Saat melangkah kita ke alam perkahwinan adalah tidak sama dengan alam kita semasa bujang. Semua yang kita nampak indah sewaktu sebelum kahwin tidak semestinya sama selepas kita berumah tangga.
Fasa ini mungkin tidak dapat dilihat sebulan dua selepas berumah tangga. Ia mungkin berubah selepas enam atau tujuh bulan selepas berumah tangga.
1. Berkomunikasi
Bercerita, bersembang dan berbincang. Berceritalah mengenai pelbagai perkara tidak kira besar atau kecil. Seperti bagaimana kerjanya hari ini atau bagaimana hendak berjimat atau membelanjakan duit. Ia akan menolong mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam, menyelesaikan isu tertentu dan kekl berhubung dengan pasangan anda.
2. Ubah Rutin Anda
Kalau hidup bagaikan rutin bermaksud anda telah mengambil kesempatan terhadap pasangan anda. Sesekali, lepaskan rutin itu dan pergilah berpacaran di mana-mana. Elakkan pergi balik kerja dan tidak memberi perhatian kepada pasangan anda serta perhubungan anda.
Ads
Kalau terlampau fokus kepada rutin sahaja, anda akan berasa kurang berpuas hati dengan perhubungan anda. Pasangan anda akan merasainya juga. Perkahwinan itu adalah perhubungan antara dua individu dan bukan seorang sahaja.
3. Tunggu Untuk Mendapat Anak
Kalau boleh tunggu dulu sebelum anda merancang keluarga atau mendapatkan anak. Ini memberi masa kepada anda dan pasangan anda utuk membina asas rumah tangga yang kukuh.
Pastikan perkahwinan itu mampu membina keluarga yang diimpikan. Ini bermaksud merapatkan diri secara emosi, tahu menyelesaikan masalah dengan mudah dan cari ritma anda sebagai pasangan yang sudah berkahwin.
Ads
4. Simpan Duit
Kebijaksanaan mengurus kewangan keluarga adalah penting . Ini kerana ia adalah antara penyebab pasangan bergaduh dan bercerai. Anda boleh merancang majlis perkahwinan yang glamor dan menjalani hidup berdua tnpa perlu meminjam di bank. Jangan belanja lebih daripada apa yang ada. Fikirkan cara hendak menyumpan duit untuk hari tua anda.
5. Bersiap Untuk Satu Sama Lain
Jangan lupa mandi! Bangun dan pakai pakaian yang pasangan anda suka. Pastikan anda wangi, Jangan mengambil endah perhubungan itu. Pastikan ia sentiasa istimewa. Apabila anda lupa untuk tampil sempuran, secara tidak langsung anda menghantar mesej kepada pasangan yang anda tidak kisah lagi dan anda tidak benar berminat dalam mengekalkan cinta antara anda berdua. Anda pelu menghantar isyarat kepada pasangan yang anda masih lagi hot.
Ads
6. Jangan Lupa Kepada Keluarga Dan Rakan
Tidak bermakna apabila anda sudah berkahwin, anda perlu melupakan kawan dan keluarga atau apa sahaja yang bermakna kepada anda. Perlu diingat, anda juga perlu bersosial dengan kawan supaya berasa bersemangat dengan pasangan. Jangan mengharapkan pasangan anda untuk menjadi segala-galanya untuk anda.
7. Punyai Hubungan Intim Yang Baik
Hubungan intim amat penting dalam perkahwinan. Pastikan kehidupan intim anda dan pasangan memuaskan. Hubungan intim bukan bermula di katil sahaja tetapi bermula dengan berbincang dan melakukan apa sahaja yang membuat pasangan anda tersenyum.
8. Bersedia Untuk ‘Blues’ Selepas Berkahwin
Sedar bahawa anda mungkin akan mengalami post nupital depression (PND). Ini bermakna anda akan rasa sedih dalam masa tiga atau enam bulan selepas berkahwin. Selepas keseronokan merancang perkahwinan dan sudah pulang dari bulan madu dan kembali kepada kehidupan normal, barulah PND akan muncul.
Biasanya si isteri akan sedia bercerita mengenai prasaan dia dan si suami jarang meluahkan perasaannya. Cuba kurangkan bercerita mengenai perkara yang sudah berlalu dan keluar bersama, Fahamilah bahawa anda akan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan baru ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tentunya bakal pengantin mahu kelihatan anggun dan berbeza di majlis kahwin nanti. Namun perlu diingat setiap orang memiliki bentuk wajah yang berbeza, begitu juga dengan jenis kulit wajah yang berbeza. Jangan bimbang, juru mekap pasti tahu apa yang sewajarnya dilakukan bagi penutup kekurangan pada wajah bakal pengantin. Buat bakal pengantin yang berhijab, berikut diberikan beberapa tip yang sesuai buat anda. MUA Taufeeq Adam berkongsi tip manfaat ini.
MUA Taufeeq Adam
1)Warna
Pemilihan warna foundation hendaklah sesuai dengan jenis kulit serta pemilihan warna hijab juga memainkan peranan penting bagi menghasilkan look yang sempurna.
2) Cahaya
Cahaya yang mencukupi diperlukan ketika mekap. Bagi mengelakkan bayang dan memastikan mekap blending dengan baik.
3) Penggunaan kanta lekap
Warna kanta lekap/ contact lens hendaklah sesuai dengan mekap dan wajah seseorang pengantin. Bagi mendapatkan raut wajah yang lebih lembut dan ayu serta menaikkan seri pengantin.
4) Pemilihan jenis tudung
Jenis tudung sangat memainkan peranan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
5)Pemilihan warna dan jenis lipstik
Pemilihan warna dan jenis lipstik hendaklah sesuai dengan bentuk bibir dan warna yang sesuai dengan hijab.
6) Penggunaaan mekap yang kalis geseran dan waterproof
Pemilihan mekap yang waterproof serta kalis geseran adalah sangat sesuai bagi pengantin berhijab untuk mengelakkan mekap terkena pada hijab.
7)Kurangkan contouring
Kurangkan contouring terutama di bahagian pipi dan tengkuk kerana ia tidak sesuai dan menggelapkan wajah pengantin berhijab. Ini kerana apabila berhijab. ia akan menghasilkan bayang pada wajah dan menghalang cahaya terus ke wajah.
8)Penggunaan foundation 2 tona lebih cerah dari warna kulit
Adalah sangat penting bagi kita mengetahui bahawa penggunaan 2 tona lebih cerah ini bersesuaian dengan pengantin berhijab. Ini kerana apabila berhijab ia akan menghasilkan bayang pada wajah. Maka penggunaan 2tona lebih cerah ini membantu menghasilkan mekap yang seimbang.
9)Penggayaan tudung
Mestilah sesuai dengan bentuk muka pengantin dan mestilah kemas.
Tip pemilihan aksesori
Pemilihan aksesori untuk pengantin berhijab perlulah sesuai dipadankan dengan busana si pengantin.
1)Pengunaan crown yang nipis dan tidak terlalu tinggi amat sesuai dipadankan dengan pengantin berhijab.
2) Material yang digunakan berasaskan batu permata, berlian, Swarovski serta biji mutiara juga disarankan bagi menaikkan lagi seri aksesori yang berkiluan serta tampak lebih mewah.
3)Jika mahu nampak lebih simple, tidak perlu memakai sebarang aksesori akan tetapi penggunaan hijab atau veil yang diseliputi lace serta jahitan manik yang penuh adalah pilihan yang bijak dan sering digunakan pada masa kini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak tahu Cara Goreng Ayam Masak Sempurna Dan Tidak Berdarah. Menggoreng ayam nampak mudah. Tetapi jika ayam tak dimasak dengan sempurna atau bila di dalamnya masih berdarah boleh menyebabkan keracunan makanan.
Ayam yang digoreng terlalu lama pula akan menjadi keras dan tidak sedap untuk dimakan. Jadi apakah teknik yang betul untuk goreng ayam? Agar daging ayam itu empuk dan sedap.
Cara Goreng Ayam Masak Sempurna Dan Tidak Berdarah
1) Potong ayam pada saiz yang lebih kecil – Untuk mengelakkan ayam berdarah selepas digoreng, pastikan anda potong ayam kepada potongan yang lebih kecil. Terutamanya di bahagian tulang seperti peha dan kepak ayam.
2) Rebus ayam terlebih dahulu – Namun jika anda mengemari potongan ayam yang besar, anda haruslah rebus seketika ayam tersebut sebelum digoreng. Ataupun anda boleh kelar atau cucuk isi ayam dengan garfu agar ia dapat dimasak dengan sempurna dari dalam. Selain itu anda boleh juga kukus ayam itu untuk seketika.
