Akhirnya, selepas berteka-teki siapa ‘pemberi’ cincin tunang Sharifah Amani, pasangan ini sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated, Ahmed Faris Amir, 34, pada majlis tertutup di sebuah premis acara jam 10 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.
Pada majlis berkonsep rona putih dihadiri 200 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Wang hantaran dirahsiakan.
Hadir meraikan pasangan ini adalah Vanidah Imran, Bront Palarae, Iedil Dzuhrie Alaudin, Nadia Aqilah, Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad dan Sangeeta Krishnasamy.
Ads
Amani yang anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Tangsi Tujuh ditata rias adik bongsunya, Sharifah Aryana.
“Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik COVID-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Ads
“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami… Insya-Allah,” kata anak kepada pelakon dan guru lakon, Fatimah Abu Bakar ini.
Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini mula bertemu tiga tahun lalu ketika Sharifah Amani memikul tugas sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah organisasi diketuai Ahmed Faris.
“Bagaimanapun, tiga tahun lalu, kami bekerja atas paksi profesional… Belum ada rasa cinta.
“Dipendekkan cerita, selepas COVID-19, masing-masing solo. Cinta bertandang tanpa diduga hingga akhirnya kami diizinkan bertemu jodoh,” katanya.
Ads
Mengenai peribadi suami, Sharifah Amani tertawan dengan kebijaksanaan Ahmed Faris.
“Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya.
“Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang ‘sempoi’ dan terbaik,” katanya.
Sementara itu, Ahmed Faris cukup menyenangi peribadi dan karakter isterinya.
“Isteri sangat baik hati, pemurah dan penyayang,” katanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Song Hye-kyo kekal awet muda, wajah seakan tak dimamah usia, rupanya ini ‘ritual’ yang diamalkan. Kecantikan pelakon jelita bertubuh genit, Song Hye-kyo sering memukau perhatian ramai. Tanpa sebarang solekan tebal, kecantikan aslinya tetap terserlah.
Song Hye-kyo Kekal Awet Muda, Wajah Seakan Tak Dimamah Usia, Rupanya Ini ‘Ritual’ Yang Diamalkan
Memiliki bentuk tubuh yang langsing, siapa sangka Hye-kyo telah mencecah usia 45. Jika mengikut usia rasmi, Song Hye-kyo berusia 46 tahun tetapi jika di Korea, kiraan umur bertambah satu tahun menjadi 46 tahun.
Kecantikan bintang jelita berusia 45 tahun ini kelihatan langsung tidak dimamah usia. Tentu ada amalan kecantikan yang diamalkan oleh Hye-kyo sehingga dia mampu ‘mempertahankan’ kejelitaannya tanpa luntur.
AMALAN RUTIN KECANTIKAN SONG HYE-KYO:
1. Senaman
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Tetap aktif dengan olahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
2. Mengurut wajah dengan ais batu
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah ini juga berkesan untuk menangani wajah yang sembab akibat kurang tidur.
3. Menggunakan produk perawatan wajah anti penuaan
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
4. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral secukupnya
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat. Buah-buahan dan sayur-sayuran memang wajib ada dalam diet hariannya terutama labu.
5. Masker wajah daripada campuran putih telur dan madu asli
Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.
6. Masker wajah daripada madu asli
Masker wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.
Song Hye-kyo pertama kali debut watak utama dalam drama ‘Autumn in My Heart.’ Memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin, lakonan aktres jelita ini berjaya mencuri perhatian peminat-peminat Kdrama. Song Hye-kyo sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.
Penyanyi dan pengacara cantik, Mimie Haris kini sudah kembali bergelar isteri. Sungguhpun sudah dua kali gagal dalam perkahwinan namun Mimie kekal positif untuk mencari jodoh lagi.
Kredit foto: Instagram Mimie HarisKredit foto: Instagram Mimie Haris
Begitu indah dan sebak doa yang dititipkan dalam salah satu video di akaun Instagram Mimie.
“Hye jodoh, awak masih hilang ke? Masih mencari ke? Dah dekat dengan saya belum? Saya dah doa untuk kita tau. Sungguh-sungguh saya doa walau saya tak tahu awak siapa. Siapa pilihan Allah kat saya.
Moga awak tak tersesat lagi ok. Moga yang kali ni adalah yang terakhir hingga ke Jannah. See you soon! Amin.
From, Your future Zaujah. Amin Ya Rabb.
Nampaknya, Khairril Anuar Md Dahilin adalah jodoh yang menjawab doa Mimie ketika dia mengerjakan umrah Mac lalu. Tarikh 14 Oktober 2022 Mimie Haris dan Khairril Anuar selamat disatukan sebagai suami isteri.
Kredit foto: Instagram Mimie Haris
MashaAllah Tabarakallah The wedding of Khairril Anuar & Mimie Haris 10.4.2022
“Alhamdullilah Wasyukurillah .. Terima kasih Allah untuk anugerah teman hidup yang terindah ini . Semoga perkahwinan kami berdua diberkati, diredai, dan dirahmati Allah. Terima kasih atas doa, ucapan, hadiah dari semua..
Maaf atas segala khilaf ada yang tak berkesempatan untuk jemput semua . Doa kalian amat kami hargai.
Terima kasih buat sahabat dan keluarga yang di sayangi yang banyak membantu kami dan menjadi tulang belakang dalam majlis kami . Semoga semua yang baik2 berbalik pada kalian .
MashaAllah Tabarakallah FOR THE REST OF MY LIFE ~ . How Allah works “His” miraculous Way . Trust in “Him” , Doa & tawakal . May Allah protect mimie & khairril from the Evil eyes , sihr from jinn , syaitan & humankind . May Allah giving them both barokah and peace in their marriage here in dunya & hereafter . Amin – اَلحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئ ُمَزِيْدَهُ Alhamdulillahi rabbil ‘alamin khamdan katsira yuwafi ni’amahu wa yukafiu mazidahu. “Segala puji Allah Tuhan semesta alam, pujian yang sebanding dengan nikmat-nikmat-Nya dan menjamin tambahannya.”
Kredit foto: Instagram Mimie Haris
Buat Mimie dan suami, selamat melayari bahtera perkahwinan. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.
Kredit foto: LVP.CO
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagus betul Pak Cik ini, langsung tidak tetapkan hantaran sebab niatnya tak mahu pihak lelaki terbeban dengan kos perkahwinan.
Kalau ikutkan, masih ada mak ayah yang mengambil kira besarkan anak dari kecil, mengambil kira dari sudut pendidikan terbaik hingga ada ijazah dan sebagainya. Kemudian terus kaitkan nilai hantaran dengan pendidikan yang dikecapi.
Hah, jenuh pihak lelaki kalau bakal pasangan sambung sampai PhD.
Tidak Tetapkan Hantaran, Tak Mahu Pihak Lelaki Terbeban
Nilai hantaran mengikut taraf pendidikan juga pernah menjadi perdebatan di media sosial kerana mereka yang ada SPM saja menetapkan hantaran sampai RM8000 mengambil kira keperluan semasa hari ini.
Jika lulusan SPM saja sudah RM8000, paling tidak mereka yang miliki ijazah RM15,000 atau RM20,000 ke atas.
Ini pasti membebankan kebanyakan lelaki bujang yang gaji asasnya sebanyak RM1500 sebulan.
Nilai hantaran ini pernah menjadi perdebatan di media sosial
Tolak Ansur Dengan Pihak Keluarga
Tapi tak semua mak ayah berfikiran tertutup kerana paling penting sebelum anak mendirikan rumahtangga, paling penting adalah perbincangan dan tolak ansur bersama keluarga lelaki.
Satu video yang viral di media sosial memperlihatkan seorang bapa yang telah meletakkan “hantaran” RM29,990 kerana anaknya, Amalina berkelulusan accountancy.
Jelas kelihatan rombongan lelaki terdiam mendengar angka dinyatakan namun secara spontan bapa ini berkata ia hanyalah gurauan semata-mata.
Dirinya langsung tidak meletakkan berapa nilai hantaran buat anak gadisnya dan semuanya terpulang kepada pihak lelaki untuk memberi berapa yang mampu.
“Saya tak mahu ia menjadi beban kepada pihak lelaki untuk menilai yang berpatutan, tidak membebankan dan itulah prinsipnya. Tapi paling diutamakan ialah mas kahwin yang wajib,” katanya yang membuat lawak.
Namun apa dimintanya hanyalah mas kahwin berjumlah dua dinar emas 999 yang mengambil kira satu dinar 999 bersamaan 4.25 gram.
Apa pun di dalam Islam, perkahwinan sebenarnya mudah. Dalam rukun nikah ada lima iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, saksi, wali dan akad.
Namun adat orang Melayu akan menambah hantaran, goodies bag, pelamin, make-up, band muzik, pelamin bermegah-megah sehingga perkahwinan hari ini dilihat suatu yang membebankan. Apa pun, tepuk dada tanya poket.