Hubungan

Sesetengah Lelaki Yang Dah Berkahwin Beranggapan, Cantik Bukan Hanya Paras Rupa Semata-Mata

Share

Jika anda bertanya kepada wanita apa itu kecantikkan, dan jawapannya sudah pasti tertumpu kepada raut wajah sahaja. Tetapi definisi cantik berbeza pada setiap lelaki. Bagi mereka kecantikkan adalah subjektif.

Bagi sesetengah lelaki, kecantikan dalaman adalah jauh lebih penting daripada kecantikkan luaran. Tiada gunanya jika cantik rupa paras namun memiliki peribadi yang sangat teruk.

Kecantikkan luaran sebenarnya hanyalah satu perhiasan semata-mata, manakala kecantikkan dalaman merangkumi segalanya. Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan.

Apabila kecantikkan itu tidak hanya tertumpu kepada kecantikkan wajah sahaja, lelaki mula sedar bahawa banyak benda dalam diri wanita itu boleh dikatakan sebagai ‘cantik’ selain raut wajah.

Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

Ada sesetengah lelaki beranggapan bahawa setelah berkahwin, kecantikkan dalaman itu lebih dititikberatkan kerana ianya mampu menjamin kebahagiaan dalam rumahtangga. Tidak guna wajah cantik tetapi mempunyai peribadi yang teruk serta kurang ajar terhadap keluarga mertua.

Pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami ia sangat bererti dan ia adalah kecantikan asli bagi wanita.

IKLAN