Barang hantaran adalah salah satu persediaan penting yang perlu difikirkan untuk diberikan pada pasangan. Penting untuk anda merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses pertunangan mahupun perkahwinan.
Anda mesti terfikir apa barang atau hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak wangi? Kek? Beg tangan? Keliru dan buntu hendak pilih barang apa yang sesuai.
Berikut dikongsikan sedikit panduan dan senarai semak untuk proses menyediakan hantaran untuk pertunangan dan juga perkahwinan. Moga tip ini boleh dijadikan panduan.
1) Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.
2) Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini sekadar contoh sahaja.
3) Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
4) Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.
5) Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
6) Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.
7) Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
8) Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki:
Sirih Junjung
Ads
Kemeja/Seluar
Beg duit/Tali Pinggang
Al-Quran Biasa/Digital
Sejadah
Jam Tangan
Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
Setiap hubungan pasti ada masalah tersendiri. Salah faham adalah perkara yang biasa terjadi antara pasangan suami isteri. Ia boleh menjadi parah jika ia tidak dibendung dan tidak diselesaikan dengan cara yang betul.
Dalam hal ini, suami isteri perlulah memainkan peranan bagi mengelakkan salah faham yang menjadi punca kepada keretakan rumah tangga. Jangan biarkan ego menguasai diri sekali gus membawa mudarat kepada hubungan yang dibina selama ini.
Hargai pasangan anda dalam membentuk rumah tangga yang lebih bahagia dan sejahtera. Jom Pesona Pengantin kongsikan empat langkah mudah yang boleh dipraktikkan oleh pasangan suami isteri dalam mengelakkan salah faham.
1. JANGAN ROSAKKAN PUJIAN DENGAN PERKARA NEGATIF
Menyatakan rasa tidak puas hati ketika sedang memberikan pujian bukanlah satu perkara yang bijak untuk dilakukan. Sekiranya anda ingin memberikan pujian kepada pasangan anda, pastikan anda tidak menggabungkannya dengan kritikan kerana ia mungkin akan menyinggung perasaan pasangan anda.
Ayat yang tidak sesuai digunakan: “Makan malam ini sungguh enak, bukan macam semalam.”
Ayat yang sesuai: “Makan malam ini sungguh enak, terima kasih!”
2. JANGAN GUNAKAN PERKATAAN “TIDAK” DAN “TIDAK AKAN”
Perkataan “tidak” dan “tidak akan” mempunyai keupayaan untuk memberikan kenyataan negatif. Oleh itu, ia tidak akan berkesan sekiranya anda menggunakan perkataan ini sekiranya anda ingin berbincang tentang kehendak anda. Selain, itu pasangan anda mungkin sukar untuk memahami bagaimana mereka perlu bertindak apabila mereka mendengar frasa ini, kerana kekeliruan akan meninggalkan mereka dengan pilihan yang berbeza.
Ayat yang kurang sesuai: “Saya tidak mahu awak mengawal saya.”
Ayat yang sesuai: “Saya nak awak percayakan saya.”
3. CUBA GUNAKAN PERKATAAN “DAN” DARIPADA “TETAPI”
Peraturan ini mungkin tampak mudah namun anda harus pastikan yang anda akan sentiasa mengaplikasikan peraturan ini dalam kehidupan anda. Dan ia pasti berbaloi kerana peraturan ini akan membantu komunikasi anda bersama pasangan anda. Cubalah!
Ayat yang kurang sesuai: “Saya boleh memahami awak, tetapi saya juga mahu awak memahami saya.”
Ayat yang sesuai: “Saya boleh memahami awak, dan saya juga mahu awak memahami saya.”
4. JANGAN SESEKALI MEMBANDINGKAN PASANGAN ANDA
Setiap pasangan pastinya tidak suka dengan perbandingan. Lebih-lebih perbandingan yang menunjukkan kelemahan pasangan anda. Mungkin ia kelihatan remeh, namun perkara ini boleh membuatkan pasangan anda tersinggung dan berasa hati. Jika anda ingin membandingkan pasangan anda dengan seseorang, pastikan perbandingan itu ke arah positif seperti memuji.
Ayat yang kurang sesuai: “Pandai awak memasak, tapi tidak boleh kalahan masakan emak saya.”
Ayat yang sesuai: “Sedapnya awak masak, rasa tak ubah seperti masakan emak saya.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kulit di bahagian ketiak dan celah paha memang berbeza daripada kulit di bahagian tubuh yang lain. Ia merupakan bahagian tubuh yang selalu bergeseran sehingga akhirnya menyebabkan pigmentasi yang berlebihan (hiper-pigmentasi).
Selain pigmentasi, kulat dan bakteria daripada peluh juga boleh terbentuk sehingga menyebabkan warna kulit di kedua-dua bahagian ini menjadi gelap. Semua wanita pastinya tidak mahu ini terjadi kerana ‘keburukan’ ini boleh membuatkan wanita rasa rendah diri apabila bersama suami.
Bagi yang ingin menghilangkan ‘keburukan’ ini, ada cara ringkas dan berkesan yang boleh anda lakukan agar warna kulit di bahagian ini kembali cerah. Ayuh cuba petua ini.
BAHAN-BAHANNYA:
Buah lemon
Baking soda
CARA MEMBUAT:
1. Tuangkan baking soda ke dalam mangkuk kecil dalam kuantiti yang sesuai dengan keperluan anda.
2. Perah buah lemon sedikit demi sedikit.
3. Gaul sebati baking soda dengan jus lemon hingga sebati.
4. Boleh sejukkan seketika di dalam peti sejuk selama 20 minit sebelum digunakan.
CARA MENGGUNAKANNYA:
1. Ambil adunan tadi secukupnya dengan menggunakan jari.
2. Oleskan di bahagian ketiak dan celah paha.
3. Lakukan scrubbing dengan gerakan memutar yang stabil.
4. Lakukan gerakan tersebut selama lebih kurang tiga minit.
5. Setelah agak kering, bersihkan bahagian ketiak dan celah paha dengan menggunakan air dan lap sehingga kering.
6. Amalkan seminggu dua kali dan anda akan lihat hasilnya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, Amylea Azizan akui cukup risau bila dia terpaksa PJJ (perkahwinan jarak jauh) dengan suaminya, Mohammad Aqbar Mohamad, 40.
Takut jika diuji dalam hubungan suami isteri, memandangkan mereka kini tinggal berjauhan.
Amylea Azizan Risau Dicurangi
Amylea, 38, berkata dia sentiasa memantau keadaan suaminya dan mengharapkan agar rumah tangga dibina selama tujuh bulan itu berkekalan sehingga akhir hayat.
“Saya memang sentiasa risau. Saya selalu beri amaran kepada suami dan saya beri amaran kepada mereka di luar sana, suami saya bukan Aaron Aziz atau Zul Ariffin.
“Tetapi kalau ada percubaan itu (menyondol), saya tidak takut untuk melakukan perkara yang lebih drastik iaitu musnahkan hidup awak,” katanya.
Cuba Pertahankan Hubungan
Amylea bagaimanapun memaklumkan sehingga kini tiada gangguan tersebut dan berusaha sehabis baik mempertahankan perkahwinannya.
“Saya doa kepada Allah supaya benda ini tidak akan berlaku. Saya pernah rasa dicurangi dan tidak mahu lagi melalui fasa tersebut. Saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga perkahwinan ini,” ujarnya.
Dalam masa sama, Amylea berkata dia tidak mempunyai sebarang perancangan dan tidak menolak sekiranya mempunyai zuriat dalam tempoh terdekat.
Jadi buat anda yang mempunyai nasib yang sama, perlu kentalkan diri dan berdoa yang baik-baik untuk terus bahagia dengan pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!