
Sudah menjadi fitrah bagi setiap manusia untuk memiliki perasaan ingin dicintai dan mencintai antara satu sama lain. Namun, ada kala hubungan yang dibina sudah bertahun lamanya tetapi masih juga berakhir dengan kekecewaan. Inilah yang dikatakan ‘jodoh’. Mungkin ianya sudah tertulis bahawa mereka bukan ditakdirkan untuk bersama.
Niat perhubungan pada awalnya sudah betul iaitu untuk membina hidup bersama. Malangnya siapa kita untuk menolak takdir itu? Walaupun kita tidak mampu untuk mengelak akan ketentuan jodoh tetapi kita masih ada pilihan atau cara untuk mengekalkan sesuatu hubungan. Ini adalah tips untuk mengetahui cara kekal lama dalam hubungan.
1. TERIMA DIA SEADANYA
Anda haruslah berhenti mengharapkan si dia menjadi seperti apa yang anda mahu. Terima si dia sama ada yang baik atau buruk. Ianya bukan bermaksud anda langsung tidak boleh menasihati mereka ke arah kebaikan.
2. SENTIASA BERIKAN PUJIAN
Tidak salah untuk anda sering menyampaikan kata-kata pujian kepada pasangan anda. Setiap kali bertemu tidak kira sama ada berdepan atau tidak selitlah ayat atau kata-kata pujian. Meskipun ianya nampak remeh tetapi memberi kesan yang positif kepada pasangan anda dengan setiap pujian yang disampaikan. Malah bukan itu sahaja, si dia juga akan terus bersemangat dan membuatkan rasa cinta kepada anda lebih mendalam. Tidak susah kan untuk berikan pujian kepada pasangan anda?
3. SELALU MENGALAH
Selalu mengalah bukan bermaksud seolah-olah anda kena mengikut kehendaknya 100%. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kaum lelakilah yang sering dilihat lebih mudah mengalah berbanding wanita. Ada kalanya mereka memberikan alasan ‘malas nak panjangkan sesuatu isu’ dan memilih untuk mengalah sahaja. Tindakan seperti ini juga sedikit sebanyak dapat mengelakkan hubungan mereka berhadapan dengan pertengkaran.
4. MENJADI PENDENGAR YANG BAIK
Kebanyakan wanita sangat gemar bercerita. Mereka lebih suka berbicara berbanding mendengar. Setiap masalah yang dihadapi mereka, mereka pasti ingin berkongsi dengan insan yang mereka cintai.
5. KENALKAN PADA KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN
Tidak dinafikan bahawa ada segelintir pasangan di luar sana yang tidak serius dalam perhubungan. Mereka memilih untuk berpasangan hanya kerana untuk menghilangkan rasa bosan dan berasa tercabar dengan kawan-kawan yang sudah mempunyai pasangan.
6. SENTIASA MENYOKONG DAN MEMBERI SEMANGAT
Sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada pasangan anda dalam apa jua yang mereka ingin atau sedang lakukan. Dengan cara ini, anda sudah menjadi inspirasi buat mereka untuk lebih berusaha dalam mengejar impian mereka. Setiap sokongan dan semangat yang diberikan haruslah sewajar dengan niat pasangan anda. Niat yang mereka miliki haruslah sesuatu yang relevan. Misalnya tentang pelajarannya, pekerjaannya.
Bila Doa Belum Makbul, Wanita Kena Check Dulu Perkara Ini

Ada orang yang bila kita tengok hidup dia, sentiasa dimurahkan rezeki dan gembira je selalu. Kita sendiri buatlah perbandingan itu tanpa menyedari ada perkara yang membuatkan doa kita lambat dimakbulkan Allah.
Susah sebenarnya untuk refleks diri sendiri. Bila ada orang tegur, kita pula yang rasa sentap. Tapi percayalah, setiap apa yang kita rancangkan selagi belum dimakbulkan maknanya masih ada sesuatu yang ‘kurang’ dalam amalan kita pada Allah.
Dalam perkongsian daripada laman Facebook Liashera.co, antara amalan yang diperbetulkan semula selebriti terkenal Malaysia, Neelofa adalah bermula dengan pakaian yang dipakai sehari-sehari.
Setiap hari bangun awal sikit sebelum Subuh untuk buat solat-solat sunat. Lepas Subuh dia akan stay lebih kurang 2 jam untuk mengaji, baca kitab & dengar ceramah online.
Neelofa ada buat eksperimen dekat diri sendiri, kenapa selama ni dia buat solat tahajud sampai menangis-nangis tapi tak terkabul doa, rupanya ada dua sebab yakni pemakanan dan pakaian dia.
Pakaian dia kata agak susah nak follow guideline sebab terlibat dalam bidang industri fashion tapi slowly dia ubah, labuhkan tudung dan pakai stokin. Ramai orang lupa nak jaga aurat kaki, walhal Allah sedang murka. Sebab tu rezeki sempit, masih buat dosa setiap hari.
Makanan pulak, makan dekat tempat yang betul-betul diyakini halal bukan syubhah. Kadang restoran ada tulis pork free tapi belum tentu halal, so jangan makan dekat situ.
Sentiasa utamakan akhirat, slow-slow tinggalkan hiburan. Ada yang tanya dekat neelofa, dia tak takut ke one day peminat lari, dia tak femes lagi, dia kata dia tak menyesal sebab semua Allah yang control, kalau dia terpaksa tinggalkan industri dia sanggup sebab dia tahu kalau dia cari Allah, dunia akan ikut dia.
Menarik sharing dia ni. Sebenarnya kita semua dah tahu amalan-amalan ni cuma tak istiqamah setiap hari, bila Allah datangkan orang-orang macamni untuk buka mata kita baru kita terbuka mata hati untuk buat balik.
Macam tutup aurat tu, tak perlu drastik. Cuba buat dulu 40 hari pakai stokin tanpa gagal insyaAllah hari ke-41 korang akan rasa janggal bila keluar tak pakai stokin.
“Kesian kaki kita dekat akhirat nanti menangis sebab kita tak tutup dia bila keluar…”
Kalau Darurat Barulah Boleh Buat Pembedahan Plastik

Cacat yang terhasil sejak dari lahir misalnya, bibir sumbing, bentuk jari-jemari yang bengkok dan lain-lain. Cacat akibat sakit misalnya cacat yang timbul akibat penyakit kusta , akibat kemalangan dan luka kesan terbakar dan sebagainya. Dalam kes ini, sudah tentu cacat tersebut sangat mengganggu penderita secara fizikal mahupun mental penghidapnya. Dalam keadaan sedemikian syariat membolehkan si penderita menghilangkan kecacatan, memperbaiki atau mengurangi kesan akibat kecacatan tersebut melalui pembedahan.
Ini kerana kecacatan tersebut mengganggu si penderita secara mental mahupun fizikal sehingga dia boleh mengambil keringanan untuk melakukan pembedahan. Dan juga karena hal itu sangat diperlukan oleh si penderita. Keperluan yang mendesak juga termasuk dalam perkara darurat. Ia sebagai salah satu sebab keluarnya rukhsah (keringanan) dalam hukum. Setiap pembedahan yang tergolong sebagai pembedahan kecantikan yang memang diperlukan untuk menghilangkan gangguan, hukumnya boleh dilakukan dan tidak termasuk mengubah ciptaan Allah.
Berikut merupakan penjelasan Imam An-Nawawi untuk membezakan antara pembedahan kecantikan yang dibolehkan dan yang diharamkan:
Dalam menjelaskan hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta untuk ditatukan, yang mencukur (menipiskan) alis (bulu kening) dan yang meminta dicukur, yang mengikir gigi supaya kelihatan cantik dan merubah ciptaan Allah.” [Riwayat Muslim No:3966.]
Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan sebagai berikut:
أما ( الواشمة ) ففاعلة الوشم , وهي أن تغرز إبرة أو مسلة أو نحوهما في ظهر الكف أو المعصم أو الشفة أو غير ذلك من بدن المرأة حتى يسيل الدم , ثم تحشو ذلك الموضع بالكحل .. فيخْضرّ .. وهو حرام على الفاعلة والمفعول بها باختيارها .. وأما ( النامصة ) فهي التي تزيل الشعر من الوجه , والمتنمصة التي تطلب فعل ذلك بها , وهذا الفعل حرام إلا إذا نبتت للمرأة لحية أو شوارب , فلا تحرم إزالتها .. وأما ( المُتفلِّجات ) أن تبرد ما بين أسنانها ( فتجعل ) فرجة بين الثنايا والرباعيات , وتفعل ذلك العجوز ومن قاربتها في السِنّ إظهارا للصغر وحسن الأسنان , لأن هذه الفرجة اللطيفة بين الأسنان تكون للبنات الصغار , فإذا عجزت المرأة كبرت سنها وتوحشت فتبردها بالمبرد لتصير لطيفة حسنة المنظر , وتوهم كونها صغيرة .. وهذا الفعل حرام على الفاعلة والمفعول بها لهذه الأحاديث , ولأنه تغيير لخلق الله تعالى , ولأنه تزوير ولأنه تدليس . وأما قوله : ( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو
عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم
“Al-Washimah” adalah wanita yang mentatu. Iaitu melukis belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau anggota tubuh lainnya dengan jarum atau sejenisnya sehingga mengeluarkan darah lalu diletakkan dengan tinta/ dakwat untuk diwarnai. Perbuatan tersebut haram hukumnya bagi yang mentatu ataupun yang minta untuk ditatukan. Sementara “An-Naamishah” adalah wanita yang menghilangkan atau mencukur bulu wajah.
Adapun “Al-Mutanammisah” adalah wanita yang meminta dicukurkan. Perbuatan ini juga haram hukumnya, kecuali jika tumbuh janggut (seperti lelaki- pent.) atau misai pada wajah wanita tersebut, dalam hal ini dia boleh mencukurnya. Sementara “Al-Mutafallijat” adalah wanita yang menjarangkan giginya, biasa dilakukan oleh wanita-wanita tua atau dewasa supaya kelihatan muda dan lebih indah. Karena jarak renggang antara gigi-gigi tersebut biasa terdapat pada gadis-gadis kecil. Apabila seorang wanita sudah beranjak tua giginya akan membesar, sehingga ia menggunakan kikir untuk mengecilkan bentuk giginya supaya lebih indah dan agar kelihatan masih muda.
Perbuatan tersebut jelas haram hukumnya baik yang mengikir ataupun yang dikikirkan giginya berdasarkan hadith tersebut di atas. Dan tindakan itu juga termasuk merubah ciptaan Allah, pemalsuan dan penipuan. Adapun sabda nabi: “Yang mengikir giginya supaya kelihatan cantik” maknanya adalah yang melakukan hal itu untuk mempercantik diri. Sabda nabi tersebut menunjukkan bahawa yang diharamkan adalah yang meminta hal itu dilakukan atas dirinya dengan tujuan untuk mempercantik diri. Adapun bila hal itu perlu dilakukan untuk tujuan perubatan atau karena cacat pada gigi atau sejenisnya maka hal itu dibolehkan, wallahu a’lam. [Syarh Shahih Muslim karangan Imam An-Nawawi XIII/107]
Suatu permasalahan yang perlu ditekankan di sini ialah para ahli medik yang melakukan pembedahan kecantikan tersebut biasanya tidak membezakan antara keperluan yang menimbulkan bahaya dengan keperluan yang tidak menimbulkan bahaya. Yang menjadi kepentingan mereka hanyalah mencari keuntungan harta, dan memberi kepuasan kepada pesakit dan pengikut hawa nafsu, materialistik dan penyeru kebebasan. Mereka beranggapan setiap orang bebas melakukan apa sahaja terhadap tubuhnya sendiri. Ini jelas sebuah penyimpangan. Karena pada hakikatnya jasad ini adalah milik Allah, Dia-lah yang menetapkan ketentuan-ketentuan berkenaan dengannya sekehendakNya. Allah telah menjelaskan kepada kita cara-cara yang telah diikrarkan Iblis untuk menyesatkan bani Adam, di antaranya adalah firman Allah:
وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا
“Dan aku akan suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar mengubahnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang nyata.” [An-Nisa’ 4:119]
Ada beberapa pelaksanaan pembedahan kecantikan yang diharamkan karena tidak memenuhi ketentuan-ketentuan syariat yang disepakati dan kerana termasuk mempermainkan ciptaan Allah serta bertujuan mencari keindahan dan kecantikan semata, misalnya memperindah payu dara dengan mengecilkan atau membesarkannya atau pembedahan untuk menghilangkan kesan ketuaan, kedutan kulit, mencantikkan bentuk wajah dan anggota tubuh lain tanpa sebarang sebab yang selari dengan syariah.
Dalam hal ini syariat tidak membolehkannya. Karena tidak ada keperluan yang darurat untuk melakukan hal itu. Hal itu dilakukan semata-mata untuk mengubah dan mempermainkan ciptaan Allah sesuai dengan hawa nafsu dan syahwat manusia. Hal itu jelas haram dan terlaknat pelakunya. Dan juga karena termasuk dalam dua perkara yang disebutkan dalam hadith di atas, iaitu hanya ingin mempercantik diri dan mengubah ciptaan Allah.
Dr.Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqiithi menyebutkan:
ويُضاف إلى ذلك أن هذه الجراحات تتضمن في عدد من صورها الغش و التدليس والحقن بمستخلصات مأخوذة من الأجنّة المُجهَضة بالطرق المحرّمة احتيالا وشراء – وهذا من أكبر الجرائم – وكذلك ما ينتج عن كثير من عمليات التجميل من الآلام المستمرّة والأضرار و المضاعفات . كما يقول الأطباء المختصون .
Ditambah lagi pembedahan kecantikan sperti itu banyak mengandungi unsur penipuan dan pemalsuan. Demikian juga suntikan dengan zat-zat yang diambil secara haram dari janin yang gugur, yang mana perbuatan tersebut merupakan kejahatan yang besar, dan kesan samping serta mudharat lainnya yang timbul akibat operasi kecantikan sebagaimana dijelaskan oleh pakar-pakar perbuatan.
[Dr.Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqiithi, Ahkamul Jirahah]
Berdasarkan penjelasan ini, dapat kita simpulkan bahawa apabila kecacatan atau kekurangan yang ada pada diri termasuk dalam kategori darurat (seperti karena kemalangan dan penyakit) yang menyukarkan diri atau menyebabkan kesukaran yang lain yang mungkin terjadi, bukan dilakukan untuk mempercantik diri semata-mata tanpa sebarang alasan yang selari dengan syara’, maka pembedahan plastik/ kecantikan tersebut boleh dilakukan inysa Allah.
والله أعلم بالـصـواب
Masakan Isteri Kurang Sedap, Janganlah Dihina, Pujilah Usahanya

Kadang-kala kala kita mungkin menganggap perkara ini merupakana perkara biasa sahaja. Setiap masakan yang dibuat mempunyai maksud tersendiri. Ianya adalah hasil penat si isteri yang telah masak dengan dengan kasih sayang.
Sebenarnya isu masakan pun boleh menjadi pertengkaran dan pergaduhan yang berpanjangan antara suami dan isteri. Rata-rata para isteri masih belajar , belajar dan belajar setiap hari dalam memperbaiki masakannya untuk yang tersayang. Tetapi yang mengecewakan adalah apabila menerima hinaan demi hinaan , cacian demi cacian dan maki hamun oleh si suami pada citarasa dalam masakkan isteri. Lebih kecewa apabila suami membandingkan masakan isteri dengan masakkan orang lain. Kecil Hati bukan?
Para suami, tahukah anda bahawa isteri sedang berusaha hari demi hari untuk mendapatkan masakkan yang setimpal dengan perut kamu ? ada nasi dan lauk yang dihidangkan. Setiap pagi sebelum memasak mesti memikirkan “nak masak apa harini?”, “bahan apa hendak digunakan?”, “ masih dalam keadaan segar, elok atau tidak?”. Kalau join group memasak pun kalau tiada bahan, tiada gunanya juga kan.
Jadi apabila tidak cukup bahan atau tiada bahan untuk memasak, pastinya si isteri akan keluar membeli belah ataupun yang bekerja, sebaik sahaja tamat waktu kerja, isteri akan keluar terus membeli bahan masakkan. Yang mana suami sudah beli stok untuk sebulan pun mesti ada bahan yang tidak cukup kan. Jadi anda rasa untuk apa semua ini isteri kena berusaha gigih fikir?
Mestilah untuk kesedapan dan keenakkan dalam masakkannya untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak tercinta. Kenapa masih perlu nak menghina atau menyindir masakkan tidak sedap? Memberi pandangan tidaklah salah, tetapi janganlah sampai menghina, menyindir atau membandingkan masakkan isteri tersebut ya.

MEMASAK TAK MUDAH
Nak membasuh, memotong, mencuci bahan-bahan kesemuanya mengambil masa yang lama dan tidak mudah. Bukan sekelip mata sahaja untuk siapkan bahan masakkan. Kadangkala lambat masak pun menjadi punca pergaduhan disebabkan “lapar!”. Lebih malang, tolong pun tidak, hanya banyak bunyi dibelakang sahaja.
Mana-mana wanita, isteri atau ibu sekalipun tiada yang berkata dalam hati “hari ini aku nak masak tak sedap!”. Sangat pasti dan yakin semua dalam kepala masing-masing berfikir nak masak sedap-sedap untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak supaya perut berasa selesa dan kekenyangan. Makanan yang dimasak semestilah wujud perasaan cinta dalam masakkan tersebut.
Apabila dihina, dicaci atau dimaki humun, lebih malang ada yang kena pukul sehingga cedera disebabkan masak kurang sedap, adakah anda tahu bahawa perasaan dan hati si isteri tersebut terluka atau tidak? Ada isteri yang mempunyai perasaan yang sedikit sensetif akan merasa “down” dengan perkataan yang tidak boleh diterima contohnya seperti “ tak sedap baik tak payah masak, beli di kedai saja, tak membazir makanan”. Nampak simple ayat, tetapi boleh menguris hati yang memasak.
Fikirlah sejenak sebelum berkata-kata, pernah anda terfikir bahawa isteri pernah tangannya terluka ketika menghiris bawang, tepercik minyak masak di muka, tangan terkena periuk panas, menumbuk sambal tepercik kena mata, berdiri dua hingga tiga jam untuk memasak mengikut citarasa yang tercinta dan sebagainya lagi. Sebenarnya suami tugas anda mudah sahaja pada waktu itu iaitu duduk dan makan.

ELAK MENGHINA MASAKAN ISTERI
Elakkan menjadi “juri professional” jika tidak diminta. Maka, berdoa dan makanlah apa yang dihidangkan, cuba elakkan bertanya pada makanan yang tiada, makan sahaja apa yang tersedia pada ketika itu. Seusai memakan, sudah pun kekenyangan maka tersenyumlah dan beri pujian yang sewajarnya kepada isteri. Itu yang dinamakan “menghargai dirinya”.
Sudah cukup buat isterimu gembira sepanjang hari. Percayalah, esok isteri akan memasak lagi, bertambah lagi lauk disebabkan semangat memasak menggunung tinggi setelah dipuji oleh suami yang tercinta.
Penulisan ini adalah sedikit penerangan sahaja daripada sebahagian aduan yang kami terima dari para isteri dalam bab “memasak dicemuh, dihina & lain-lain”. Jadi diharap sesiapa yang membacanya sama ada belum berkahwin, akan berkahwin dan sudah berkahwin, ubahlah sikap yang mana membawa ke arah kebaikkan bersama. Akhir kata, “jangan lokek memberi pujian” di atas apa tindakan pasangan anda lakukan sekalipun. Tidaklah rugi seseorang itu dalam berpujian.
PERKONGSIAN DARI Penulis: Tasneem Haneem
KREDIT KEPADA BIDADAR.MY