Lelaki yang macam mana menjadi perhatian wanita untuk dijadikan suami? Mestilah yang ikhlas dan bersedia untuk menjadikan kita suri hidupnya kan. Masa bercinta, janji bulan dan bintang itu pasti. Tetapi andai si dia ‘lari’ apabila disebut tentang kahwin dan komitmen, maka bersedialah untuk melepaskannya pergi.

 

Lumrah hidup bercinta, ada yang kekal ada yang pergi. Yang pergi itu mungkin ada 1001 alasan kenapa Allah tidak mendekatkan kamu dengannya. Mencari suami tak sama macam memilih teman lelaki. Kita nak hidup bukan sehari dua. Sebab itu, kejar lelaki yang benar-benar faham sola tanggungjawab.

 

Pesanan ini khas buat wanita yang ingin mencari kekasih abadi…

 

Duhai wanita,

 

Andai lelaki yang kamu kenal ketika ini dia ada meluahkan hasratnya ingin menghalalkan kamu dengan sebenar-benar luahan. Atau dia sudah pernah datang berjumpa mak ayah kamu. Sesungguhnya lelaki itu serius terhadap kamu.

IKLAN

 

Tapi andai lelaki yang kamu kenal ketika ini belum pernah meluahkan hasratnya ingin menikahi kamu. Belum pernah berjumpa kedua orang tua kamu. Maaf, bagi saya dia masih belum serius dengan hubungan kalian. Andai dia ikhlas sukakan kamu dia akan datang berjumpa mak ayah kamu.

 

Melainkan kalau dia ada komitmen lain atau dia sedang mempersiapkan dirinya. Sedang memperbaiki dirinya untuk menjadi imam yang terbaik buat kamu. Atau dia sedang dalam peroses perbaiki hubungannya dengan Allah.

 

Tulisan ini untuk lelaki yang sembang I Love You melambung tinggi ke langit. Untuk lelaki yang sembang Rindu Awak 200% tapi bila cakap soal kahwin jawapan dia nanti-nantilah. Kita masih muda enjoy dahulu. Bila ajak jumpa mak ayah sejuta alasan dia berikan. Saya kira cinta lelaki itu bukanlah cinta yang bermisikan sampai halal. Tapi hanyalah sekadar cinta monyet budak sekolah menengah.

IKLAN

 

Teman,

 

Selagi kamu dan dia belum halal. Kamu sayanglah dia sekadar sayang biasa, . Kamu cintalah dia sekadar cinta biasa. Kamu rindulah dia sekadar rindu biasa. Kerana tak mustahil suatu saat nanti dia boleh tinggalkan kamu. Sebab antara kamu dan dia tidak ada apa-apa ikatan. Yang ada hanyalah ikatan cinta yang bila-bila masa saja boleh putus.

 

IKLAN

Sesungguhnya lafaz “Aku Cinta Padamu” yang sebenar adalah lafaz ‘aku terima nikahnya’. Itulah bukti cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang di cintainya. Dan bukti cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki yang di cintainya.

 

Tapi adakah seseorang yang kita kenali kita ketika ini menawarkan cinta yang boleh mendekatkan diri kepada Allah atau cinta dia semakin menjauhkan diri kita dari redha Allah SWT?

 

Kepada yang dah nak menikah selamat melayari bahtera syurga dunia dan semoga pernikahan kalian kekal sampai Jannah Ilahi. Dan untuk mereka yang masih single seperti saya ini semoga cepat bertemu jodoh kalian.

 

Kredit : medandakwah

Kredit foto utama: Sweetpictures KL

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI