Mungkin anda jarang dengar tentang khasiat jagung yang bagus untuk kulit bukan? malah ada yang hanya percaya jagung hanya boleh dimakan bukan untuk merawat kulit wajah agar lebih sihat. Di sini kami akan menjelaskan tentang kebaikan jagung manis yang bermanfaat untuk merawat keadaan kulit wajah dengan mudah.

Siapa Sangka, Jagung Pun Boleh Cantikkan Kulit

Mungkin ada juga yang tidak menyukai makan jagung. Namun anda harus tahu akan kegunaan jagung yang kaya dengan nutrisi yang sangat bagus untuk kesihatan dan juga kulit anda. Pada mereka yang menghidap diabetes, makan jagung manis adalah sangat sesuai diamalkan kerana jagung mengandungi vitamin C dan serat yang tinggi.

Dalam jagung juga terkandung minyak semulajadi yang dikenali sebagai Linoleic acid bagi menghalang jerawat dari tumbuh dan turut merangsang kulit dan membentuk menjadi kolagen semulajadi tanpa perlu mengambil sebarang suplemen sebarangan.

Pasti ramai yang masih menganggap jagung tidak lebih dari sekadar makanan dan snek yang tidak memberikan apa-apa kebiakn untuk tubuh badan.

Mari kami kongsikan 4 manfaat jagung manis yang boleh anda dapat bagi mencantikkan kulit.

1. Membaiki tekstur kulit dengan baik

IKLAN

Jika anda mengamalkan makan jagung secara konsisten, itu mampu menjadikan kulit anda kelihatan lebih glowing disebabkan kandungan mineral essential dan vitamin yang terdapat didalamnya.

2. Memudarkan kesan jerawat

Bagi mereka yang sering ditumbuhi jerawat, sudah pasti memiliki bekas jerawat di kulit yang menganggu penampilan wajah bukan? Hanya dengan menggunakan jagung yang ditumbuk halus dan sapukan pada bahagian hitam jerawat setiap hari mampu menghilangkannya dengan mudah. Ini kerana, jagung yang kaya dengan vitamin E serta menghilangkan kesan hitam dengan mudah.

3. Mampu merawat kesan ruam dan iritasiKesan dari sesetangah bahan kosmetik mungkin ada yang menggunakan minyak pati jagung di dalamnya, Ini kerana kesan dari jagung mampu memulihkan kesan ruam dan menghalang kulit dari mengalami iritasi.

4. Kekal awet muda

IKLAN

Sudah pasti anda ingin kekal kelihatan muda walaupun usia sudah semakin bertambah. Hanya makan jagung saja anda boleh kekal awet muda dan proses penuaan boleh dilambatkan. Jagung mempunyai tahap antioksidan yang tinggi dan bagus untuk kulit wajah.

Siapa Sangka, Jagung Pun Boleh Cantikkan KulitApa tunggu lagi, mula mengamalkan makan jagung manis dari sekarang jika ingin memiliki kulit yang cantik dan bersinar dengan cara semulajadi dan lebih mudh. Bukan itu saja, anda juga boleh menjimatkan pembelanjaan dari membeli produk kosmetik yang mahal di pasaran. Selamat mencuba.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Sumber: Donna.com.my

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI