Siakap Goreng Tomyam, Menu Berbuka Ini Pasti Buat Suami Tersandar Kekenyangan

Share

Baru masuk hari kelima berpuasa tapi ramai isteri dah tak tahu nak masak apa untuk menu berbuka. Dah lebih sebulan duduk di rumah, semua resipi sudah dicuba.

Jika anda masih belum ada menu untuk dimasak hari ini, cubalah resipi Ikan Siakap Goreng Tomyam ini. Resipi yang cukup mudah tapi mampu buat keluarga anda tersandar kekenyangan.

Resipi ini dikongsi oleh Sheena’s Cooking Passion menerusi laman Facebook. Jom kita intai resipi ini.

Bahan untuk ikan:

Ikan siakap
Garam
Serbuk kunyit
Tepung jagung

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dan masukkan ikan siakap yang sudah dilumur dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.

2. Goreng sehingga garing dan angkat.

Bahan untuk kuah:

  • 4 biji bawang merah
  • 5 batang cili padi
  • 2 batang cili merah
  • 2 biji tomato
  • 3 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit jus perahan limau nipis
  • 3 sudu makan pes tomyam
  • 2 sudu makan pes cili kering

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah, serai, cili padi, tomato, cili merah dan daun limau purut.

2. Setelah bawang layu masukkan pes cili kering. Masak sehingga pecah minyak.

3. Setelah pecah minyak,masukkan pes tomyam.

4. Gaul rata dan perasakan dgn garam.

5. Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih.

6. Setelah mendidih,masukkan jus limau nipis. Tutup api apabila kuah mendidih.

7. Tuang kuah keatas ikan yg siap digoreng tadi. Sedia dihidang. (tuang tanpa minyak)

Sumber: Sheena’s Cooking Passion

IKLAN