Salad untuk makan tengah hari atau makan malam. Resepi salad ini amat bermanfaat untuk sesiapa yang ingin berdiet.
Salad diet yang diperbuat daripada sayur- sayuran seperti salad, cherry tomato, carrot, timun, kubis dan sedikit protein berasal daripada ayam atau telur atau udang.
Resepi salad sayur ini boleh dibuat menggunakan sayur apa-apa sahaja yang anda sukai mengikut kegemaran sendiri. Janji sihat dan sedap.
Ailin Abdullah berkongsikan resepi salad sayur untuk diet di laman Facebook. Selamat mencuba.
Resepi Salad Sayur Untuk Diet
Bahan-bahan :
Salad dressing. Seeloknya yang jenis cair,
Cherry tomatoes @ sliced onion,
Julienned carrot,
Purple cabbage @ japanese cucumber,
Chickpeas @ kacang kuda,
Protein: ayam @ telur @ udang,
Mixed greens (lettuce/romaine/corals/spinach/butterhead dan lain-lain),
Ads
Cara-cara :
Potong kecil kesemua bahan.
Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas.
Siap.
Boleh tabur chia seed. Rasa jadi makin sedap.
Pengambilan pelbagai jenis buah dan sayuran yang kaya dengan vitamin, mineral serta antioksidan selain air ternyata penting untuk menjaga kesihatan badan. Justeru, menyediakan hidangan salad yang ditambah dengan pelbagai jenis sayur dan buah yang berkhasiat antara cara mudah serta kreatif dalam mengamalkan diet seimbang.
Namun, terdapat cara yang betul membuat salad untuk memastikan setiap bekalan nutrien badan dapat dipenuhi. Caranya dengan menambah pelbagai jenis buah dan sayuran berwarna untuk membekalkan antioksidan berlainan.
Buah-buahan kering, kekacang, bijian, herba dan kuah salad menjadikan hidangan lebih lazat, berkhasiat serta boleh menggantikan sajian makanan utama.
Ads
Kebaikan salad
Salad buah memberi banyak manfaat kepada badan seperti mengawal berat badan kerana kandungan kalori rendah serta mengenyangkan selain sesuai untuk menggantikan manisan.
“Menambah kuah atau sos ke dalam salad bukan saja membangkit selera, tetapi menambah tenaga. Bagaimanapun, ingatlah garis panduan tertentu apabila memilih makanan daripada bar salad yang disediakan.
Pertimbangkan tahap toleransi, keadaan kesihatan dan juga keperluan khusus anda. Misalnya, sesetengah individu mungkin alah kepada makanan kering yang berkhasiat seperti kacang manakala mereka yang alah laktosa hendaklah mengelakkan kekacang serta mayonis.
Ads
Ujarnya, pengambilan sejumlah kecil buah dan sayuran tidak mendatangkan mudarat, tetapi berhati-hati jika ia diambil dalam saiz besar kerana ia boleh menjejaskan keadaan kesihatan individu tertentu.
Pesakit diabetes sewajarnya mengelakkan pengambilan terlalu banyak tembikai kerana ini boleh melonjakkan paras gula. Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, gunakan kreativiti dan buat pilihan berasaskan kecenderungan.
Untuk kuah yang lebih sihat, pilih minyak zaitun yang sihat dan cuka kegemaran bersama tambahan buah-buahan kering serta kekacang.
Buah-buahan utama yang boleh dipilih daripada bar salad termasuk anggur, kiwi dan mangga, epal serta beri. Anggur mengandungi resveratrol yang membantu mengembangkan saluran darah dan menambah keupayaan perlindungan otak.
Anggur juga baik untuk pesakit asma kerana ia menambah lembapan dalam paru-paru dan mengurangkan serangan penyakit itu. Mangga yang kaya dengan vitamin C dan antioksidan pula membantu menguatkan daya ketahanan, mengawal diabetes serta menurunkan indeks glisemia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya sebaik bangun dari tidur badan akan terasa lenguh dan penat. Salah satu cara untuk mengembalikan kesegaran tubuh anda adalah dengan melakukan senaman pagi!
Senaman pagi bermanfaat untuk menjaga metabolisme tubuh agar terhindar daripada pelbagai penyakit serta menjaga kesegaran jasmani dan rohani.Senaman pagi sebaiknya dilakukan pada setiap pagi.Jenis senaman pagi ada bermacam-macam jenis,misalnya senaman ringan seperti berjalan kaki dan berjogging. Manakala senaman berat pula seperti berlari dengan cepat, lari jarak jauh, angkat besi dan sebagainya.
