Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya.
Di awal perkahwinan, setiap pasangan pengantin pasti akan merasa hidup susah kerana baru memulakan kehidupan bersama. Jadi, kami kongsikan 11 tip yang berguna untuk anda.
Ads
Kredit: Tangkap Pictures
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
2. Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
3. Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
4. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
Kredit: IG rq.creative
5. Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
6. Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
7. Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
8. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
Kredit: tonnyphotoworks
9. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
10. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
11. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Kalau sebelum ini kami ada paparkan 10 jenis doorgift yang boleh anda beri buat tetamu. Kali ini kami akan mencadangkan lagi antara barang yang berguna boleh di beri kepada tetamu yang hadir pada majlis anda. Semestinya barangan ini mereka tidak akan buang kerana semuanya berguna dan berbaloi. Jom kita lihat !
#1 Jam Ikea
Jam memang sangat diperlukan. Kerana semuanya memerlukan masa betul? Ya, masa itu emas.
#2 Popcorn
Sedapnya pop corn, anda boleh terus makan je dalam kereta.
#3 Senduk
Yang wanita atau ibu-ibu mesti suka kan hadiah ini. Yang lelaki tu kalau taknak jangan buang. Beri sahaja pada ibu anda, lebih bagus.
#4 Cookies
Cookies, siapa sahaja tidak suka? Ianya ranggup dan sangat enak. Mesti tetamu akan terus makan.
#5 Sabun
Ini jarang sekali di lihat, sabun. Ya, memang kita gunakan setiap hari. Memang berguna sangat jika anda beri kepada tetamu.
#6 Sos cili
Wah, kalau hari tu kita ada kicap, kali ini sos cili pula. Boleh makan dengan fast food ya.
#7 Air minuman
Kita semua memang memerlukan air dalam badan. Dengan pemberian ini, bila mereka haus mereka boleh minum terus. Jimat pun jimat.
#8 Maggi
Makanan jikalau kecemasan di rumah. Sememangnya maggi menjadi pilihan. Memang rare.
#9 Beras
Beras. Memang makanan harian kita. Bersyukur ya jika di beri ini. Bukan senang.
#10 Kain tuala muka
Wow, kain tuala muka. Kan berguna, kita hari-hari mandi. Memang best
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebuah perkahwinan yang dibina melambangkan ikatan suci antara dua jiwa. Agar rumah tangga seperti di alam bulan madu selamanya maka sesebuah rumah tangga itu perlu dibajai dengan kasih sayang.
Tidak dapat dinafikan bayangan kehidupan berumah tangga seringkali membuatkan pasangan muda ragu-ragu untuk menamatkan zaman bujang mereka.
Persoalan apakah hubungan rumah tangga akan bahagia? Atau benarkah bahawa dalam rumah tangga selalu ada badai? Pendek kata semua persoalan ini ‘menghantui’ diri.
Bahagia itu tidak datang tanpa sebarang usaha. Lalu, apakah yang boleh dilakukan oleh pasangan muda agar rumah tangga berlangsung bahagia? Ini adalah rahsia dalam alam rumah tangga yang sepatutnya diaplikasikan sejak awal berumah tangga.
Fahami Kekurangan
Pasangan pengantin baharu harus lebih menerima kekurangan masing-masing. Misalnya, dalam soal pekerjaan dan kedudukan kewangan yang belum mampan di usia ini. Namun, tidak menjadi masalah jika masing-masing memahami dan mengejar ke tingkat yang lebih tinggi.
Memiliki Cahayamata Dalam Usia Masih Muda
Memiliki anak di usia muda merupakan satu perjuangan dalam meneruskan kehidupan. Tenaga anda masih ‘banyak’ dan anda dan pasangan masih kuat untuk mengasuh anak-anak. Antara kelebihan berkahwin dalam usia yang muda ialah anak-anak akan lebih cepat dewasa dan berdikari dalam usia anda dan pasangan masih muda. Hadirnya cahayamata dalam usia yang masih muda juga menjadikan rumah tangga lebih bahagia.
Komunikasi Lancar
Saat menghadapi masalah apa pun, pasangan harus sentiasa mengawal emosi. Isteri perlu memainkankan peranan untuk ‘membantu’ menenangkan suami, begitu juga sebaliknya. Kuncinya lakukan komunikasi positif secara telus dan terbuka.
Kepuasan Bercinta
Soal bercinta juga menjadi salah satu faktor penentu rumah tangga yang bahagia. Jadi, jangan lupakan kepuasan batin dalam bercinta. Berkomunikasilah dengan pasangan tentang apa yang anda inginkan atau tidak inginkan. Hasilnya anda berdua akan memperolehi kepuasan yang diinginkan bersama.
Saling Memenuhi
Banyak idea-idea segar dan kreatif yang muncul ketika di usia muda. Kolabirasi anda dan pasangan akan meletuskan sesuatu yang terbaik dan lain dari yang lain. Ini kerana masing-masing tahu kelebihan dan kelemahan diri masing-masing.
Saling Menyokong
Pasangan adalah penyokong utama dalam hidup anda. Tidak perlulah mengadu tentang masalah anda kepada orang lain, bimbang ‘rahsia’ anda itu akan bocor kepada orang lain. Berbanding mengadu dengan pasangan sendiri, pasangan anda bukan sahaja menjadi pendengar yang boleh dipercayai tetapi juga dalam masa yang sama dapat memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada anda.
Tujuan Perkahwinan
Selalu ingat ke mana tujuan bersama daripada perkahwinan anda berdua. Maka, hadapi segala masalah dan perubahan dalam hidup dengan pandangan yang positif. Dan, jangan lupakan apa yang telah disepakati bersama pasangan anda agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak semua pasangan yang berkahwin dapat tinggal sebumbung kerana ada yang tinggal berjauhan atas komitmen kerja atau belajar. Walaupun ramai yang kata perkahwinan jarak jauh sukar, tapi ia bukan alasan untuk anda berdua kekal romantis dan bahagia.
Paling penting kedua-duanya perlulah saling menghargai perasaan dan mempercayai antara satu sama lain. Baru anda berdua akan merasai kenikmatan berumah tangga.
Jika anda tergolong dalam pasangan yang terpaksa berpisah dengan insan tersayang, ayuh terapkan dalam diri enam petua ini agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan romantis seperti pasangan lain.
1. Tetapkan matlamat dalam hubungan
Sebelum anda dan pasangan tinggal berjauhan, menentukan dahulu arah hubungan, sebab-sebab kenapa tinggal berjauhan dan bilakah tarikh untuk anda berdua akan tinggal bersama. Ia penting agar anda dan pasangan ada matlamat untuk berusaha tinggal bersama seperti pasangan yang lain.
2. Perlu ekstra percaya terhadap pasangan
Hubungan dalam rumah tangga menuntut kita untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan saat berjauhan kepercayaan akan teruji. Oleh itu belajarlah untuk meningkatkan kepercayaan dalam diri masing-masing. Singkirkan segala perasaan curiga terhadap pasangan kerana sikap tersebut jika dibiarkan boleh menjadi duri selain membuatkan anda memikirkan perkara yang buruk.
3. Sentiasalah berkomunikasi
Walaupun anda berdua terpisah disebabkan oleh komitmen kerja atau pelajaran, jangan sesekali mengabaikan komunikasi. Sentiasalah berhubung antara satu sama lain. Ceritakan kepada pasangan tentang aktiviti harian, masalah yang dihadapi ataupun luahkan rasa rindu anda kepadanya. Apatah lagi zaman yang serba moden ini lebih memudahkan kerana terdapat banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan orang tersayang.
4. Kirim hadiah kejutan
Apabila tiba tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir pasangan, tarikh mula bertemu, ulang tahun dan sebagainya, hantarkan hadiah untuknya. Jangan disebabkan anda berdua tinggal berjauhan, anda mengabaikan tarikh-tarikh penting ini. Sebenarnya kejutan sebegini boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan teruja apatah lagi menerima kiriman istimewa daripada insan tersayang. Cara ini akan menghangatkan lagi kasih sayang anda.
5. Ambil masa untuk mengunjungi pasangan
Jika pasangan masih dalam negara, latihlah diri anda dan pasangan untuk saling mengunjungi antara satu sama lain. Buatlah giliran agar anda berdua boleh berjumpa, mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali. Dengan cara ini hubungan romantis dan bahagia anda berdua bertambah semarak dan tidak akan pudar. Saat bertemu itu lakukan aktiviti bersama sepuas-puasnya seperti menonton wayang, masak makanan kegemaran suami dan sebagainya. Dengan cara ini akan membuatkan hubungan anda dan pasangan bertambah bahagia.
6. Hantarkan mesej romantis
Tentu pasangan rasa teruja apabila menerima pesanan cinta daripada anda. Anda boleh menghantar pesanan ringkas dengan mesej cinta atau kata-kata romantis di telefon bimbitnya. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan terbuai dengan cinta anda, lantas timbul rasa tidak sabar untuk bertemu dengan anda nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...