Seleksi Pelamin Harga Bajet Bermula Daripada RM450

Share

Majlis persandingan merupakan acara kemuncak dalam sesebuah majlis perkahwinan. Maka tidak hairanlah dekorasi sesebuah pelamin itu amat penting bagi memastikan majlis persandingan penuh dengan kemeriahan serta eksklusif.

Sungguh mendamaikan tatkala memandang dekorasi pelamin dengan elemen romantis menjadi penyeri di hari bersejarah.

Bagi kebanyakan bakal mempelai, pelamin indah tentuya diimpikan namun ada kalanya bajet yang terhad boleh membantutkan hasrat.

Menyedari keinginan bakal pasangan pengantin untuk tampil berseri pada hari bersejarah mereka, @situkangpelamin menyediakan pelbagai rekaan pelamin dengan harga bajet.

Memperlihatkan ciri anggun minimalis, pasangan pengantin pasti nampak ceria baik pada majlis pertunangan atau pernikahan tanpa perlu memperuntukkan bajet besar hingga membebankan.

Dengan harga serendah bermula daripada RM450.00, pasangan mempelai boleh mendapatkan seleksi pelamin yang diidam-idamkan.

Situkangpelamin berpengalaman dalam bidang industri perkahwinan terutama dalam seni hiasan dekorasi pelamin. Dengan harga mampu milik, bakal mempelai mampu memiliki pelamin impian dengan harga RM450.00 dan ke atas mengikut terma dan syarat juga lokasi majlis perkahwinan berlangsung.

Berikut seleksi pelamin hasil sentuhan Situkangpelamin  

IKLAN