Kes seorang isteri menemui ajal selepas dipukul suami sehari sebelum Aidilfitri menjadi isu hangat baru-baru ini. Begitulah bahayanya media sosial apabila menjadi medan penulisan luahan perasaan. Buat bakal suami dan isteri, sematkanlah dalam hati, setiap keburukan dan kebaikan pasangan janganlah disampai-sampaikan. Cukup sekadar kita yang tahu.
Seperti coretan Tuan Firdaus Shakirin, banyak betulnya. Pasangan kita ni tak tunjuk semua perangai baiknya pada orang lain. Mungkin dia dikatakan tidak romantik di depan orang tetapi sangat manis apabila bersama pasangan. Dia juga tidak baran depan orang tetapi garang macam singa apabila bersama pasangan.
Biasalah tu, rumahtangga. Buat yang bakal berkahwin, anda cubalah menjadi pasangan yang terbaik dalam perhubungan. Tidak semestinya sempurna tetapi berusaha untuk menjadi orang yang menyenangkan dan disenangi.
Baik buruk kita sebagai suami isteri, hanya pasangan kita seorang sahaja yg tahu…
Ayah kita tak tahu, mak kita tak tahu, adik beradik kita pun tak tahu…
Kita buat baiklah mcm mana pun pada org diluar, kita pijak semut xmati sekalipun, lidah tak bertulang dan nmpk mulia di mata masyarakat sekeliling kita pun, tapi kalau kat rumah kita dgn pasangan tu sebaliknya, maka kita ni adalah seorang yg “munafik”…
Dgn pasangan sendiri lain, dgn org luar lain…
Klu nak baik, buat baik pada keluarga sendiri dulu, anak kita, pasangan kita…itu yg paling afdhal dan utama…org yg baik pd keluarga dia, insyaAllah akan baik terhadap mereka yg berada di sekelilingnya…
Tapi org yg baik terhadap org sekelilingnya, belum tentu lagi baik terhadap keluarganya…
Dgn kawan ckp elok2, tapi dgn pasangan ckp tinggi suara, tengking2…dgn adik beradik sendiri boleh melawak bergurau senda, tapi dgn pasangan serius sepanjang masa…dgn mak bapak sendiri boleh hormat dan buat apa yg mak bapak suruh, tp dgn pasangan sendiri, tak nak hormat dan x nak dgr ckp pasangan…
Pasangan nampak tingkah laku kita, pasangan tahu pembawakan diri kita tu berbeza…kita bukan org yg sama diluar dan didlm rumah…
Suruh solat pun liat, tapi di kampung solat tepat waktunya…nafkah pun liat, tapi rajin belanja kwn2 mkn…tolong org sana sini, tp isteri mintak tolong disuruh buat sendiri…sentiasa selesaikan masalah org lain, tapi masalah dirumah sendiri pura2 xtahu…
Kalaulah kan pasangan tu nak berterus terang bgtau smua org sikap dan perangai kita yg SEBENAR, boleh je dia buat…tapi, apa yg dia dapat? dia akan dituduh membuka aib pasangannya…
Dia hanya nak pasangan dia itu adalah org yg sama baik didlm atau diluar rumah…dia hanya nak pasangan dia seperti dirinya di depan mak bapak, adik beradik, kwn2 dan org2 lain…
Dia tak nak pasangan dia jadi “munafik”…
Sesama perbaiki diri baik suami mahupun isteri semoga Allah merahmati rumahtangga kalian
Sumber : Firdaus Syakirin
Kredit foto: TANGKAP PICTURES
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI