Seorang isteri sudah semestinya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang berat terhadap suami. Tanggungjawab ini sudah semestinya satu tugas yang serius dan tidak boleh diabaikan.
Isteri yang mengabaikannya dikhuatiri mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri derhaka.
1. Balasan wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suami
Rasulullah saw bersabda : ” Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka terdiri daripada wanita.” Mengapa demikian ya Rasullulah ?
Rasulullah menjawab, “Wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun, dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
(Riwayat Imam Bukhari)
2. Balasan wanita yang suka menyakiti hati suami
Rasulullah saw bersabda : “Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya.”
3. Balasan wanita yang bermasam muka terhadap suami
Rasulullah saw bersabda : ” Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita itu dimurkai Allah swt sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.” (al-hadis)
4. Balasan wanita yang lari dari rumah
IKLAN
Rasulullah saw bersabda : “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminyab(meminta maaf) (Riwayat Hassan)
5. Balasan wanita yang berhias bukan untuk suami
Rasulullah saw bersabda : “Perempuan yang mengenakan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami) adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya”.
6. Balasan wanita yang meminta cerai daripada suaminya
Rasulullah saw bersabda : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
IKLAN
7. Balasan wanita yang keluar rumah tanpa izin suami
Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya, ‘Apakah hak suami ke atas isteri?’ Jawab baginda, ” Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seizin suami. Keluar dari rumah juga memerlukan izinnya. Jika keluar juga akan dilaknat malaikat rahmat dan malaikat azab sehinggalah dia kembali ke rumahnya”.
Hukum nusyuz atau derhaka ni memang jelas haram, bila dah haram bila dilakukan maka berdosa. Sebagai seorang yang beriman bila sebut dosa tentu kita takut sebab bila dah berdosa kalau tak bertaubat hadiahnya adalah neraka Nauzubillahi min zalik.
Oleh itu, berhati-hati dalam tindak tanduk kita supaya tidak dikategorikan sebagai isteri yang derhaka. Kalau ada minta maaf cepat-cepat sebab kematian itu datang tak tentu masa bila-bila sahaja.
Semoga artikel yang ditekankan ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada kita semua, khususnya kepada kaum hawa yang bergelar Isteri dan juga yang bakal menjadi isteri. Sebagai seorang isteri, adalah sangat penting menunjukkan rasa hormat pada suami.
Pesanan khas buat para isteri.
IKLAN
Tiada keberkatan dalam kehidupan jika DERHAKA kepada suami. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan sesekali kita membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain.
Kadang-kadang, indahnya kehidupan orang hanyalah pada pandangan dimata sahaja, sedangkan apa yang dia lalui tidaklah seindah hidup kita. Bersyukur dengan apa yang adanya.
Tiada yang lebih membahagiakan buat seorang suami selain dikurniakan isteri yang solehah. Allah berfirman yang bermaksud: “Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka)”. (Surah an-Nisaa’ ayat 34)
Pernikahan menyingkap segala-galanya. Kelebihan dan kekurangan saling diimbangi dan ditampung bersama hingga mewujudkan keserasian dalam perkahwinan mereka buat selama-lamanya. Isteri adalah orang penting bagi seorang suami hingga apa saja situasi yang berlaku sama ada ketika berada dalam kesusahan, kebuntuan atau kegembiraan isteri tempat bercerita, mengadu dan meluahkan segala-galanya.
.
Sebelum mengambil keputusan menyunting pasangan untuk dijadikan teman hidup, seorang lelaki perlu membuat pilihan tepat supaya perkahwinan yang dibina berkekalan. Malah, keluarga pihak wanita perlu menyegerakan perkahwinan apabila anak mereka dilamar lelaki yang berakhlak mulia, sudah berkemampuan dan dilihat mampu memikul tanggungjawab sebagai isteri.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa”.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, kedudukannya atau keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung”.
Hadis berkenaan adalah panduan kepada seorang lelaki untuk membina rumah tangganya. Maka lelaki perlu cari dan memilih wanita yang mempunyai asas agama dalam membentuk kebahagiaan dalam rumah tangga. Terbukti, wanita yang menjadi idaman setiap lelaki adalah yang mempunyai akhlak yang terpuji, berbudi bahasa, lembut pertuturannya, memelihara kehormatannya, bertanggungjawab terhadap urusan rumah tangga serta menjalinkan hubungan baik dengan semua orang di sekelilingnya.
Terus terang dikatakan setiap lelaki mempunyai penilaian berbeza mengenai ‘kecantikan’ yang dimiliki seorang wanita. Kecantikan sebenarnya bermula dari dalaman iaitu mempunyai keimanan serta melakukan perbuatan baik.
.
Janganlah sesekali menjadi wanita yang lengkap memiliki kecantikan, tetapi digunakan untuk tujuan maksiat dan kemungkaran.
Islam mengajar umatnya supaya berhati-hati dalam soal mencari pasangan hidup kerana ia menentukan kebahagiaan.Nabi pernah ditanya mengenai sebaik-baik wanita, Baginda bersabda yang bermaksud: “Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya”. (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Menerusi hadis berkenaan, Rasulullah memberi keutamaan agar memilih calon isteri yang menjaga kehormatan dirinya serta harta suaminya.
Perwatakan lemah-lembut dan penyayang memang tidak dapat dipisahkan daripada wanita. Peranan mereka sebagai ibu berjaya mendidik serta melahirkan anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Calon isteri terbaik mungkin dapat dipilih berdasarkan kepada aspek kesuburannya. Ia perlu diteliti supaya kelak isteri mampu melahirkan anak yang ramai.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kahwinlah dengan gadis perawan kerana mereka itu lebih manis bibirnya, lebih subur rahimnya dan lebih reda dengan yang sedikit”. (Hadis riwayat Ibnu Majah) Tanda atau ‘bayangan’ kesuburan itu boleh diperhatikan melalui keadaan ibu atau adik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya ramai peluang untuk melahirkan zuriat yang ramai lebih cerah.
Rasulullah turut menganjurkan supaya lelaki memilih wanita yang masih dara (belum berkahwin) kerana jika ada memilih janda umpamanya mungkin cenderung untuk membandingkan antara suami dan bekas suaminya dulu.
Memilih calon isteri dari kalangan kaum keluarga seperti sepupu pula tidak digalakkan bagi memelihara zuriat, menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan keturunan. Sabda Baginda lagi: “Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat”.
.
Kelahiran zuriat yang soleh dan solehah bakal membentuk generasi yang dapat meninggikan syariat Allah serta memakmurkan dunia ini.
Justeru, peranan wanita amat besar kepada pembangunan ummah dan masyarakat dalam membina tamadun dunia. Islam menetapkan peraturan yang mana antara lelaki dan perempuan itu mesti bersesuaian dari segi kecerdasan, kemahuan dan tingkah lakunya supaya bertambah kuat pertalian jodoh di antara kedua-duanya.
Allah berfirman yang bermaksud: “Perempuan itu pakaian kamu dan kamu pakaian perempuan”. (Surah al-Baqarah ayat 187). Maka ‘pakaian’ itu perlu bersesuaian dengan badan orang yang memakainya. Kemudian tidak halal bagi seseorang lelaki menikahi wanita penzina. Namun larangan berkenaan ‘mansuh’ apabila wanita yang pada awalnya seorang penzina, tetapi sudah meninggalkan perbuatan lamanya dan bertaubat.
Menurut Abdullah bin Abbas: “Awalnya zina akhirnya nikah, awalnya haram akhirnya halal.” (Diriwayatkan Ibnu Abi Syaibah). Allah berfirman yang bermaksud: “Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah an-Nur ayat 5)
Kesimpulannya, dalam membuat pilihan calon isteri bukan satu perkara remeh kerana hakikatnya suami yang bakal menjaga urusan dan hal ehwal rumah tangga. Lelaki perlu menunjukkan kebijaksanaan mereka dengan memilih wanita yang mempunyai ciri-ciri yang baik dan berpegang kepada agama Allah supaya urusan rumah tangga kelak berlangsung dengan baik, terancang serta terurus.
Amalkan bacaan doa seperti: “Ya Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan anak-anak yang menggirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertakwa”. (Surah al-Furqan ayat 74)
.
Perkahwinan adalah ikatan amanah iaitu setiap pasangan perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Apabila seseorang lelaki baik mengambil keputusan mengahwini seorang perempuan yang kurang baik, jadi dia bertanggungjawab untuk memperbaiki kekurangan isteri yang dikahwininya. Perkara ini memang boleh terjadi kerana walaupun kita sering mendengar bahawa ‘jodoh di tangan Tuhan’ tetapi kita perlu ingat manusia adalah makhluk yang diberikan kemampuan untuk berusaha mendapat sesuatu.
Berdasarkan pertimbangan yang berbeza-beza pada setiap individu, tidak mustahil seorang itu mendapat pasangan yang kurang baik, tetapi manusia masih lagi boleh melakukan perubahan terbaik dalam hidupnya. Rasulullah memberi keutamaan kepada aspek agama dalam pemilihan isteri.
“Tetapi ada tiga kriteria lain yang disebutkan baginda iaitu kecantikan, keturunan serta harta yang tidak boleh diketepikan. “Baginda berpesan jika kamu memilih atas dasar agama maka ia membawa lebih kebaikan. Kerana itu, ulama fiqh membincangkan kriteria pemilihan itu secara lebih meluas dalam skop ‘kafaah’ atau kufu iaitu boleh diambil kira, tetapi tidak jadikan sebagai keutamaan.
“Sifat pemalu yang menjadi fitrah bagi wanita Muslimah mestilah dikekalkan, tetapi bukan bermakna mereka langsung tidak boleh bergaul dengan orang lain,” katanya.
Jika salah seorang dari pasangan pernah melakukan kesalahan seperti berzina dengan bekas kekasihnya kemudian berkenalan dan berkahwin pula dengan individu yang baik peribadinya, seseorang itu perlu bertaubat daripada kesalahan lama dan berusaha untuk mencari seseorang yang dapat membantu memperbaiki dirinya.Ia membuka ruang lebih luas bagi mendapatkan pasangan baik dengan syarat taubatnya adalah taubat nasuha.
Tidak dapat dinafikan ramai lelaki sukakan wanita yang bertubuh langsing berbanding wanita dengan tubuh berisi. Mungkin juga kerana mereka dipengaruhi oleh penampilan model-model wanita yang sering tampil dengan tubuh ‘kurus sekeping’ di pentas fesyen.
Pernah tertanya-tanya mengapa lelaki sukakan wanita yang bertubuh kurus. Alasan mereka, wanita yang bertubuh kurus dan langsing nampak lebih seksi dan menawan. Seorang wanita yang kurus mempunyai bentuk dan ukuran badan berbentuk (curve) atau lebih tepat seperti jam pasir.
Mungkin ketika masih anak dara bentuk tubuh sebegini bukan masalah bagi ramai wanita. Walau bagaimanapun apabila sudah beranak pinak untuk mengekalkan bentuk tubuh sempurna sebegini bukanlah semudah A – Z. Jadi tidak wajarlah kiranya kaum lelaki meletakkan syarat agar wanita ‘wajib’ kekal langsing selepas berkahwin/bersalin.
Boleh sahaja jika suami ingin isteri kekal kurus dan langsing selepas berkahwin/ bersalin tetapi kenalah dengan caranya.
Sediakan Bajet Untuk Isteri
Tiada benda yang percuma dalam dunia ini. Kalau mahukan isteri kekal kurus dan langsing, suami kenalah keluarkan duit belanja sikit. Janganlah kedekut. Seperti juga kereta, tentunya perlu diservis agar selalu ‘tip-top’. Begitu juga dengan isteri anda. Sediakan bajet setiap bulan agar isteri berpeluang mendapatkan rawatan pelangsingan di pusat-pusat pelangsingan. Bukan senang hendak kekalkan bentuk tubuh yang langsing. Perlu ada modal.
Daftar Keahlian Di Gimanasium
Buat kejutan dengan mendaftarkan isteri sebagai ahli di gimnasium. Dengan cara ini isteri anda dapat bersenam dengan selesa. Boleh juga hadiahkan isteri dengan mendaftarkan isteri anda untuk mengikuti kelas Zumba. Kalau hendak tahu, Zumba bukan hanya dapat membantu isteri untuk kekal langsing tetapi juga dapat menambah kekuatan stamina tubuh.
Korbankan Masa Untuk Menjaga Anak-anak
Luangkan masa untuk menjaga anak-anak ketika isteri keluar beriadah. Ringan-ringankan tulang untuk membantu membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, melipat kain dan sebagainya. Dengan cara ini, anda dapat meringankan beban isteri dan secara tidak langsung isteri pun rasa gembira dan senang hati.
Bagi Sokongan Moral
Agar isteri mencapai matlamat untuk kekal kurus dan langsing, jangan lupa untuk memberikan sokongan moral kepada isteri. Sokongan daripada pihak suami amat penting bagi memastikan isteri anda terus bersemangat dan tidak mudah berputus asas.
Sediakan Menu Sihat Untuk Isteri
Sesekali sediakan makanan untuk isteri. Jika tidak mahir memasak, apa salahnya anda belikan sajian makanan sihat untuk dinikmati oleh isteri. Dengan cara ini anda dapat menggalakkan isteri makan menu yang sihat bagi menambah nilai usahanya untuk mengawal/menurunkan berat badan.
Suami Pun Mesti Jaga Badan
Kalau hendak isteri kurus dan langsing, suami pun kenalah jaga berat badan. Jangan hanya isteri sahaja ‘digesa’ untuk menjaga penampilan diri. Kenalah seimbang, baharulah adil. Untuk para suami, jika anda mahu lihat isteri sentiasa kekal kurus dan langsing, para isteri pun tentu mahu lihat suaminya kurus dan sado atau sekurang-kurangnya tidak boroi.
Anehnya seorang yang bernama perempuan ni, hanya perempuan je yang boleh jawab. Kadang-kadang lelaki pon tak faham. Wanita bernama Liyana Nazli ni kongsi cerita menarik, perempuan ni sebenarnya apa yang terucap di mulutnya tak menggambarkan keinginan hati.
************
Suami pulang dari kerja lewat jam 8 malam. Makan malamnya sudah saya siapkan dan hidang. Malam itu dalam jam 8.30 saya ada liqo’ di rumah sahabat. Jadi mahu cepat-cepat bereskan urusan rumah tangga sebelum keluar. Termasuklah urusan makan minum suami dan anak-anak.
Usai makan saya minta izin pada suami untuk keluar.
“Perlu abang hantar tak? Abang nak kena pergi Brew & Cabin kejap lagi hantar kopi dan keropok.”
“Terpulang mana yang mudahkan abanglah.”
Sedangkan dalam hati saya amat berharap suami akan menghantarkan saya ke liqo’. Terbayang bagaimana lecehnya mahu memandu dengan bayi di waktu malam. Ya, begitulah anehnya perempuan. Apa yang terucap di mulutnya tidak sebenarnya menggambarkan keinginan hati. Aneh, bukan? Kami sendiri tidak faham mengapa begitu.
“Pergi sendiri ya? Bolehkan? Abang ke cafe naik motor jelah.”
“Hmm..okay.”
Wajah sudah mula mencuka. Kecewa sebab suami tak dapat baca kenginginan hati. Anehkan perempuan? Dia mahu makhluk bernama suami ini boleh membaca fikiran dan detak hatinya.
“Okay, abang pergi dulu ya?”
Apa? Kau boleh biarkan aje isteri kau memandu tengah-tengah malam? Dia dahlah rabun silau. Macam mana kalau si kecil menangis mahu susu tengah jalan? Harus berhenti tengah jalan susukan? Ingat selamat ke nak berhenti tepi jalan malam-malam macam ni? Memang tak ada hati perut, pentingkan diri sendiri!
Anehkan perempuan? Babak biasa dalam kehidupan rumahtangga boleh jadi begitu dramatik sekelip mata. Dan yang lebih aneh, segala drama itu hanya berputar di dalam kepalanya. Makhluk bernama suami itu tetaplah selamba wajahnya. Tidak sedar dia sedang memainkan watak seorang lelaki tidak berhati perut dalam drama yang dimainkan di pawagam minda isteri. Sungguh kasihan.
Suami akhirnya berlalu pergi. Rasa kasihan bertimpa-timpa untuk diri sendiri. Oh, kasihannya aku diperlakukan begini. Tergamak sungguh dia. Lalu termenung mengenang nasib walau sudah kelewatan untuk ke liqo’.
Tanpa sedar jam sudah 9.30 malam. Suami yang keluar sekejap ke cafe tadi sudah pulang semula pun. Tekad mahu tunjuk protes. Dengan keras hati angkut anak dan beg dengan bersusah payah dimuatkan dalam kereta. Dalam hati berfikir sendiri “Kau fikir aku tak boleh hidup tanpa kau? Nah sekarang aku buktikan!”
“Belum pergi lagi, yang?”
Senyap. Mogok tak mahu bercakap. Habis yang di depan kau ini hantu?
“Nah, abang tapau kopi untuk ayang tadi.”
“Tak mahu.”
“Ambillah… abang beli untuk ayang ni.”
Ambil cepat-cepat. Tanpa ucap terima kasih saya terus memandu pergi. Dalam masa 10 minit saya sudah sampai ke rumah sahabat. Ya kawan, rumah sahabat itu hanya 10 minit pemanduan. Ributnya macamlah perlu memandu berjam-jam! ? Sambil memandu saya sedut Hazelnut Latte sejuk yang dibekalkannya.
Dinginnya sampai ke perut, menyejukkan hati yang kepanasan perlahan-lahan, sedapnya seperti biasa tak pernah menghampakan. Dalam masa dia ke cafe yang sebentar itu, dia masih ingat minuman kegemaran sang isteri. Bukankah itu timbang rasa? Bukankah itu tanda sayang?
BEGITULAH ANEHNYA PEREMPUAN
Pengisian seminar yang saya hadiri pagi tadi membuatkan saya terkenang drama malam itu. Kata penceramah, kita orang perempuan ni memang kaya dengan bermacam-macam perasaan. Perasaan ini boleh bertukar-tukar sekelip mata sampai kadang kita pun terkeliru dengan apa yang kita rasa. Tak salah merasai perasaan negatif seperti marah, sedih dan sebagainya. Dah namanya pun perasaan, bukan diminta-minta ia datang.
Tapi yang salah apabila kita menghakimi orang lain berdasarkan perasaan itu. Seperti saya menghakimi suami saya sebagai tidak bertimbang rasa pada malam itu berdasarkan apa yang saya rasa.
Dan yang lebih parah kalau kita menganggap perasaan kita sajalah yang valid, the absolute truth. Kita akan bermati-matian mempertahankan perasaan itu dan meletakkan hukuman pada orang di sekeliling kita yang menyebabkan kita rasa begitu. Sedang kita gagal melihat sesuatu perkara dari sudut pandang orang lain juga.
Apa perlu kita buat? Beri masa untuk diri sendiri mendalami sesuatu perasaan itu. But don’t dwell on it for too long! Move on! Kalau perasaan itu valid, kita perlu berdepan dan nyatakan dalam keadaan yang kita sendiri sudah bertenang. Memendam hanya menambahkan stress. It requires you a lot of energy to keep a strong feeling to yourself. Lama-lama nanti boleh meletup!
Kita perlu cari hikmah yang tersembunyi dalam setiap apa yang kita rasa. Ada banyak cara untuk kita belajar mencari hikmah. Mungkin dengan kepayahan atau bertemu orang yang lebih sukar diurus emosinya berbanding kita. Jangan sampai Allah uji kita dengan kehilangan.
Saat itu nanti kita rindu wajah selamba yang kita fikir tidak pernah mengerti itu. Sedang dalam diam, dialah orang yang penuh pengertian terhadap diri kita yang kompleks ini. Jika tidak masakan dia sanggup berkongsi hidup bertahun-tahun dengan kita. Cuma kita tidak nampak kerana terlalu sibuk melayan perasaan sendiri.
Jodoh sampai sini, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan dia dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal mengakhiri perkahwinan