Dalam tempoh PKPP ini, pelbagai masalah dan isu timbul. Antaranya isu kenaikan bil elektrik, kehilangan peluang pekerjaan dan sebagainya disebabkan kemerosotan ekonomi.
Justeru, pelbagai bantuan dan insentif yang disediakan kerajaan buat rakyat Malaysia dalam membantu meringankan beban. Jom kita tengok senarai bantuan di bawah yang korang boleh mohon:
1. Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)
BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan dalam tempoh PKP.
Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga September 2020.
Pelan Bayaran Mudah (PBM) yang diperkenalkan oleh TNB sebelum ini masih terpakai di mana pengguna domestik mempunyai pilihan untuk menjelaskan bayaran bil elektrik tertunggak secara ansuran berdasarkan amaun PBM setiap bulan tanpa sebarang surcaj tambahan sehingga bulan Disember 2020.
Ads
Dalam pelan ini, tiada caj lewat bayar dikenakan mulai 18 Mac 2020 sehingga 30 September 2020. Untuk info lanjut layari TNB
3. Bantuan Khas Covid-19 (RM100 sehari) NADMA
Bayaran sebanyak RM100 sehari diberikan kepada warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan / tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian kerana mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19.
Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja (one-off payment) dan tidak akan diberikan bagi kes berulang. Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang dan dipos ke NADMA.
4. Bantuan RM600 sebulan kepada Pekerja Cuti Tanpa Gaji
Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji mulai 1 Mac 2020, perkerja sektor swasta serta pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO dan bergaji RM4,000 ke bawah, layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan terhad pada 6 bulan maksimum.
Permohonan hendahlah dibuat oleh majikan bagi pihak pekerja secara online atau melalui mana-mana cawangan PERKESO. Majikan juga bertanggungjawab menyalurkan bayaran bulanan RM600 tersebut kepada pekerja yang berkenaan.
5. Pengecualian Yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpanduan
Kerajaan telah mengumumkan pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan seluruh negara bagi tempoh Mac hingga Jun. Pengecualian melibatkan 1,781 buah Tabika Perpaduan (37,855 orang) dan 41 buah Taska Genius Perpaduan (972 orang).
6. Pengecualian Bayaran Sewa PPR
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan pengecualian bayaran sewa sebulan buat 9,185 pemilik unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR)PPR.
Antara PPR Sentul Murni, Rumah Transit Bukit Jalil, PPR Lembah Subang 1, PPR Lembah Subang 2, PPR Kampung Hassan Hulu Selangor, PPR Ladang Siliau Port DIckson, PPR Tok Suboh, PPR Amanjaya, PPR Kota Setar, PPR Sinar Intan 3, PPR Gua Musang dan PPR Kota Bahru.
Sumber: BH
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa, penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa mengakui pernah terfikir untuk berkahwin lagi selepas 15 tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal.
Namun sehingga kini Rossa, 45, masih belum menemui orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
Datuk Seri Rossa Pernah Rasa Nak Kahwin
“Ada (terfikir untuk berkahwin semula). Cuma saya belum jumpa orang yang sesuai. Saya tidak mahu gagal lagi,” katanya.
Rossa berkongsi perkara itu menerusi program bual bicara Curhat Bang yang disiarkan di YouTube Denny Sumargo pada Isnin.
Ditanya hubungannya dengan Afgan, Rossa memberitahu mereka lebih selesa berkawan rapat rapat.
Namun mengakui pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga bersama.
“Pada mulanya, saya dan Afgan berkawan. Cuma lama-kelamaan kami menjadi rapat. Nak kata bercinta itu tidaklah, tapi kami berkawan rapat.
“Kami tidak pernah terfikir… ‘baiklah, mari kahwin sahaja.’ Mungkin ada kalanya kami mempunyai pemikiran itu, tetapi kami tidak ke arah sana,” jelasnya.
Anak Tidak Campur Tangan
Sementara itu, anak Rossa iaitu Rizky memberitahu dia tidak pernah masuk campur urusan ibunya mahu mencari teman hidup.
Malah, dia tumpang gembira jika Rossa menemui kebahagian sendiri.
“Ia bukan urusan saya, tetapi apa sahaja yang menggembirakan dia akan menggembirakan saya,” katanya.
Untuk rekod Rossa mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Yoyo Padi pada 18 Mac 2004 dan bercerai pada 14 Julai 2009.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 18 tahun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhiri status duda, pelakon Hafidz Rohsdi sah bergelar suami kepada wanita pilihannya Athira Yuhada.
Majlis pernikahan Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dengan pasangan berlangsung di Glasshouse Event Space Glenmarie, Shah Alam.
