Cukup 44 hari, ibu-ibu dalam pantang boleh lompat bintang dah. Bagi Elisha Sandha, hari penutup pantangnya diraikan dengan hidangan yang cukup enak. Siap boleh request menu homecooked dari ibu mentuanya, Sheila Rusly.  

 

Sheila Rusly Rai Penutup Pantang Elisya Sandha Dengan Juadah Homecooked. Untunglah Dapat MENTUA Macam Ni. 
Kredit: Instagram @sheilarusly
Sheila Rusly Rai Penutup Pantang Elisya Sandha Dengan Juadah Homecooked. Untunglah Dapat MENTUA Macam Ni. 
Kredit: Instagram @sheilarusly

Melalui posting dari akaun Instagram Sheila Rusly, menantu kesayangannya teringin makan mi kari untuk penutup pantang. Sesuailah dengan kepakaran yang dimiliki Sheila, hidangan itu disediakan sendiri dan mewah dengan lauk-pauknya sekali. Ada tauhu, bebola ikan, kerang, taugeh dan macam-macam lagi side dishes. 

 

Ramailah yang ‘makan hati’ tengok menu masakan air tangan Sheila Rusly. Ada juga yang nak bermanja minta dibekalkan dengan mi kari itu. Untung Elisha jadi menantu kesayangan.

 

Sheila Rusly Rai Penutup Pantang Elisya Sandha Dengan Juadah Homecooked. Untunglah Dapat MENTUA Macam Ni. 
Kredit: Instagram @sheilarusly
Sheila Rusly Rai Penutup Pantang Elisya Sandha Dengan Juadah Homecooked. Untunglah Dapat MENTUA Macam Ni. 
Kredit: Instagram @sheilarusly

 

Baca juga artikel Untungnya HAAS JAAFAR. Walau Beza Agama, Disayang MENTUA Macam Anak Sendiri! – Pesona Pengantin

Macam mana nak ambil hati ibu mentua?

 

Jaga akhlak

Akhlak yang baik adalah cerminan diri anda. Bawalah keindahan akhlak ini walau di mana sahaja anda berada lebih-lebih lagi di hadapan orang tua. Bila dah berumahtangga, ubahlah perangai kita ketika bujang. Baik wanita atau lelaki, perubahan selepas berkahwin itu sepatutnya menjadi lebih baik dari sebelumnya.

IKLAN

 

Pemurah

Rezeki yang Allah berikan bukan hanya untuk kita sendiri tetapi dikongsi bersama orang lain. Jadi, janganlah kedekut untuk berbelanja lebih-lebih lagi untuk keluarga. Ingat, setiap yang dibelanjakan akan digandakan lagi rezeki kita. InsyaAllah.

 

Cari topik perbualan

Apabila bersama mereka, carilah topik yang boleh dibualkan. Sekiranya anda buntu, lihat sahaja sekeliling atau bincangkan hal semasa. Anda juga boleh bertanya tentang kesihatan mereka dan aktiviti yang sering mereka lakukan ketika ini. dari situ nanti, banyaklah benda yang hendak dibualkan.

 

IKLAN

Luangkan masa

Bila ada kesempatan untuk bersam adengan mentua, janganlah disia-siakan. Bila berhadapan dengan mereka, anggaplah mereka seperti ibu  bapa kita sendiri. Jangan dibazirkan masa untuk pulang ke kampung dengan aktiviti untuk anda dan keluarga sahaja. Jika ada anak-anak yang hendak ke pantai, bawa bersama mentua dan gunakan masa itu untuk mengenali mereka dengan lebih baik.

Tetapi anda tetap boleh berhubung dengan mereka melalui teknologi yang ada. Panggilan video adalah salah satu cara paling mudah untuk anda bertanya khabar. Tak perlu tunggu suami atau isteri untuk hubungi mereka, anda sendiri boleh menunjukkan ‘effort’.

 

Jaga maruah diri dan pasangan

Penampilan adalah salah satu perkara yang menjadi keutamaan untuk dinilai. Bukan sahaja anda perlu jaga penampilan diri depan mentua tetapi lakukanlah kerana Allah Taala. Sudah menjadi kewajipan wanita Muslim untuk menjaga aurat, baik yang sudah berkahwin mahupun masih bujang.

 

IKLAN

Rajin

Orang yang ringan tulang ni memang semua orang suka. Baik mentua, ipar duai dan ahli keluarga kita sendiri pun suka bila berdampingan dengan orang yang ringan tulang. Tak semestinya anda perlu terus tunjukkan skil memasak di hadapan mentua. Sekurang-kurangnya tolonglah mereka di dapur, mencuci pinggan mangkuk, potong sayur atau temankan ayah ke pasar.

 

Peka

Bila sebut soal peka, maknanya anda tidak boleh pentingkan diri. Sentiasa beri perhatian kepada apa yang berlaku kepada mentua. Apabila mereka bercerita, dengarlah dengan penuh perhatian dan berilah respon yang sepatutnya. Tak perlu berlawan-lawan cerita kerana niat anda bertemu mereka adalah untuk menggembirakan hati mentua, betul tak?

 

Doa

Sebagaimana anda memanjatkan doa untuk kedua ibu bapa sendiri, begitulah anda perlu berdoa untuk mentua. Doakan kesihatan mereka, panjangkan umur dan mohon kebahagiaan mentua sehingga ke akhir hayat. Semoga anda dapat terus berbakti kepada ibu bapa dan mentua sehabis baik selagi ada hayat.

 

Senang je nak jadi menantu yang baik. Ubah sikap dan berfikiran terbuka. Terimalah mentua seadanya…

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI