Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada.
Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu letihnya ia dalam memperjuangkan kejayaannya dan berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali. Iri hati membuat kau sedih melihat orang lain bahagia. Dan bahagia saat melihat orang lain sedih.
Jangan iri hati dengan pencapaian orang lain
Ads
Melihat pencapaian orang lain? Terinspirasi jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang pula rezeki. Jangan iri dan dengki dengan kejayaan dan pencapaian orang lain, kerana setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih juga dalam hidup ini, sehingga kita tak perlu iri, tapi bersyukur apa yang diberi ALLAH saat ini. Kunci nikmat itu merasa memiliki dan menikmati apa yang ada, bukan dipaksa untuk harus ada. Satu tips untuk berjaya, jangan ada sifat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain. Sebab? Itu rezeki dia, rezeki kau ALLAH bagi nanti, sabar!.
Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kau dari dari rasa haus. Tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kau. Selalulah belajar merasa cukup dengan apa yang kau miliki. Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hati dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. ALLAH janji penyembuh dari segala penyakit hati. Perbanyakkan zikir. Perbanyak mengingat ALLAH. Hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenang.
Ads
Bangkit dan bangun
Ketika kau merasa lebih gagal dibandingkan dengan orang lain. Ketika kau merasa miskin sedangkan orang lain kau lihat mereka senang dan mewah. Kau tidak perlu kecewa dan bersedih. Kekecewaan dan kesedihan tidak akan mengubah hidup kau. Yang paling penting kendalikan hati agar tidak iri dan dengki.
Ads
Semakin kau iri dan dengki, semakin banyak ALLAH tarik kau punya rezeki. Sedangkan jika kau bersyukur, pasti ALLAH melipat gandakan rezeki kau lagi. Perasaan yang paling bahaya adalah iri dan dengki, kerana ia melahirkan kebencian. Dan kebencian akan membunuh kau perlahan.
Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang mampu memporak-perandakan hidup. Selama kita punyai rasa iri hati dan dengki, jangan harap kita akan bahagia. Jangan pernah iri dengan apa yang orang lain ada, setiap orang punya masalahnya sendiri, jadi bersyukurlah.
Iri hati dan dengki menghapus kebaikan dan kebahagian, hidup penuh tekanan dan kekecewaan. Kalau hati kita senang melihat orang lain susah, maka hati kita tengah sakit. Dan segerakanlah ubati sebelum hati mati. Dengan apa?.. Banyakkan syukur, banyakkan istighfar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perihal perkahwinan tentunya memerlukan modal atau jumlah yang besar untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi. Oleh itu, setiap pasangan perlulah lebih bersedia daripada segi mental, fizikal serta sudut kewangan khususnya. Anda perlu tahu tentang bajet kahwin dan bagaimana untuk menguruskan wang tersebut supaya anda dan pasangan tidak berdepan dengan konflik kewangan selepas berkahwin. Edisi kali ini kami sediakan tip untuk menjimatkan bajet kahwin.
JANGAN PENTINGKAN STANDARD
Sikap suka berhutang akan memberikan bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia. Malah ramai pasangan yang terhimpit dengan hutang yang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan tampak gah.
TETAPKAN JUMLAH TETAMU
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput agar anda dapat merancang majlis perkahwinan dengan sebaiknya. Apabila anda sudah menetapkan bilangan tetamu, ini memudahkan anda mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
MENYEWA BUSANA PERKAHWINAN
Elakkan menempah pakaian yang baharu kerana khidmat menyewa pakaian jauh lebih murah. Ada juga perkhidmatan yang membolehkan anda menempah pakaian perkahwinan baharu tetapi untuk sewaan sahaja. Ini bermakna selepas memakai busana tersebut, anda perlu memulangkan semula kepada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.
AWASI PERBELANJAAN SETIAP BULAN
Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja secara berlebih-lebihan, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.
ELAK BERHUTANG DENGAN KAD KREDIT
Kad kredit ada baik dan ada buruknya. Jika anda tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat, anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Membayar dengan hanya swipe boleh menyebabkan anda hilang pertimbangan dan boros berbelanja yang akhirnya menyebabkan anda pening untuk membayar hutang tersebut di penghujung bulan.
ADAKAN MAJLIS GOTONG ROYONG
Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding menggunakan perkhidmatan katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan belanja membeli bahan basah, selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran-tetangga.
CUBA BERHENTI MEROKOK
Merokok sememangnya sinonim dengan kebanyakan lelaki. Semua sedia maklum merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia juga membazirkan wang. Jika anda campur tolak wang yang telah dibelanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya. Ini kerana wang tersebut jika dibuat tabungan boleh digunakan untuk banyak perkara yang lebih berfaedah termasuk belanja kahwin.
MEMBUKA AKAUN KHAS
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pembahagian tanggungjawab antara suami dan isteri dalam kehidupan rumah tangga sering dibahaskan. Berlaku juga keadaan di mana suami enggan melaksanakan tanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga sehingga semua dilakukan isteri hingga kepenatan.
Namun, bagaimana jika terjadi sebaliknya? Suami melaksanakan semua tugas dalam keluarga. Bukan hanya sebagai pencari nafkah utama tetapi turut mengatur segala hal. Sehingga isteri seperti burung dalam sangkar emas. Serba-serbi lengkap namun tidak pernah berkesempatan membuat keputusan.
TIDAK DIANGGAP PENTING
Bagi isteri hal ini tidak memberi kepuasan buatnya kerana dia juga berhak untuk memutuskan sesuatu perkara. Malah isteri pasti kecewa jiwa isteri tidak dianggap penting dalam membuat apa jua keputusan bersama suami.
Tidak ada api kalau tanpa asap! Isteri tidak akan tiba-tiba mengajukan cerai jika bukan kerana isteri memendam persoalan yang sudah lama terbuku di hati. Pastinya ini berlaku kerana ketidakpekaan suami terhadap persoalan yang muncul.
Segalanya terjadi bermula daripada persoalan yang mudah tetapi kerana terus dihitung satu persatu, akhirnya seperti bom jangka, isteri hanya menunggu masa untuk meletus dan meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
PERLU SEIMBANGKAN PERANAN
Idealnya, suami isteri perlu saling memahami dan mengerti posisi serta peranan antara satu sama lain. Hal ini hanya boleh wujud apabila adanya komunikasi yang baik dan peranan yang seimbang dalam rumah tangga.
Ketika salah satu pihak merasa dirinya tidak dianggap penting dalam hal ini iaitu isteri, ini bererti ada yang salah dalam pembahagian peranan di urusan rumah tangga. Namun, saling menyalahkan antara satu sama lain bukanlah jalan keluar yang bijak.
Misalnya jika isteri tidak merasai peranannya kerana suami tidak menganggap kehadirannya penting. Boleh jadi juga niat suami sebenarnya baik iaitu ingin memanjakan dan memudahkan isteri sehinggakan banyak tugas yang seharusnya dibahagi tetapi semuanya ditangani atau sebahagian besar dilaksanakan oleh suami. Meskipun suami ‘baik hati’ sebaik-baiknya janganlah sampai ke peringkat hingga mengawal semuanya.
Ertinya, memberi alasan sayangkan isteri tetapi sebenarnya suami ingin mengambil alih semua peranan terutama dalam membuat keputusan. Dalam erti kata lain, suami menganggap isterinya tidak layak dalam membuat keputusan.
PERANAN HARUS SETARA
Pembahagian tugas ini bersifat fleksibel dan bergantung pada kesepakatan suami isteri. Namun idealnya, pembahagian peranan itu haruslah setara, baik untuk soal mencari nafkah bagi keluarga mahupun tugas-tugas domestik. Mulai daripada penjagaan anak-anak, memasak untuk keperluan sehari-hari dan sebagainya.
Setiap pihak harusnya berupaya berbahagi tugas agar peranan ini tidak berat sebelah. Barulah kehidupan rumah tangga sempurna dan bahagia!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cekalnya seorang isteri, perempuan, wanita dan ibu itu kerana satu hal. Bukan kerana seorang suami tapi sesuatu yang dikongsikan lelaki bernama Abu Hurairah Asifa.
Seorang ibu.
Seorang isteri.
Seorang perempuan.
Seorang wanita.
Dia kuat kerana sebuah hati. Sekalipun hati itu telah pecah dan menjadi serpihan, asalkan yang baki sebesar zarah itulah yang akan membina semula sebuah hati yang kuat lagi.
Sebab itu, jagalah hati.
Dekatkan ia dengan Tuhan. Buat sebanyaknya kebaikan. Isi hati dengan Al Quran.
InsyaAllah. Allah akan menjaga wanita yang di uji.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...