsisten.
“Setiap manusia dilahirkan dengan tulang sumsum yang berfungsi menghasilkan sel darah merah. Namun disebabkan peningkatan usia, fungsinya berubah menjadi sumsum yang berlemak kuning.
“Lantaran itu, perubahan memberi kesan buruk kepada sistem metabolisme dalam darah dan tulang pada bahagian pelvis, vertebra, paha dan pinggul.
“Perubahan itu menyumbang kepada risiko penyakit seperti diabetes dan masalah osteoporosis,” katanya.
Penyelidikan menunjukkan terdapat hubung kait antara jenis senaman dengan sumsum lemak kuning atau dikenali sebagai tisu adipose sumsum (MAT). Bagaimanapun senaman yang dilakukan tidak mudah membakar kalori dalam tubuh.
Dr Belavy berkata, kajian membuktikan tiada sebarang manfaat MAT apabila individu menunggang basikal sehingga kira-kira 150 km seminggu.
Beliau berkata, fakta menyatakan MAT dikawal oleh lemak yang terkandung di bawah kulit, bukan hanya proses pembakaran kalori.
Selain mengkaji pelari jarak jauh, beliau berkata pasukan penyelidik turut melakukan kajian terhadap mereka yang berjoging sejauh antara 19 hingga 40 km seminggu. Walaupun responden setakat berlari anak, kajian menunjukkan mereka memiliki MAT jauh lebih muda.
“Sukan yang menanggung beban mungkin akan memberi impak termasuklah bola sepak, tenis dan bola keranjang. Data menunjukkan aktiviti berdampak tinggi seperti berlari dan melompat memberi kesan positif kepada MAT.
Pakar Ortopedik Pediatrik Universiti California San Fransisco (UCSF), Dr Nirav Pandya, berkata senaman larian memberi kebaikan serta kesihatan ekstrim kepada keseluruhan badan.
Aktiviti itu bukan sekadar mengurangkan risiko penyakit kronik tetapi mempertingkatkan ketumpatan tulang, ketajaman mental malah memberi impak kepada kebahagiaan serta kesihatan mental individu.
Beliau berkata, aktiviti sedemikian wajar dilakukan pada jarak dekat secara konsisten berbanding berlari jauh pada tempoh lama.
Penyelidikan sekumpulan pakar Institut kesihatan awam utama di Amerika Syarikat, Centers for Disease Control and Prevention (CDC) antara 2011 hingga 2014, melaporkan sejumlah 475,000 kecederaan berkaitan aktiviti berlari atau berjoging dilaporkan berlaku setiap tahun.
Justeru, Dr Pandya mencadangkan cara terbaik mengelakkan daripada berlaku kecederaan dengan merujuk pakar perubatan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang larian.
Pakar boleh memeriksa tahap kesihatan individu secara keseluruhan selain menilai keupayaan sistem badan sebelum melakukan aktiviti fizikal.
“Anda boleh melihat kesan kepada kesihatan selepas mengambil keputusan menyertai sukan berlari sebagai proses rawatan untuk beberapa bulan. ” katanya.
“Keuntungan berlari melebihi potensi risiko kecederaan, jika seseorang meningkatkan aktiviti joging dan berlari dengan disertai jurulatih berkemungkinan berlaku insiden boleh dikurangkan.
Sumber : Berita Harian
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...