
Jika anda bertanya kepada wanita apa itu kecantikkan, dan jawapannya sudah pasti tertumpu kepada raut wajah sahaja. Tetapi definisi cantik berbeza pada setiap lelaki. Bagi mereka kecantikkan adalah subjektif.
Bagi sesetengah lelaki, kecantikan dalaman adalah jauh lebih penting daripada kecantikkan luaran. Tiada gunanya jika cantik rupa paras namun memiliki peribadi yang sangat teruk.
Kecantikkan luaran sebenarnya hanyalah satu perhiasan semata-mata, manakala kecantikkan dalaman merangkumi segalanya. Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan.
Apabila kecantikkan itu tidak hanya tertumpu kepada kecantikkan wajah sahaja, lelaki mula sedar bahawa banyak benda dalam diri wanita itu boleh dikatakan sebagai ‘cantik’ selain raut wajah.
Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.
Ada sesetengah lelaki beranggapan bahawa setelah berkahwin, kecantikkan dalaman itu lebih dititikberatkan kerana ianya mampu menjamin kebahagiaan dalam rumahtangga. Tidak guna wajah cantik tetapi mempunyai peribadi yang teruk serta kurang ajar terhadap keluarga mertua.
Pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami ia sangat bererti dan ia adalah kecantikan asli bagi wanita.
Didiklah Anak Lelaki Erti Tanggungjawab Agar Bila Kahwin Mampu Didik Isteri Sentiasa Bersyukur!

Menyentuh faktor ekonomi atau kewangan dalam rumah tangga bukanlah perkara yang luar biasa di dalam sesebuah perkahwinan. Isu kewangan keluarga kadang-kala menjadi punca utama perceraian kerana ia adalah sebab utama pasangan bergaduh.
Dalam Islam pernikahan itu adalah satu ibadah. Jika ingin berkahwin, seseorang itu mestilah seorang yang mampu fizikal, mental (termasuk kerohanian) dan kewangan. Hanya dengan kemampuan dalam tiga perkara utama ini, perkahwinan dapat mencapai kebahagiaan jitu.
Ini bukanlah bermakna seseorang itu perlu kaya raya baharu dia boleh menjadikan rumah tangganya bahagia. Tetapi keupayaan menanggung makan minum, pakaian dan perubatan tanggungan mengikut kemampuan adalah sesuatu yang wajib dipenuhi oleh seseorang yang berkahwin.
Tanggungjawab ini diletakkan oleh Islam ke bahu suami atau seorang lelaki. Sebab itu, Islam mewujudkan peruntukan sekufu di mana perkahwinan harus melihat keserasian pasangan bukan hanya kepada kelayakan akademik, jawatan atau kerjaya tetapi juga latar belakang keluarganya.
Isu ekonomi yang boleh menyebabkan pasangan bercerai-berai ialah isu pendapatan keluarga dan siapakah yang bertanggungjawab menyara ahli keluarga?
Sudah tentu kewajipan itu diletakkan di bahu suami. Tetapi hari ramai suami mempunyai pendapatan yang lebih kecil daripada isteri.
Jelas, faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam rumah tangga. Hari ini ibu bapa atau wali dilanda dilema kerana anak perempuan yang berijazah dipinang lelaki yang tidak berkelulusan tinggi.
Ibu bapa juga tertekan dengan masalah anak perempuan berjawatan tinggi tetapi tidak dipinang orang. Kerana takut menjadi anak dara tua, akhirnya dinikahkan juga dengan seseorang yang tidak sekufu dengannya dari sudut akademik dan kerjaya.
Seorang lelaki yang berpendapatan kecil masih boleh menikahi wanita yang berpendapatan tinggi dengan syarat lelaki itu tahu tanggungjawabnya.
Dengan gaji yang kecil, ia perlu merancang kewangan rumah tangga supaya dialah yang menanggung makan minum anak dan isterinya serta menyediakan rumah untuk mereka mengikut kemampuannya.
Jika isteri kemudian mahu sesuatu di luar kemampuan suami, maka dia boleh menggunakan wang sendiri. Jika isteri reda berkongsi pendapatannya dengan suami dan anak-anak, itu adalah sedekah dan jariahnya.
Namun, isteri perlu ingat bahawa dia tidak boleh mengungkit pemberiannya, kerana ia tidak akan dapat pahala. Jika diungkit maka isteri akan menjadi orang paling malang kerana dia letih bekerja menanggung keluarga kerana suami tidak mampu.
Suami pula merasa rendah diri dan tersisih kerana isteri seperti tidak memerlukannya. Akhirnya suami mencari tempat bermanja yang lain yang boleh menerimanya seadanya dan isteri menjadi sakit hati dan mengungkit segala perkara dan dia tidak mendapat pahala.
Ingatlah wahai isteri, jika berkahwin dengan pilihan hati yang anda tahu tidak mampu menanggung anda, bersedialah untuk berkorban. Jika tidak, rumah tangga akan terkorban.
Bagi kaum lelaki pula, ingatlah tanggungjawab menanggung isteri dan anak-anak serta ibu bapa adalah tanggungjawab anda. Jika tidak mampu, didiklah isteri dan anak supaya bersyukur dan bila mencari isteri ‘ukurlah baju di badan sendiri’.
Hari ini ramai lelaki yang mengambil kesempatan daripada perkahwinannya, di mana akhirnya isterilah yang menanggung dia dan anak-anak sepenuhnya.
Ada suami yang berhenti kerja dan duduk di rumah seperti raja sehinggakan apabila perceraian berlaku, enggan meninggalkan rumah perkahwinan kerana dia tidak ada tempat hendak dituju kerana dia tidak bekerja.
Ibu bapa perlu mendidik anak lelaki supaya tahu tanggungjawab mereka dan apabila berkahwin dapat menjadi suami dan bapa yang dihormati.
Sumber : Utusan Online
Selawat Tafrijiyah Untuk Keluarkan Diri Dari Kesulitan Masalah

Selawat Tafrijiyah, YANG NI siapa AMAL in sha Allah bertalu2 rezeki masuk dan 1 per 1 jalan keluar dari masalah, semuanya akan terungkai.

Kepada sesiapa yang sedang sakit, yang sedang ditimpa masalah, yang sedang ada sebarang hajat, amalkanlah Selawat Tafrijiyah.

Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Sabda Nabi SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
Gerenti Lambat Tua, Bakal Pengantin Dah Boleh Guna 6 Bulan Sebelum Kahwin

Gunakan krim anti-penuaan untuk melawan timbulnya kedutan dan garis halus. Mustahil untuk kita hapuskan kesan penuaan semulajadi ini selamanya akibat faktor usia tetapi anda boleh melambatkan prosesnya terjadi. Kebanyakan krim anti-penuaan dapat membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda secara luaran productnation
1.L’OREAL White Perfect Night Cream (50ml)
Krim anti aging ini terbaik untuk melawan penuaan sepanjang malam semasa anda tidur. Dengan menawarkan kesan pemutihan sekaligus mengekalkan lembapan jika anda memakainya secara konsisten. Krim ini juga mampu untuk menghapuskan kesan jerawat serta melambatkan kadar pertumbuhannya. Ianya dapat mengawal penghasilan melanin pada kulit wajah agar kesan bintik hitam berkurangan.
Gunakan krim ini pada waktu malam sahaja untuk mendapatkan hasil dan keberkesannya secara menyeluruh. Kulit wajah anda akan cerah berseri dalam masa beberapa hari sahaja.
2. POND’S Age Miracle Eye Cream
Mengandungi Retinol C-Complex dan Instant Blurring Technology, krim ini mampu melindungi kedutan yang terjadi di sekitar kawasan mata anda agar tampil awet muda.
Ianya memberi lembapan semulajadi dan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit serta menghapuskan lingkaran gelap di bawah mata. Kandungan aktifnya dapat membaikpulih kulit anda selama 24 jam tanpa henti!
3. NIVEA Anti Age Q10 Hand Cream (100ml)
Sesuai dengan jenamanya, Nivea sudah lama berada di pasaran Malaysia dan seringkali menjadi pilihan pengguna. Harganya sangat berpatutan dan boleh didapati di drugstore kegemaran anda seperti Watsons. Walaupun murah, krim ini masih mampu memberi hasil yang lumayan buat kulit tangan anda.
Dengan mengandungi bahan aktif yang berkesan untuk melindungi kulit tangan anda daripada sunburn akibat terdedah di bawah cahaya matahari terlalu lama. Krim ini dapat menyerap dengan baik ke dalam lapisan kulit dan aromanya sangat menenangkan. Kulit anda akan berasa lebih relaks dan selesa sepanjang hari.
4. OLAY Total Effects 7 in 1 Day Cream Normal
Sesuai untuk semua jenis kulit, krim anti penuaan daripada Olay Total Effects ini mampu menghalang penghasilan minyak berlebihan dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat pada wajah. Berfungsi sebagai pelembap, krim anti aging ini pilihan masa kini pengguna. Dilengkapi dengan bahan-bahan seperti Green Tea, Vitamin Pro-B5, B3 dan E serta anti-aging complex.
Ianya diformulasi untuk menghalang kedutan, garis halus, pori tersumbat dan kulit kusam. Dengan mengandungi SPF15, krim ini mampu bertindak untuk melindungi kulit daripada terkena pancaran sinaran UV terus ke kulit.
5. NUTOX Anti-Ageing Cream (30ml)
Terbaik digunakan untuk semua jenis kulit yang ingin menghapuskan semua masalah pada wajah seperti penuaan, bintik hitam dan melindungi cela. Diformulasi dengan anti-penuaan, ianya dapat menegangkan kulit dan menjadikannya lebih anjal. Gunakan krim ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit tanpa penuaan dalam masa hanya 2 minggu sahaja.
Diperkaya dengan pati sarang burung dan ekstrak botanikal, Nutox Anti Ageing Cream terbaik untuk mengembalikan keserian wajah anda.
SUMBER : productnation.com