Bersenam secara rutin juga dapat membuat tubuh menjadi lebih lentur dan menghilangkan rasa lenguh serta tegang pada otot. Oleh sebab itulah, bersenam merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan secara rutin dan teratur sehingga tubuh anda selalu fit dan tidak mudah jatuh sakit.Bagi anda yang super sibuk pada setiap hari dan tidak punya banyak waktu untuk bersenam, anda boleh melakukan senaman pagi yang sederhana ini.
Berikut senaman pagi yang mudah dan senang untuk anda praktikkan.
Jenis senaman pagi seperti berjalan kaki sangat baik untuk kesihatan anda. Malahan senaman pagi jenis ini juga boleh membantu menjaga kesihatan jantung dan mencegah osteoporosis atau pereputan tulang.
Anda boleh meluangkan masa lebih kurang sekitar 30 minit untuk melakukan senaman pagi seperti berlari sebelum pergi kerja. Sangat mudah dan menyihatkan. Selain itu, senaman pagi jenis berlari ini boleh membakar kalori dan menguatkan otot kaki serta menjaga kesihatan sendi sehingga anda akan terhindar dari penyakit urat lenguh-lenguh.
Senaman pagi seterusnya adalah dengan melakukan push up dan sit up secara rutin pada setiap hari. Lakukan senaman ini secara rutin setiap hari pada waktu pagi dan malam hari sebelum tidur. Tubuh anda akan segar dan membentuk otot-otot pada tubuh anda. Ia sangat bermanfaat bagi wanita untuk menegangkan payudara dan mengecilkan perut.
Senaman pagi jenis ini sangat mudah dan cukup menyenangkan. Senaman jenis ini sangatlah mudah dan menyenangkan jika diiringi dengan muzik. Senam aerobik bukan sahaja boleh menjaga kesihatan jantung dan stamina tubuh. Malahan boleh membantu anda dalam melangsingkan tubuh dan membuat awet muda.
Antara Kebaikan Jika Anda Rajin Melakukan Senaman Pagi
Meningkatkan Kecergasan Otak.
Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh.
Meredakan Sakit Kepala.
Mencegah Penyakit Alzheimer.
Terhindar Daripada Stress.
Meningkatkan Daya Kosentrasi.
Membantu Membentuk Tubuh Ideal.
Menyihatkan Jantung.
Memperlambatkan Proses Penuaan Semulajadi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal-bakal pengantin mesti dah tak sabar kan menanti hari bahagia. Pasti macam-macam persiapan telah dilakukan. Ia bagus untuk menyiapkan persiapan awal daripada lambat betul tak. Lebih-lebih lagi untuk perempuan, mereka lah paling banyak nak kena perhati.
Antaranya baju pengantin kerana terlalu banyak pilihan dan sampai rambang mata lah kadang-kadang nak buat pilihan. Suka yang ini tapi tak kena pula dengan kulit, suka yang ini pula tiada size, dan macam-macam lagi.
Kami akan kongsikan kepada anda antara beberapa tips nak pilih baju pengantin biar kena dengan kulit anda. Ya, ini amat penting barulah nampak naik seri pengantin macam tu. Okay jom kita lihat!
1) Hitam manis
Bagi mereka yang memiliki warna kulit ini, mereka kelihatan sedikit gelap dari sawo matang. Mereka akan kelihatan cantik dan menonjol jika memakai busana berwarna solid dan terang seperti merah, jingga, plum atau lavender.
Elakkan dari memakai warna yang cerah seperti kuning atau pastel lembut, kerana ia akan membuat kulit kelihatan kusam.
2) Kuning langsat
Bagi mereka yang memiliki warna kulit seperti ini, kulit mereka kelihatan cerah tetapi agak kekuningan dan tona warnanya adalah dia antara sawo matang dan putih. Tidak terlalu gelap dan tidak terlalu putih.
Mereka ini sesuai menggayakan busana dengan warna seperti kuning, merah, biru atau hijau. Elakkan dari memakai warna seperti oren, gold ataupun coklat, kerana akan membuat kulit kelihatan kusam.
3) Sawo matang
Warna kulit ini adalah warna yang sering dimiliki oleh kebanyakan wanita asia, warnanya sedikit gelap berbanding kuning langsat. Bagi mereka yang memiliki kulit warna ini, ia sesuai menggayakan busana dengan warna pastel terang atau gelap seperti navy blue, merah hati, ungu atau hitam. Elakkan dari memakai busana berwarna kuning atau coklat gelap.
4) Putih gading
Mereka yang memiliki kulit seperti ini mempunyai kulit yang cerah dan kelihatan sedikit pucat. Jadi, mereka perlu elakkan dari memakai baju warna pastel atau pudar, kerana akan membuatkan mereka kelihatan lebih pucat.
Cari busana yang mempunyai warna yang kontra seperti hitam, navy blue, royal blue atau pink. Ia akan membuatkan mereka kelihatan lebih cantik dan menarik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Awas ya! Dalam mencapai usaha untuk kurus ramai tidak tahu kesan diet mungkin merosakkan kesihatan tanpa kita sedari. Jadikan pedoman di bawah ini sebagai peringatan supaya berwaspada ketika berdiet.
Ini perkongsian dari Dr. Hafiz Sulaiman berkenaan perkara ini:
1) MENINGKATKAN STRES DALAMAN.
Kaedah yang menyebabkan badan stres ialah menghadkan makan sampai ada yang limit kalori bawah 1000kcal berminggu-minggu. Contoh diet yang pernah saya cuba amalkan seketika dulu, HCG diet. Diet tu tak salah, badan kita boleh adaptasi dengan kalori rendah (kebanyakan orang). Silapnya ada pengamal tak ikut protokol betul-betul.
Badan akan jadi terbeban kerana peningkatan radikal bebas (peroxyl radical). Ini kerana badan kekurangan gula dan mula pecahkan lemak untuk tenaga (ketosis). Stres dalaman (radikal bebas) berpotensi merosakkan organ dalaman.
SOLUSI : Perbanyakkan makanan tinggi antioksida dan antiradang bagi mengurangkan keradangan dan stres dalaman. Jika perlu, ambil suplemen tambahan.
2) MENYEBABKAN KEKURANGAN ZAT.
Diet dengan kalori sangat rendah WAJIB PADAT NUTRISI. Bukan diet dengan biskut dan roti sekeping dua yang sangat rendah nilai nutrisi.
Bila kurang makan, bebanan stres dalaman meningkat dan badan memerlukan lebih banyak nutrien untuk adaptasi dengan stres yang meningkat. Zat seperti protein diperlukan untuk membaiki kerosakan akibat stres yang meningkat.
Antioksida luaran melalui pemakanan diperlukan untuk menyokong antioksida badan mengurangkan kerosakan disebabkan radikal bebas yang meningkat. Banyak zat dan mineral penting perlu untuk menyokong detoksifikasi di organ hati terutamanya fasa1.
SOLUSI: Pelbagaikan makanan yang semulajadi. Fokus kepada makanan padat nutrisi. Suplemen dengan multivitamin jika perlu.
3) MENYEBABKAN BERAT SUSAH TURUN.
Stres dalaman yang tidak terkawal akibat menghadkan kalori boleh meningkatkan stres dalaman. Hormon stres iaitu kortisol akan meningkat dan badan akan mula menyimpan lemak dan air. Berat badan akan susah turun (plateau).
SOLUSI: Kurangkan stres dalaman. Jika tidak berjaya, kemungkinan kalori perlu dihadkan secara beransur.
4) RISIKO KEINGINAN MAKAN MEMUNCAK (CRAVING).
Hormon stres iaitu kortisol juga menyebabkan kita merasa “craving”. Selain daripada itu, hormon yang meningkatkan keinginan makan iaitu GHRELIN juga meningkat ketika stres.
SOLUSI: Kurangkan stres dalaman. Oleh kerana jika penghadan kalori sudah tentu meningkatkan stres dalaman, elakkan stres boleh cegah lain seperti jaga kitaran tidur, stres daripada toksin persekitaran dan stres daripada emosi toksik.
Kesimpulannya jika ingin berdiet terutamanya dengan menghadkan kalori, sebaiknya buat pemeriksaan kesihatan dahulu. Pemeriksaan darah penting terutamanya bagi mereka yang berumur lebih 30 tahun bagi memastikan organ badan sihat dan mampu berfungsi dengan baik ketika berdiet. Kurangkan bebanan toksin dan stres dalaman berlebihan.
Semoga perjalanan ke arah kurus yang lebih sihat menjadi lebih mudah insha Allah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!