Berkongsi soal rumah tangga, penyanyi Shila Amzah berpendapat hidup seseorang individu khususnya wanita bergelar isteri akan musnah kalau salah pilih suami dan keluarga mentua.
Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, lebih teruk sekiranya wanita tersebut bersuami dan bermentuakan mereka memberi layanan buruk selepas berkahwin.
Shila Amzah Kongsi Pandangan
“Sedihnya kalau tersalah pilih suami dan keluarga mentua.
Ads
“Memang hancur hidup. Semoga diberikan kekuatan kepada individu ini,” katanya dalam platform X.
Pelantun lagu Memori Tercipta itu memberi reaksi sedemikian selepas membaca dan mengulang siar luahan hati seorang wanita yang sering dihina oleh keluarga mentua selain menyesal kerana mengahwini seorang suami tidak bertanggungjawab.
Ads
Antara luahan yang dikongsi individu tersebut ialah dilayan teruk oleh ibu mentua dan sering menyebelahi anak sendiri berbanding menantu.
“Mak mentua memang asyik menangkan anak dia yang dianggap paling baik dan elok dalam dunia. Aku selalu kena hina dan diperli mak mentua.
Ads
“Dulu arwah mak aku ada tinggalkan sedikit harta tetapi habis semua suami aku pinjam dan tidak pulangkan. Barangan kemas aku semua dia jual,” luah individu tersebut.
Jadi buat anda di luar sana yang masih mencari pasangan hidup, carilah jodoh yang baik dan keluarga yang boleh terima anda seadanya. Inshaa Allah akan bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pokok Genggam Fatimah atau nama saintifiknya, Selaginella lepidophylla adalah tumbuhan herba gurun dalam keluarga spikemoss. Pokok Genggam Fatimah terkenal kerana keupayaannya hidup meskipun dalam cuaca panas dan kekeringan. Dalam perubatan tradisional, Genggam Fatimah mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan wanita secara keseluruhannya. Namun, penggunaan pokok genggam fatimah ini masih tidak mendapat pendedahan yang cukup.
Melalui perkongsian saudara yang amat meminati perubatan dan pokok-pokok tradisional ini, beliau turut berkongsi khasiat yang wanita boleh dapat terutamanya memudahkan proses bersalin.
POKOK GENGGAM ATAU SANGGUL FATIMAH (ORANG ARAB PANGGIL KAF MARYAM)
KHASIATNYA
Untuk membuka pintu rahim
Untuk memudahkan proses dan melancarkan bersalin (dengan izin Allah)
CARA GUNA
Rendam semalaman atau 1-3 hari di dalam bekas berisi air biasa. Air rendaman tu dijadikan air selusuh. Sanggul Fatimah ini akan mengembang. Air rendaman tu biar berlebihan tak apa, untuk diminum jangka masa yang panjang. JANGAN RENDAM DENGAN AIR PANAS ATAU DIREBUS. Dipercayai akan mengecutkan rahim dan menutup pintu laluan. INI AKAN MENYUKARKAN PROSES BERSALIN ITU NANTI.
Ketika kandungan berusia 38 minggu, minum segelas sehari dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x.
Ketika kandungan berusia 39 minggu ( 9 bulan ) minum 2x sehari. Dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x.
Ketika dah keluar tanda, mandi dengan membasahkan kepala. Dan Jiruskan air rendaman ni di kepala, hisaplah air yang mengalir itu sambil berdoa :
” Ya Allah, permudahkan dan licinkanlah kelahiran aku ini seperti mana lancarnya air ini mengalir ke atas rambutku ini.. Amin.. “
Semasa menunggu construction atau sudah di dalam labour room, minumlah sekerap yang mungkin.
KAEDAH PENJAGAAN POKOK INI?
Akar / Bunga / Sanggul ni jemur kering selepas digunakan kemudian disimpan ditempat yang teduh atau di dalam bekas berpenutup yang bersih.
JANGKA HAYAT?
Boleh tahan bertahun-tahun dan boleh digunakan berulang-ulang kali.
Ada cara lain nak guna, selain diminum?
Boleh disapu ke perut atau dibuat mandi. Dalam perubatan tradisional arab mau pun melayu, sanggul Fatimah digunakan bagi menambah tenaga.
KEGUNAAN LAIN
Keputihan, Sengugut, Mengimbang Perjalanan Haid, Mengembalikan Kekuatan Tenaga, Mengecutkan Rahim selepas Bersalin, Menyembuhkan Sakit Pinggang, Melawas Pembuangan Air Besar dan Kecil, Memberi Ketahanan Badan dan Kulit, darah tinggi
kencing manis, menurunkan kadar kolesterol dalam darah, menyembuhkan sakit sendi, pelawas ( duretik ), merawat kebas-kebas kaki dan jari, membuang angin dalam badan, menurunkan paras asid urik dalam badan (mengawal penyakit gout).
CARA PENGGUNAAN
1 pokok dibasuh bersih
Direbus dengan air anggaran 1.5 liter sehingga mendidih
Minum 1 cawan 2 kali sehari
Ulang rebusan sehingga hilang warna
Gantung dan jemur semula selepas guna
Tumbuhan ini hanyalah ikhtiar tradisional. Yang menyembuhkan tetaplah Allah. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan nasihat pakar dahulu sebelum mencuba tau!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hubungan suami isteri jarak jauh atau PJJ ni bukan asing lagi. Siapa yang nak berjauhan dengan pasangan kalau tidak ada keperluan. Tetapi, hidup kan perlu diteruskan. Masing-masing kena kental dan Dayah Bakar sendiri kongsi tip bagaimana dia menggembirakan hati sepanjang bergelar isteri ‘jarak jauh’.
Banyak sangat kemudahan dan teknologi masa kini yang boleh ‘mendekatkan’ kita dengan pasangan. Mula-mula berjauhan, sakit tu lain macam sikit tapi lama-lama orang kata ‘alah bisa tegal biasa’. Sempat Pesona Pengantin mencuri masa pengacara, Dayah Bakar dan tanya macam mana dia meneruskan kehidupan walaupun berjauhan dengan suami tersayang.
Menjadi suri hati kepada seorang pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif Hamidi, Dayah Bakar juga pernah berjauhan dengan suami yang ketika itu berkhidmat di Australia. Tetapi kini suaminya sudah kembali ke tanah air namun tetap berhubungan jarak jauh kerana tinggal di negeri berbeza.
“Suami saya dah kembali ke Malaysia tetapi sekarang bertugas di negeri lain. Walaupun tetap berjauhan tetapi tidaklah seperti sebelum ni. Pasangan yang hidup PJJ (perhubungan jarak jauh) memang kena kental mental dan fizikal. Tambahan pula ada anak di sisi dan kita juga pada masa sama berkerjaya, jadi cabaran itu memang ada.”kata Dayah.
Walaupun suami jauh, kita tetap kena move on dan tidak memikirkan sangat hal itu. Cara Dayah:
Walau tinggal berjauhan tetapi masing-masing kena beri sokongan moral dan emosi. Itu sangat penting!
2. Jaga emosi
Isteri kena bijak menjaga emosi. Fikirkan bahawa berjauhan itu sekejap sahaja tetapi bila bertemu, itulah kemanisan yang kita mahukan.
3. Sibukkan diri
Bila kita sibuk buat sesuatu, kita akan lupa soal rindu,sedih dan sebagainya. Sentiasa cari peluang untuk menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
4. Buat benda yang membahagiakan
Cari sesuatu aktiviti yang boleh menggembirakan hati kita.
5. Sabar
Sabar itu sangat indah bila kita betul-betul praktikkan.
Jadi buat para isteri yang sedang berjauhan dengan suami, mungkin tip ini boleh meringankan kesedihan anda. Ada ramai wanita yang kental seperti Dayah kan!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasalah kan dah guna terus ke tong sampah lah tempatnya? Jangan begitu! Banyak sebenarnya kegunaan uncang teh ni tau.
#1. Menghilangkan Bau Kaki Yang Berpeluh
Ambil uncang teh terpakai dan masukkan ke bekas berisi air suam untuk merendam kaki anda selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki dengan tuala sehingga kering dan lakukannya sebelum tidur.
#2. Mengatasi Eye Bag
Rendamkannya di dalam air sejuk, kemudian letakkan di bahagian mata pada masa nak tidur.
#3. Menghilangkan Bau Yang Tidak Sedap
Uncang teh terpakai berfungsi untuk menghilangkan bau yang tidak enak di dalam peti sejuk. Ambil beberapa uncang teh terpakai dan letakkan ke dalam peti sejuk.
#4. Mengatasi Masalah Jerawat Di Muka
Gosok uncang teh terpakai itu pada muka, dan biarkan selama beberapa minit.
#5. Mencuci Peralatan Dapur
Ucang teh terpakai mampu menghilangkan kotoran atau kesan minyak yang melekat pada peralatan dapur dengan mudah. Jika peralatan tersebut sangat kotor dan dipenuhi dengan lemak, rendamkannya dengan air panas dan beberapa uncang teh terpakai bagi menghilangkan kesan kotoran dan lemak yang melekat.
#6. Sebagai Baja Tanaman
Jika anda rajin bercucuk tanam dan inginkan baja yang lebih selamat dan organik anda tidak perlu bersusah payah lagi. Anda hanya perlu mencampak sahaja uncang atau hampas teh yang anda gunakan kedalam pasu tanaman atau tanah tanaman anda dan ia akan bertukar sebagai baja organik yang menyuburkan tanah sekaligus memberi manfaat tanpa perlu anda menggunakan baja kimia lagi.
#7. Menghilangkan kesan ‘sun burn’
Gosok uncang teh yang basah untuk menghilangkan kesan terbakar.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...