Konflik rumah tangga yang melibatkan pelakon Hafidz Roshdi bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri berakhir selepas Hafidz telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Shuhada Dilepaskan Hafidz Roshdi Talak Satu, Syukur Dengan Ujian Allah
“Terima Kasih Untuk Segalanya..”
Shuhada menerusi hantaran di Instagram, menitipkan rasa syukur setelah segala ujian yang dihadapi telah dipermudahkan.
“Ya Allah terima kasih untuk segalanya. Alhamdulillah, thank you Allah untuk nikmat dan ujian Mu.
Shu doakan kepada yang tengah struggle hadapi ujian indah Allah, dipermudahkan segalanya, Sabar! sabar itu indah percayalah.” kapsyen Shuhada di Instagram
Ads
Dipetik dari laporan Berita Harian, Hafidz berkongsi rasa lega apabila urusan penceraiannya dapat diselesaikan dengan cara baik serta berpuas hati dengan keputusan yang diberikan oleh pihak hakim Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
“Alhamdulillah, saya lega perkara ini dapat diselesaikan cara baik dan tiada pergaduhan. Saya juga menghormati keputusan hakim dan berpuas hati dengan keputusan hari ini.” kata Hafidz kepada Berita Harian
Ads
Sekadar info, Nurul Shuhada Mat Shukri mendirikan rumah tangga dengan Hafidz Roshdi pada 30 April 2016. Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, dan Umar.
Kita doakan yang terbaik sahajalah untuk mereka. Apa komen anda?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda mula merasakan hubungan anda dengan pasangan agak-agak ‘suam kuku,’ apa kata luangkan masa untuk WE time berdua. Hangatkan kembali cinta dan kasih sayang antara suami isteri dengan WE time.
Luangkan masa untuk keluar berdua tanpa anak-anak. Luangkan sedikit masa untuk berbual sambil mengenang kisah cinta kalian berdua. Dengan cara itu hubungan dengan pasangan kembali hangat semula. Tidak dapat dinafikan, kesibukan bekerja akan membuatkan anda dan pasangan kurang memberi perhatian antara satu sama lain.
Selain WE time, adakan juga ME untuk diri masing-masing. Pilih hari-hari tertentu untuk keluar dengan kawan-kawan. Bagi si isteri, minta izin dahulu daripada suami. Bagi suami pula, tidak salah memberikan izin untuk isteri anda keluar bersama rakan-rakannya untuk sekadar lepak, membeli belah mahu pun ke spa.
1. Setiap pasangan tak kira yang baru berkahwin atau yang dah lama berkahwin perlukan kedua-dua perkara ini.
2. ME time maksudnya masa bersendirian. Suami perlukan, isteri juga perlukan. Meleraikan kekusutan atau Winding Off kata orang Teluk Intan.
3. Ada orang ambil ME time dengan duduk kedai makan atau cafe, menikmati secawan kopi dan sepotong kek. Ada orang prefer window shopping (isteri la tu). Ada juga yang just nak keluar dan drive sekejap sambil dengar radio. Ada yang nak me time dengan lepak-lepak bersama kawan dekat mamak. Up to you.
4. Kenapa kena ada ME time? Untuk rehatkan diri. Rileks. Tanpa kehadiran pasangan atau anak-anak. Kita boleh buat apa yang kita nak buat seperti membaca, tengok dokumentari, mengait beg or simply tengok ulasan bola sorang diri. Just enjoy urself.
5. Kalau WE time pulak adalah masa suami dan isteri spent bersama. Buat aktiviti together. Bersukan ke, makan-makan ke, pegi tengok wayang ke. Anything lah yang berdua.
6. Culture atau budaya ini tidak popular lagi di Malaysia. Kebanyakannya masih terkepung dengan idealogi mesti bersama-sama tidak kira apapun. Sedangkan kita juga perlu rehat untuk diri kita. Dan perlu berdating suami isteri untuk kembalikan nostalgia memula kahwin dulu dan tambah kemanisan rumah tangga.
7. Emak antara yang dulu buat silap. Awal perkahwinan sampai dah lebih sepuluh tahun kahwin, Emak selalu rasa mesti 100% mengorbankan tenaga untuk keluarga. Penat ke ape ke tak reti nak rehat. Tak reti nak mintak time off dari suami. Sedangkan lama-lama jadi makan diri.
8. So bila dah belajar sikit-sikit pasal kepentingan jaga diri, sayang diri, Emak pun dah pandai mintak Me time beberapa tahun kebelakangan ni. Ayah okay je actually. Bila Emak happy, ayah pun happy. Haa gituh.
9. Dan kitorang pun dah amik masa untuk WE time juga. Bukan lama pun. Kadang hanya sejam dua. Sekadar duduk minum teh atau kopi sambil berbual tentang apa sahaja. Kadang tentang iklim dunia, publication dekat high index, research design, methodology,, nak lunch apa,nak buat apa. Ikut la nak sembang apa pun. Tanpa anak-anak.
10. Penting sangat ME time dan WE time ni. At least sebulan sekali buat. Isteri kena bagi masa kat suami untuk dia berseorangan atau lepak dengan kawan lelaki dia. Suami kena beri izin isteri keluar sendiri atau dengan kawan wanita (bagi sekali duit belanja, lagi awesome!). Lagi-lagi kalau isteri yang suri rumah. Yang penting TRUST dan PERCAYA. Janganlah pula salah guna.
11. ME time and WE time juga penting untuk kesihatan minda. Kajian menunjukkan jika orang dewasa meluangkan masa bersendirian untuk ‘self-care’, dia akan mempunyai Kesihatan Mental yang lebih baik (Dixon, 2020).
12. Kajian yang lagi terkini menunjukkan bahawa jika kira bersendirian (dari sudut positive context, contohnya ambil me time) kita dapat mengurangkan stress (William, 2021).
13. Kalau belum mulakan, cubalah. You will find it helpful untuk kesejahteraan keluarga.
Tak semua dapat rezeki kahwin muda tetapi kalau sudah jodoh, apa salahnya. Kalau zaman dulu, perkara ini nomal. Tetapi zaman sekarang orang rasa macam, “Eh, mudanya dah kahwin!” Begitulah pandangan orang.
Seperti yang dilalui pasangan muda ini, gambar mereka tular di media sosial apabila ramai menganggap suami isteri ini seolah-olah adik-beradik yang masih bersekolah kerana faktor tubuh dan ketinggian.
Syarah Aliya Ahmad, 19, dan suami, Muhammad Naqib Mohamad Nasir, 20, memilih menamatkan zaman remaja mereka dengan memikul tanggungjawab besar sebagai suami isteri pada 2 Mac lalu.
Kisah mereka mendapat perhatian di TikTok apabila Syarah Aliya berkongsi video perkahwinan yang meraih 1.3 juta tontonan dan pelbagai reaksi netizen, baru-baru ini.
Syarah Aliya berkata, dia hanya mengikut trend TikTok yang berkongsi perbandingan usia dan sikap suami isteri, namun tidak menyangka akan mendapat perhatian warganet.
“Banyak juga komen yang cakap kami beruntung kahwin muda dan ada juga sangka kami masih sekolah lagi selain cakap seperti kakak dan adik.
“Lucu juga tetapi saya tak ambil hati mungkin orang nampak kami seperti adik dan kakak sebab suami rendah sedikit daripada saya. Tinggi saya 160 sentimeter (cm), manakala suami 156 cm.
“Tetapi itu tak jadi masalah sebab yang penting kami perlu sepakat dan saling bertolak ansur sepanjang perkahwinan ini dan harap ia berkekalan selamanya,” katanya tinggal bersama mentua di Kampung Telok Durian, Kupang, di sini.
Mereka berkawan sejak dia berusia 14 tahun selepas berkenalan di Lata Celak, Kupang dan sepakat membina hidup bersama kerana tidak mahu terlalu lama berkawan, selain mengelak perkara tidak baik.
“Suami sudah ajak bertunang dan berkahwin sejak saya berusia 17 tahun tetapi saya pilih untuk menamatkan persekolahan dulu, malah keluarga kami juga berpendapat sama.
“Saya anggap berkahwin awal ini adalah rezeki kerana saya belum ada rezeki menyambung pelajaran tetapi bersyukur perkahwinan ini banyak mendidik saya ke arah lebih baik,” katanya memberitahu suaminya menguruskan perniagaan makanan ternakan haiwan milik keluarga mentua.
Katanya, usia remaja bukan penghalang untuk mereka memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan mereka disokong keluarga terutama ibu bapa, Maznah Hassan dan Ahmad Abd Rahman serta mentua, Robaayah Abdul Karim dan Mohamad Nasir Khamis.
“Sejak berkahwin saya sematkan dalam fikiran yang saya ini isteri orang dan perlu menjaga nama keluarga dan mentua. Kalau dulu bangun pagi mesti lambat tetapi sekarang perlu bangun awal untuk sediakan sarapan buat suami sebelum dia pergi kerja.
Haaa… satu rezeki kahwin muda, kalau anda pun ada jodoh awal, teruskan. Minta doa dan restu daripada orang tua, itu lebih dari cukup. Pasal kewangan atau masalah lain boleh sama-sama usahakan yang terbaik. Hidup ini lebih bahagia jika kita abaikan kata-kata dan pandangan orang. Betul tak?
Sayur meranti masak lemak keledek antara menu yang membuatkan kita makan bertambah-tambah. Pokok daun meranti agak sukar didapati terutama di kawasan bandar. Maka sebab itulah jika dibeli di pasar, harganya sedikit mahal berbanding sayur-sayur yang lain.
Sayuran ini banyak ditanam dan hidup subur di kawasan kampung. Lebih berselera apabila dimakan bersama sambal belacan dan juga ikan masin.
Seorang pengguna Facebook, Muhamad Muktamin Abdul Karim telah berkongsi resipi dan cara-cara memasak sayur meranti masak lemak keledek.
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Santan kelapa
1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.
4. Apabila sudah hampir masak, masukkan udang. Biarkan seketika, cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Hidangkan.
Lebih sedap apabila dimakan bersama sambal belacan.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...