3) Cairbeku atau nyahbekukan ayam terlebih dahulu – Jangan terus menggoreng ayam yang baru dikeluarkan dari peti sejuk beku atau ‘freezer’. Jika tidak dicairbeku sepenuhnya, ayam tidak akan masak dengan sempurna bila digoreng.
4) Goreng dengan minyak yang secukupnya – Anda perlu menggunakan teknik ‘Deep Fry’ untuk menggoreng ayam. Iaitu dengan mengisi minyak yang banyak dalam kuali. Bila minyak dah betul-betul panas, baru masukkan ayam. Dan pastikan minyak menutupi keseluruhan ayam dalam kuali.
Bahagian yang bertulang perlu digoreng lebih lama sedikit untuk memastikan keseluruhan bahagian dapat dimasak dengan lebih sempurna dan ayam tidak berdarah didalam selepas digoreng.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak semua pasangan yang berkahwin dapat tinggal sebumbung kerana ada yang tinggal berjauhan atas komitmen kerja atau belajar. Walaupun ramai yang kata perkahwinan jarak jauh sukar, tapi ia bukan alasan untuk anda berdua kekal romantis dan bahagia.
Paling penting kedua-duanya perlulah saling menghargai perasaan dan mempercayai antara satu sama lain. Baru anda berdua akan merasai kenikmatan berumah tangga.
Jika anda tergolong dalam pasangan yang terpaksa berpisah dengan insan tersayang, ayuh terapkan dalam diri enam petua ini agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan romantis seperti pasangan lain.
1. Tetapkan matlamat dalam hubungan
Sebelum anda dan pasangan tinggal berjauhan, menentukan dahulu arah hubungan, sebab-sebab kenapa tinggal berjauhan dan bilakah tarikh untuk anda berdua akan tinggal bersama. Ia penting agar anda dan pasangan ada matlamat untuk berusaha tinggal bersama seperti pasangan yang lain.
2. Perlu ekstra percaya terhadap pasangan
Hubungan dalam rumah tangga menuntut kita untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan saat berjauhan kepercayaan akan teruji. Oleh itu belajarlah untuk meningkatkan kepercayaan dalam diri masing-masing. Singkirkan segala perasaan curiga terhadap pasangan kerana sikap tersebut jika dibiarkan boleh menjadi duri selain membuatkan anda memikirkan perkara yang buruk.
3. Sentiasalah berkomunikasi
Walaupun anda berdua terpisah disebabkan oleh komitmen kerja atau pelajaran, jangan sesekali mengabaikan komunikasi. Sentiasalah berhubung antara satu sama lain. Ceritakan kepada pasangan tentang aktiviti harian, masalah yang dihadapi ataupun luahkan rasa rindu anda kepadanya. Apatah lagi zaman yang serba moden ini lebih memudahkan kerana terdapat banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan orang tersayang.
4. Kirim hadiah kejutan
Apabila tiba tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir pasangan, tarikh mula bertemu, ulang tahun dan sebagainya, hantarkan hadiah untuknya. Jangan disebabkan anda berdua tinggal berjauhan, anda mengabaikan tarikh-tarikh penting ini. Sebenarnya kejutan sebegini boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan teruja apatah lagi menerima kiriman istimewa daripada insan tersayang. Cara ini akan menghangatkan lagi kasih sayang anda.
5. Ambil masa untuk mengunjungi pasangan
Jika pasangan masih dalam negara, latihlah diri anda dan pasangan untuk saling mengunjungi antara satu sama lain. Buatlah giliran agar anda berdua boleh berjumpa, mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali. Dengan cara ini hubungan romantis dan bahagia anda berdua bertambah semarak dan tidak akan pudar. Saat bertemu itu lakukan aktiviti bersama sepuas-puasnya seperti menonton wayang, masak makanan kegemaran suami dan sebagainya. Dengan cara ini akan membuatkan hubungan anda dan pasangan bertambah bahagia.
6. Hantarkan mesej romantis
Tentu pasangan rasa teruja apabila menerima pesanan cinta daripada anda. Anda boleh menghantar pesanan ringkas dengan mesej cinta atau kata-kata romantis di telefon bimbitnya. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan terbuai dengan cinta anda, lantas timbul rasa tidak sabar untuk bertemu dengan anda nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!