Hafidz Rohsdi Tamatkan Status Duda
Berita ini dimaklumkan sendiri aktor tersebut menerusi Instagramnya dengan kapsyen: “Alhamdulillah” berserta tanda pagar HafidzAthira.
Dengan sekali lafaz, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu akhirnya memperisterikan Athira yang sebelum ini didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Selepas selesai akad, tetamu dilihat bersorak beramai-ramai menunjukkan keterujaan atas pernikahan merpati dua sejoli itu.
Wang Mas Kahwin
Dalam majlis bertemakan serba putih tersebut, Hafidz menyerahkan RM300 kepada pengantin perempuan sebagai mas kahwin.
Sebelum ini, tular kad undangan perkahwinan antara Hafidz dan Athira tanpa mendedahkan butiran lanjut selain memaklumkan tarikh majlis.
Ketika gosip mengenai hubungan mereka, pada Julai lalu Hafidz menegaskan antaranya dengan wanita terbabit sekadar kawan, selain menegaskan mereka tidak mungkin berkahwin dalam masa terdekat.
Bahkan, wanita berkenaan juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya rapat dengan Hafidz pada Februari lalu iaitu sebaik Nurul Shuhada mendedahkan keintiman mereka.
Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun mereka bercerai talak satu pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Biar mati anak, jangan mati adat. Orang Melayu memang kaya dengan adat dan budaya. Pendek kata ia mahu terus diwarisi turun-temurun. Sebelum berlangsung sesebuah majlis perkahwinan ada bermacam aturcara yang direncanakan sebagai mendukung adat yang diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. Salah satu ritual tersebut ialah majlis malam berinai.
Majlis malam berinai merupakan tradisi perkahwinan Melayu. Meskipun majlis malam berinai sudah agak dilupakan oleh golongan masyarakat masa kini namun masih ada yang mengganggap bahawa majlis malam berinai ini harus diteruskan agar ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kini adat ini kembali menjadi trend apabila ramai anak-anak muda mula ‘menghidupkan’ semula budaya ini.
Sebenarnya jika mengikut budaya asal majlis malam berinai, majlis ini dibahagikan kepada dua majlis iaitu majlis berinai kecil dan majlis berinai besar. Malam berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang, tiga malam sebelum hari perkahwinan. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang hadir. Tujuannya ialah untuk ‘menghias’ pengantin perempuan. Ada juga pihak keluarga yang turut mengadakan acara mandi bunga untuk majlis malam berinai. Walau bagaimanapun terpulanglah pada diri masing-masing tentang bagaimana untuk ‘mencorakkan’ malam berinai seperti yang diinginkan.
Pada majlis malam berinai kecil, inai akan dihiaskan pada kedua-dua belah tangan dan kaki pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga dipakaikan inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Untuk malam berinai besar biasanya diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan bagi memeriahkan majlis.
Ketika majlis malam berinai besar, tetamu lelaki akan merenjiskan sedikit beras kunyit di sebelah kiri dan kanan bakal pengantin lelaki. Proses yang sama turut diulang dengan menggunakan bertih dan tangkai daun wangi dicelup dalam air daun setawar. Akhir sekali pes inai akan diletakkan di atas daun sirih dan diletakkan pada tapak tangan pengantin lelaki.
Pada masa kini, majlis malam berinai lebih ringkas. Mungkin ada yang beranggapan majlis malam berinai ini suatu majlis yang tidak perlu di samping dianggap satu pembaziran sedangkan bajet untuk majlis tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan.
Gambar sekadar hiasan
Majlis malam berinai tidaklah mencacatkan sesebuah majlis perkahwinan jika tidak diadakan kerana ia lebih bersifat kepada adat. Di samping itu lain tempat, lain cara malam berinainya. Kebiasaannya waktu malam berinai, bakal ratu sehari akan bertukar-tukar beberapa helai pakaian mengikut daerah masing- masing. Zaman sekarang majlis malam berinai diadakan lebih ringkas. Hanya satu persalinan sahaja yang dipakai ketika majlis tersebut.
Jadi terpulanglah kepada anda sama ada hendak mengadakan majlis malam berinai ini atau tidak. Boleh sahaja jika anda bakal mempelai ingin mengadakan majlis malam berinai. Yang penting, sesuaikan dengan bajet.
Selalunya majlis malam berinai zaman sekarang lebih kepada tujuan suka-suka selain dapat berkumpul dengan keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan juga rakan-rakan. Yang penting bukan hanya pasangan mempelai sahaja gembira dengan majlis tersebut tetapi juga para jemputan yang hadir memeriahkan majlis.
Antara konsep malam berinai yang kini menjadi trending.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!