Syukur dipermudahkan buat penyanyi, Shila Amzah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh, Ubai Mohd Zulkifli pada majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.
Tepat jam 10.26 pagi, dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.
Shila Amzah Kahwin, Sah Bergelar Isteri Kepada Ubai
Pasangan itu dinikahkan bapa Shila yang juga merupakan penyanyi senior, Datuk Amir Amzah Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala di hadapan jurunikah Ustaz Haji Mohamad Khairi Hussein.
Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Pada majlis itu, Shila atau nama sebenarnya menerima mas kahwin sebanyak RM20,000.
Ketika ditemui media, Shila menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan pernikahan pada hari ini telah dipermudahkan.
Ads
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas kelancaran majlis pernikahan pada pagi ini. Kami mengharapkan agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah SWT.
“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus.
“Yang paling penting sekarang adalah kami dapat menjaga Seth Uwais dengan penuh kasih sayang,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ubai memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.
“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.
Sementara itu, pasangan ini memilih busana berwarna putih rekaan Zaimi Zulkafli untuk majlis pernikahan sebagai simbolik satu lembaran baharu buat mereka berdua.
Ads
Dua majlis resepsi bakal diadakan secara sederhana membabitkan ahli keluarga, rakan artis dan rakan kongsi dari pelbagai negara.
Majlis akad nikah itu dihadiri kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran rakan selebriti Farah Fauzana, Zara Zya dan Haziq Hussni.
Terdahulu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bertunang pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan.
Sekadar info, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang melakukan diet sendiri tidak kurang juga yang memilih perkhidmatan online coaching. Melalui online coaching jurulatih akan memberi panduan mengenai cara menjaga pemakanan dengan diet seimbang, selain mengamalkan senaman untuk kekal cergas.
Daripada apa yang dilihat sekarang, diet dan amalan gaya hidup sihat ketika ini sudah semakin menjadi trend di negara ini. Impaknya, ramai mula sedar kepentingan untuk memiliki berat badan ideal, demi meningkatkan keyakinan diri, sekali gus menjaga kesihatan.
Bagi bakal-bakal pengantin tentulah mahukan bentuk badan yang langsing ketika menyarungkan busana pada hari bahagia nanti. Maka ramailah yang mula berdiet bagi mengurangkan berat badan.
Jika anda berhajat untuk berdiet, ada perkara yang perlu anda perhatikan. Penting untuk anda memilih diet yang tidak membuatkan anda menjadi stres sehingga akhirnya membuatkan program diet anda menemui kegagalan.
Berikut perkongsian daripada coach kecergasan untuk anda jadikan panduan sebelum memulakan program diet.
Diet jadi tak stres bila:
1. Ada waktu raikan reward untuk diri sendiri.
2. Diet dengan makanan yang telah siap ada di sekeliling.
3. Tidak tunggu baru nak ada oat, buah, atau makanan sihat yang trendy baru nak mula diet.
Kredit foto: Pixabay
4. Tak haramkan makanan tertentu daripada masuk ke dalam badan itu, tidak sama sekali.
5. Tidak skip waktu-waktu makan yang utama.
6. Bersenam dalam tempoh waktu yang sederhana. Ada waktu rehat tertentu dan ia tidak dibuat hari-hari. Tunaikan hak rehat untuk badan juga.
7. Ada variasi menu yang bertukar-tukar. Tidaklah sampai dua tiga bulan asyik menu yang sama.
8. Air kosong diminum ikut keperluan badan. Tidaklah wajib tiga hingga empat liter sehari. Ia bergantung kepada aktiviti, keperluan harian kalian.
Ini 15 kesalahan yang anda perlu jauhkan supaya hari bahagia berjalan tanpa kelam kabut dan masalah.
Khususnya buat persediaan bakal pengantin perempuan, tanpa anda sedar sebenarnya banyak kesalahan yang anda mungkin ‘terbuat’ gara-gara terlupa dan langsung tak ambil tahu dek kerana banyak sangat persediaan yang perlu dibuat.
Jom, semak satu-persatu.
Jangan Sampai Buat 15 Kesalahan Ini Waktu Naik Naik Pelamin!
1. Tukar jenis skincare dalam tempoh 6 bulan sebelum majlis.
2. Buat facial atau rawatan dekat muka dalam tempoh 3 minggu- 1 bulan sebelum majlis.
3. Tak atur betul-betul jadual vendor perkahwinan sekurang-kurangnya 1-2 minggu sebelum majlis, bila nak pasang pelamin, make-up MUA dan sebagainya.
4. Inner atau anak tudung tak masuk warna dengan warna selendang atau tudung. Pilihan warna tudung tak sesuai dengan baju (terutama sekali kalau pengantin pakai busana songket).
5. Tak asingkan atau lunaskan bayaran vendor ikut tarikh yang mereka dah tetapkan (atas persetujuan bersama).
6. Tak scrub tangan sebelum berinai. Lebih baik untuk pengantin lakukan scrub tangan & kaki 1 jam – 30minit.
7. Tak sarapan sebelum make-up session. Pastikan makan dahulu baru berhias.
8. Pakai baju T-Shirt semasa berhias atau make-up. Sebaiknya untuk anda pakai baju yang berbutang semasa sesi make-up supaya mudah untuk anda tukar ke persalinan pengantin.
9. Tak cuba terlebih dahulu untuk pakai contact lenses atau kanta lekap buat first timer. Kalau boleh, sebulan sebelum majlis perkahwinan anda kena belajar pakai kanta lekap tersebut.
10. Tak rendam kanta lekap semalaman atau 6 jam sebelum majlis menggunakan lens solution.
11. Banyak buat kerja membasuh. Nanti inai cepat pudar.
12.Tak sediakan tempat untuk sesi make-up yang selesa untuk pengantin dan jurusolek (MUA). Cahaya dan suhu dalam bilik make up tu penting ya.
13.Tak pakai bengkung siap-siap sebelum sesi bersolek.
14.Tak tuam muka dengan ais sebelum sesi bersolek. Yang ni boleh minta tips persediaan daripada MUA masing-masing, supaya kena dengan keadaan kulit.
15. Elakkan kerja yang berat sampai terlalu penat.
Kalau mahukan wajah yang berseri-seri bak bidadari di majlis perkahwinan anda, jangan buat 15 perkara di atas ya. Persediaan awal mesti dilakukan supaya tak ada gosip pengantin tak naik seri!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biskut Nutella Pods antara biskut yang sangat mudah untuk dicuba. Bagi pengantin baru yang tidak begitu mahir membuat biskut raya, biskut ini memang sesuai untuk korang. Senang sangat nak buat! Tak payah guna oven. Mixer pun tak payah!
Kalau korang masih mencari-cari biskut raya yang senang nak buat, guna bahan-bahan sikit dan paling penting tak perlu bakar sebab belum ada oven di rumah, boleh cuba buat resipi Nutella Pods ini.
Hanya menggunakan empat bahan sahaja, korang dah boleh dapat biskut raya yang sedap. Bila hidang atas meja, tentu jadi kegemaran para tetamu yang datang bertandang.
Berikut perkongsian resipi oleh pengguna TikTok Moeirajohson