Siapa sangka detik pertemuan yang bermula pada 16 Ogos 2014 di acara rumah terbuka saudara rapat suami iaitu Haiqal membawa perkenalan yang lebih rapat antara Nik Irfan Bin Dato’ Nik Izani dan Nur Farhah Wahidah Binti Mohd Kami.
“ Kami berdua mula rapat dua bulan kemudian ketika bercuti di Port Dickson bersama Haiqal dan kawan-kawan kami yang lain. Haiqal dan saya sudah lama berkawan, lebih 14 tahun lagi. Yang peliknya, selama saya berkawan dengan Haiqal, tidak pernah pula saya dan suami berjumpa,” akui Farhah.
Detik lamaran
Perkenalan berlangsung selama empat tahun sebelum keduanya memutuskan untuk bertunang pada 21 Januari 2018. Kalau sudah sudah jodoh tak ke mana. Akhirnya pada 30 Jun 2018, majlis akad nikah berlangsung dengan sempurna di Hotel Concorde, Shah Alam. Pemberian dulang hantaran dari pihak lelaki sebanyak tujuh dulang berbalas sembilan dulang hantaran dari pihak perempuan.
” This is the funny part. Ketika itu saya sedang bercuti bersama keluarga di Korea. Seperti biasa saya dan Nik berhubung melalui Facetime dan talian telefon. Dengan cara yang biasa sahaja, Nik hanya bagi tahu keluarga dia nak datang ke rumah untuk masuk meminang selepas saya pulang dari Korea.
Perasaan kelu tidak terkata, macam tak percaya. Dalam hati ingatkan ada buat surprise candlelight dinner ke? Bend down on his knees ke? Ni tak, just very straight forward melalui panggilan telefon ketika saya bercuti di Korea. Sudah tentulah gembira bila dilamar lelaki tercinta,” akui Farhah.
Keistimewaan pasangan
Nik seorang yang sangat baik dan suka menolong sesiapa sahaja. Dia juga merupakan family person dan sentiasa mendahulukan keluarganya sendiri barulah orang lain. Perkara pertama yang Farhah tengok adalah cara dia melayan ibunya. Dari situ mengetahui Nik seorang lelaki yang baik. Bagi Nik pula melihat Farhah seorang yang sangat memahaminya dan sangat ringan tulang. She is very sweet and always there for me when I need her the most. Farhah seorang yang sangat tabah dan very independent.
”Kami berdua sangat memahami satu sama lain. Walau apa jua masalah yang datang, kami akan selesaikan bersama dengan cara yang baik,” jelas Nik.
Tema majlis
Resepsi pihak perempuan bertemakan Tradisional Moden dengan mengenakan busana songket tetapi dengan modern twist. Warna champagne dipilih untuk tampak lebih menonjol dan esklusif manakala warna pelamin navy blue, lilac dan juga pink. Bagi majlis resepsi lelaki pula bertemakan English Garden yang berlangsung di JW Marriot KL . Dominasi warna putih dan kehijauan menghiasi segenap dewan kerana dua warna ini memainkan peranan penting untuk menghidupkan tema tersebut.
Bagi resepsi pihak perempuan, idea majlis adalah gabungan antara ibu dan Farhah sendiri. “Saya sukakan tema majlis moden, manakala ibu saya pula lebih gemarkan tema tradisional. Saya sendiri yang merancang semuanya. Dari mencari vendor, busana, pelamin hinggalah lokasi majlis perkahwinan.Cuma beberapa minggu sebelum majlis, ibu dan keluarga banyak membantu menjayakan majlis,” akui Farhah.
Bagi resepsi lelaki pula, tema English Garden dipilih sendiri oleh ibu bapa pihak lelaki kerana mereka lebih gemarkan English Style. Wilqadry dilantik sebagai perancang majlis kerana mereka pernah merancang perkahwinan Shazrik dan pelakon Dynas Mokthar.
Busana perkahwinan
Bagi nikah dan resepsi pihak perempuan, busana lelaki dan perempuan direka sepenuhnya oleh Datin Emma dari Emma Wardrobe Fashion. Secara jujurnya, ini kali pertama Farhah membuat pakaian dengan beliau dan telah meletakkan 100% kepercayaan kepada beliau untuk membuat busana bagi kedua majlis. Alhamdulillah, beliau berjaya mereka busana yang Farhah impikan selama ini.
Bagi resepsi pihak lelaki pula, busana perempuan direka oleh Innai Red manakala busana lelaki direka khas oleh Bon Zainal. Innai Red jadi pilihan kerana rekaannya yang sangat elegan dan klasik. Manakala Bon dipilih kerana potongannya yang sangat cantik dan selesa dipakai oleh Nik.
Tanpa solekan bagaikan tidak sempurna paras wajah pengantin. Penata rias wajah Farhah untuk majlis nikah adalah dari Nurul Mf, resepsi perempuan adalah dari Zueratouch, manakala resepsi pihak lelaki pula adalah dari Emily. “Saya memilih mereka bertiga kerana sukakan mekap yang tampak natural dan effortless,” akui Farhah.
Harapan dan lokasi bulan madu
Bagi Nik dan Farhah mengharapkan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke syurga, diberkati oleh Allah SWT dan bahagia di samping anak-anak dan keluarga tersayang. Mereka memilih destinasi Bali kerana suasananya yang tenang dan romantik dikelilingi hutan tropika. Bali juga merupakan antara destinasi terbaik untuk berbulan madu.
Akad Nikah:
Concorde Hotel Shah Alam
Tema: White Garden ( nikah) , Traditional Modern ( resepsi perempuan), English Garden (resepsi lelaki)
Dekorasi pelamin: Ernahisham Wedding Moments ( nikah) , Anna Weddings and Events ( resepsi perempuan), Wilqadry ( resepsi lelaki)
Busana: Emma Wardrobe Fashion ( nikah & resepsi perempuan), Innai Red & Bon Zainal ( resepsi lelaki)
Solekan & rambut: Nurul MF & Syuk Qadir ( nikah), Zueratouch & Syuk Qadir ( resepsi perempuan), Emily dan Wafie Zainal (Royale Barber) -resepsi lelaki
Bunga tangan: Intan Saga Florist ( nikah & resepsi perempuan) , Wilqadry ( resepsi lelaki)
Fotografi: Syafiq Ishak ( nikah & resepsi perempuan), Pages & Pixels ( resepsi lelaki)
Videografi: Layar Putih Film ( nikah & resepsi perempuan), Pages & Pixels ( resepsi lelaki)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI