Syukur dipermudahkan buat penyanyi, Shila Amzah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh, Ubai Mohd Zulkifli pada majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.
Tepat jam 10.26 pagi, dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.
Shila Amzah Kahwin, Sah Bergelar Isteri Kepada Ubai
Pasangan itu dinikahkan bapa Shila yang juga merupakan penyanyi senior, Datuk Amir Amzah Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala di hadapan jurunikah Ustaz Haji Mohamad Khairi Hussein.
Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Pada majlis itu, Shila atau nama sebenarnya menerima mas kahwin sebanyak RM20,000.
Ketika ditemui media, Shila menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan pernikahan pada hari ini telah dipermudahkan.
Ads
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas kelancaran majlis pernikahan pada pagi ini. Kami mengharapkan agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah SWT.
“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus.
“Yang paling penting sekarang adalah kami dapat menjaga Seth Uwais dengan penuh kasih sayang,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ubai memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.
“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.
Sementara itu, pasangan ini memilih busana berwarna putih rekaan Zaimi Zulkafli untuk majlis pernikahan sebagai simbolik satu lembaran baharu buat mereka berdua.
Ads
Dua majlis resepsi bakal diadakan secara sederhana membabitkan ahli keluarga, rakan artis dan rakan kongsi dari pelbagai negara.
Majlis akad nikah itu dihadiri kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran rakan selebriti Farah Fauzana, Zara Zya dan Haziq Hussni.
Terdahulu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bertunang pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan.
Sekadar info, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu perkongsian status hos dan pelakon, Irma Hasmie menarik perhatian orang ramai sehingga mencetuskan persoalan tentang hubungan perkahwinannya.
“Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah”.
“Jangan Ajari Seorang Isteri Sabar”, Tulisan Irma Hasmie Jadi Tanda Tanya
Biarpun tidak menyatakan ungkapan tersebut ditujukan kepada sesiapa, hantaran dalam Instagram itu membuatkan ada pengikut menebak, adakah rumah tangganya sedang berdepan gelombang.
Tidak kurang yang menganggap perkara diluahkan hanya peringatan kepada golongan suami supaya lebih menghargai para isteri dan wanita yang melahirkan zuriat mereka.
Pihak yang melihat dari sudut positif meminta ibu kepada dua cahaya mata itu terus bersabar, manakala segelintir pemerhati lain menangkis tanggapan hanya isteri sahaja berkorban demi zuriat.
Minta Maaf Atas Kekurangan Diri
Irma dalam balasan komen memohon maaf andai dirinya terkhilaf dan meminta didoakan agar terus dilimpahkan kesabaran.
“Minta maaf semua, kebaikan itu datang daripada Allah dan keburukan adalah daripada saya sendiri,” katanya.
Tanpa memberi penjelasan lebih lanjut, pelakon Cinta Fotokopi itu hanya memaklumkan selama ini dia sudah cuba berpegang kepada kesabaran.
“Alhamdulillah, memang sabar itu kugenggam semampunya. Mohon doa sahabat-sahabat syurga,” tulisnya lagi.
Menjengah lagi ke ruangan komen netizen meminta lelaki bergelar suami supaya lebih menghargai suri hidup mereka.
“Hanya isteri saja yang tahu maksud ayat ini. Wahai suami hargailah seorang isteri yang Allah telah amanahkan untukmu sementara.
“Jaga dia baik-baik. Pengorbanan seorang isteri, ibu, tiada kata boleh digambarkan betapa kuat dan sabarnya mereka,” tulis seorang netizen.
Seorang pemilik akaun lain pula bersetuju dengan frasa dizahirkan Irma dengan mengatakan dirinya juga masih memilih jalan penyelesaian.
“Betul. Ini pun (saya) dalam fasa nak melangkah atau bertahan. Sebab penat nak bersabar,” tulis seorang pengikut.
Sekadar info, Irma sebelum ini mendirikan perkahwinan dengan Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang juga ahli perniagaan pada 2012 dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 10 dan sembilan tahun.
Merujuk Instagram miliknya, gambar suaminya juga sudah dipadam. Rapi mendoakan moga hubungan Irma dan suaminya baik-baik sahaja dan jika ‘keruh’, akan tiba suatu saatnya kembali jernih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan adalah dunia baru bagi pasangan yang berkahwin. Dari hari pertama bernikah anda mula mengenali hati budi dan sikap pasangan yang selama ini hanya diketahui secara luaran.
Apabila tinggal bersama dapat memberi peluang pasangan pengantin mengatur kehidupan dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
Bagaimanapun, berpindah selepas berkahwin sering kali menjadi dilema bagi pasangan pengantin baru. Ini kerana terdapat beberapa faktor dan halangan sebelum anda boleh berpindah serta memulakan kehidupan yang baru.
Salah satu perkara yang perlu dihadapai antaranya ialah masalah kewangan. Mungkin kewangan belum mantap dan banyak menggunakan wang masa berkahwin membuatkan anda terpaksa menumpang keluarga.
Ditambah pula dengan kos hidup yang tinggi dan harga rumah sewa yang mahal, jauh dari tempat kerja serta tidak mempunyai kenderaan menjadikan pasangan yang baru berkahwin berhadapan dengan beberapa masalah yang perlu difikirkan sebelum berpindah.
Bagaimanapun ada beberapa sebab mengapa pasangan yang sudah berkahwin digalakkan tinggal berasingan daripada keluarga dan cuba melayari penghidupan baru.
1. Mengajar pasangan berdikari dan tidak bergantung pada keluarga. Jika selama ini bergantung pada keluarga, bila masuk alam berumah tangga semuanya mesti dibuat sendiri. Ia mengajar anda untuk belajar berdikari serta belajar menyelesaikan masalah.
2. Memberikan peluang merancang kehidupan berumah tangga serta ada privasi. Pasangan akan ada lebih masa bersama dan boleh membuat banyak perkara bersama tanpa ada campur tangan keluarga.
3. Menjaga ekonomi keluarga. Pasangan baru berkahwin boleh belajar menjaga ekonomi dalam rumah tangga. Berbelanja ikut kemampuan diri. Jika dulu tidak ada duit minta keluarga, sekarang bila sudah berkahwin, susah senang anda tanggung bersama.
4. Keluarga tidak masuk campur kalau ada konflik. Jika ada perselisihan faham, hanya pasangan yang tahu. Keluarga tidak boleh masuk campur kerana rumah berasingan. Pasangan juga belajar berkompromi bertolak ansur serta menguruskan konflik keluarga tanpa ada campur tangan orang lain.
5. Bebas mengatur kehidupan berumah tangga dan bertanggungjawab terhadap kehidupan baru yang dibina.
6. Tidak akan menimbulkan konflik sesama ahli keluarga seperti kata pepatah, “jauh bau bunga dekat bau taik” yang membawa maksud jika selalu jumpa dan tinggal sebumbung konflik boleh berlaku bila-bila masa saja, tapi bila dah tinggal berjauhan rindu dan kasih lebih mendalam pada ahli keluarga yang lain.
Namun tidak dinafikan ada juga pasangan baru berkahwin terpaksa tinggal dengan keluarga kerana menjaga kedua orang tua dan telah dipertanggungjawab untuk menjaga rumah pusaka keluarga.
Dalam hal ini, pasangan ini tidak mempunyai pilihan selain tinggal bersama keluarga dan menjaga Ibu bapa yang memerlukan perhatian mereka. Biasanya ini terjadi pada anak bongsu atau anak tunggal.
Pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana masih dalam fasa berbulan madu apabila ke Turkiye, baru-baru ini.
Menurut Yusuf, dia ke Turkiye atas urian kerja, namun mengambil kesempatan untuk membawa isterinya sekali.
“Saya ke Istanbul untuk bekerja sambil berjalan. Saya bawa isteri sekali sebab banyak tempat cantik, jadi rugi kalau tak bawa pasangan. Mana boleh tinggal.
“Bukan tak boleh berjauhan, cuma saya rasa boleh bawa pasangan, jadi saya tanya pihak produksi dahulu dan mereka benarkan, saya bawalah,” katanya.
Zizi Kirana Rasa Selamat Ada Di Bawah Ketiak Suaminya
Malah, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, turut berkongsi dia berasa selamat apabila sentiasa berada disisi suaminya itu.
Saya sudah beritahu pada pengurus jangan ambil sebarang tawaran selama 10 hari.
“Saya rasa selamat berada di bawah ketiak suami saya,” ujar Zizi.
Kisah Rumahtangga Rakan Artis Tak Mengganggu Kehidupannya
Dalam pada itu, Yusuf memaklumkan isu rumah tangga yang melibatkan rakan-rakan selebriti tidak mengganggu kehidupannya dan isteri, malah berpegang kepada prinsip kepercayaan.
“Tidak menganggu kami sebagai suami isteri atas isu semasa yang berlaku pada rakan-rakan selebriti.
“Ujian manusia ini berbeza, jadi kita ambil iktibar daripada kisah mereka.
“Kita doakan untuk kebaikan mereka, mungkin esok lusa Allah uji kita pula, itu kita pun tak tahu, tetapi minta diajuhkan perkara tidak baik.
“Saya minta isteri memberi kepercayaan sebab rumah tangga ini berdiri atas sebab kepercayaan dan iman. Insya-Allah akan dilindungi rumah tangga kita,” ujarnya.
Memahami Dan Bersikap Profesional
Yusuf turut mengakui, isterinya itu sangat memahami dan bersikap profesional apabila melihat lakonannya bersama pasangan dalam sesebuah karya.
“Sebagai pelakon, kita kena fokus. Bila isteri tengok lakonan saya bersama rakan gandingan, saya harap dia faham dengan karier saya.
“Alhamdulillah, dia juga faham dan profesional,” tutupnya positif.
Yusuf dan Zizi sah bergelar suami isteri pada 19 September 2021 dalam sebuah majlis tertutup.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!