Mari lihat punca-punca yang menyebabkan sinki sering tersumbat.
1. BERAS & NASI
Beras merupakan bahan makanan yang memang ada di setiap rumah kerana ia adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Tak lengkap hidup sekiranya tiada beras di rumah, betul tak?
Sewaktu membasuh beras, amatlah penting untuk anda berhati-hati ketika membuang airnya supaya beras tidak jatuh ke dalam sinki. Jadi, tahanlah beras menggunakan tangan dengan betul.
Sama juga sewaktu anda hendak mencuci periuk nasi. Pastikan kerak nasi yang tertinggal tidak terjatuh ke dalam sinki sehingga ia masuk ke dalam saluran paip. Ia boleh menyebabkan sinki tersumbat dan berbau nanti.
Ads
Sebaiknya, anda membuang sisa nasi ke dalam bakul sampah dengan menggunakan senduk nasi atau sudu terlebih dahulu. Cara ini dapat mengurangkan kebarangkalian singki tersumbat angkara sisa nasi.
2. TEPUNG & KULIT TELUR
Tepung dan telur antara bahan penting terutamanya, jika anda hendak membuat kek atau hidangan lain yang berasaskan bahan ini. Namun, pastikan juga sisa bahan-bahan ini tidak terjatuh ke dalam sinki bagi mengelakkan sinki berbau dan tersumbat.
Pastikan sisa tepung yang telah bercampur air dan kulit telur, dibuang ke dalam bakul sampah sebelum membasuh bekasnya. Sama juga seperti sisa makanan yang terhasil dari bahan ini, terus sahaja dimasukkan ke dalam bakul sampah. Jangan cuci bekas sekali dengan sisa makanan, okay?
Ads
3. RAMBUT
Rambut juga antara bahan utama yang menyebabkan sinki dan saluran paipnya tersumbat. Walaupun rambut telah dirapi kemas sewaktu berada di kawasan dapur, kadang tanpa sedar tiba-tiba sahaja ia muncul.
Sekiranya anda melihat rambut walaupun hanya sehelai, jangan pula dibuang ke dalam sinki. Terus sahaja dimasukkan ke dalam bakul sampah yang berhampiran.
Ingat, segumpal rambut di dalam saluran paip boleh menghalang kelancaran air sekaligus mengeluarkan bau yang kurang enak.
4. BUNGKUSAN & PELEKAT MAKANAN
Ada orang suka sangat buang pelekat ke dalam sinki. Tanpa sedar, saiznya yang kecil telah termasuk ke dalam lubang sinki.
Walaupun bukan diri sendiri yang melakukannya, pastikan anda menasihati dengan baik ahli rumah anda akan tabiat buruk itu. Bukan murah kos hendak membaiki paip tersumbat, lagi pula rumah yang jenis ‘high rise’.
Ads
5. PUNTUNG ROKOK
Menghisap rokok pandai pula, tetapi bila nak membuang puntung rokok terus kurang cerdik akalnya. Akibatnya, ia dicampak ke dalam sinki. Ini kalau keluarga bakal mentua nampak perangai sebegini, terus kurang berkenan nak dijadikan sebagai menantu.
Jangan jadikan amalan membuang puntung rokok, sama ada di dalam mangkuk tandas mahupun lubang sinki sebagai tabiat diri. Sudahlah ruang udara tercemar dengan bau asap rokok, ditambah pula dengan bau kurang enak dari saluran paip yang tersumbat.
6. PIL UBAT
Sebenarnya pil ubat boleh menjadi punca paip sinki tersumbat. Ubat akan hancur di dalam tubuh badan manusia kerana mempunyai asid yang melarutkan ia.
Namun, tidak pula dengan air dari sinki yang merupakan air biasa. Sekiranya ubat yang pecah bercampur dengan air biasa, air tersebut akan tercemar kerana sifat ubat mempunyai tarikh luput yang tersendiri.
Sebab itulah ada arahan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak kesihatan yang mengarahkan pengguna untuk memulangkan semula lebihan ubat sekiranya sudah tidak digunakan. Pihak kesihatan mempunyai cara yang betul untuk melupuskannya.
Haa… nampak tak punca yang membuatkan sinki tersumbat? Selepas ini anda boleh ubah dan sama-sama jaga sinki di rumah ya. Semoga info ini dapat membantu menyelesaikan masalah sinki rumah anda.
Bila lama duduk di rumah, kita jadi tak tahu nak masak apa, tapi perlu ingat, musim PKP ini jangan sampai berlaku pembaziran, pastikan guna sebaik mungkin barang dapur agar tidak terputus bekalan nanti. Ini antara resepi mudah dan tidak perlukan bahan yang melampau banyak pun, terima kasih puan Maznah Sumaila atas perkongsian menu ini.
.
Daging Masak Merah Ala Thai KapKunKap
.
– Bawang Putih 2 bijik size paling besar dalam labu dia.
– Bawang Holand sebijik. Memang banyak guna bawang holand supaya sedap manis.
– Cili Merah yang besar tu
– Sos cili, sos tomato, sos tiram semua ikut suka nanti nak letak banyak mana.
.
Daging dalam 500gram atau ikut banyak mana kita nak makan. Rebus dia besar macam tu dan masa rebus letak pewarna makanan (merah).
Semasa rebus daging aku pecahkan halia dalam 2 inci untuk hilangkan bau dia nanti. Bijak kan?!
.
Lepas tu, daging dah masak kita potong dia seperti di atas. Cantikkan aku potong. Teruja tau mak mertua ampa bila menantu pandai potong daging. Hahaaaa
.
Kemudian, kita goreng daging tadi. Goreng sekejap untuk bagi nampak warna gelap sikit sahaja. X payah lama sangat nanti keras aku tak tanggung jawab. Hahahaaa
.
Guna minyak yang sama (jimat kan) masukkan bawang putih dan bawang holand. Tumis sampai naik bau. Lepas tu letak 1 sudu kecik cili boh.
Nak pedas, letak la banyak sikit. Tiada masalah. Aku perasan jari aku dah start gemuk lah! Adoiiiiii
.
Haaaa ni kita tumis cili boh tadi, lepas tu masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram ye kengkawan.
Banyak mana nak letak? Ikut laaaa, rasa nak ada kuah lebih, letak lebih skit sos2 tadi.
Yang ni aku hampir lupa. Sebab optional sahaja. Cehhhh bahasa omputih dohhhh… Hahaha
Kalau ada sos ikan, boleh letak sikit dalam 1 sudu kecik sahaja. Kalau tiada sos ikan, tidak usah gusar dan bimbang. Tidak berdosa ye.
.
Then, masukkan daging yang kita goreng tadi. Gaul sebati. Letak air rebusan daging dalam 2 sudu besar. Biarkan daging seketika.
Masa ni la ko letak serbuk perasa, gula dan garam ye. Garam jangan banyak. Sebab sos tiram dan sos ikan sudah masin tu.
Dah rasa nak kering, masukkan cili besar ye. Aku hampir lupa cili ni tadi. Hahahahaa..
Tanpa sirih junjung tidak sempurna acara dalam majlis perkahwinan. Ia menjadi salah satu hantaran buat bakal pengantin.
Gubahan sirih junjung pada hari ini merupakan gabungan antara dua cita rasa iaitu klasik dan juga moden. Penggunaan daun-daun sirih segar diaplikasikan untuk menghasilkan gubahan yang cantik.
BAHAN-BAHAN:
Daun Sirih
Gunting
Bunga Kekwa
Bunga Teluki
Pelilit
Lidi Sate
Dawai Hijau
Span Basah
Set Bunga Gambir
Pinang
Kapur
Sumber Gambar : Unit Foto Kumpulan Media Karangkraf Gubahan Oleh : Zellon Sri Andaman
LANGKAH 1
Mula-mula gulung daun sirih dengan lidi sate menggunakan pelilit. Ketepikan.
LANGKAH 2
Selepas itu, cucukkan bunga kekwa pada span basah dimulai dengan bahagian tepi dan tengah.
Sumber Gambar : Unit Foto Kumpulan Media Karangkraf Gubahan Oleh : Zellon Sri AndamanSumber Gambar : Unit Foto Kumpulan Media Karangkraf Gubahan Oleh : Zellon Sri Andaman
LANGKAH 3
Kemudian, cucukkan pula bunga teluki pada bahagian tengah.
LANGKAH 4
Setelah itu, sisipkan daun sirih yang telah digulung tadi di antara bunga kekwa dan bunga teluki.
Sumber Gambar : Unit Foto Kumpulan Media Karangkraf Gubahan Oleh : Zellon Sri Andaman
LANGKAH 5
Akhir sekali, lengkapkan gubahan sirih junjung ini dengan set bunga gambir, pinang dan kapur bagi menambahkan aura.
TIP PILIH SIRIH JUNJUNG:
Bagi menghasilkan sebuah gubahan sirih junjung yang menarik, pastikan anda memilih daun sirih Melayu kerana selain daunnya yang keras dan tahan lama, ia juga senang dibentuk dan akan tampak cantik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini cara kemas rumah jadi bersih teratur walau ruang tak besar, semuanya daripada didikan seorang pada anak-anaknya.
Walaupun pada mulanya, anak akan mengomel sambil melakukan tugas yang diberi. Namun, bila tersedar ada benarnya kata-kata emak, dia yang lebih dahulu makan garam.
Sebagaimana perkongsian dari Puan Anis Syuhada, yang teringat kembali pesanan-pesanan mengemas rumah dari emaknya oleh kerana kerinduan disebabkan tidak dapat pulang ke kampung menjenguk orang tuanya.
Jom baca pesanan berikut, boleh juga dipraktikkan bagi anda yang belum pernah lakukan beberapa tugasan di rumah seperti di bawah.
Cara Kemas Rumah, Ikut Nasihat Seorang Emak
Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat. Rutin setiap pagi ialah:
Sapu sampah luar dan dalam rumah
Kemas tempat tidur
Pastikan setiap bilik kemas
Sidai kain
Siram pokok bunga mak
Sampai ke tua juga lah menjadi rutin Anis sehingga hari ini.
Mak selalu pesan:
1. Sapu saja sampah walaupun tak nampak kotor. Nanti dalam penyodok kita akan nampak ada ke tak ada sampah.
2. Sambil menyapu tu kaih-kaih sama sawang jangan menyapu macam orang tak ada mata dan tak ada tulang (menusuk ke sanubari pesan yang ini).
3. Lapik kaki luar ke dalam ke basuh. Jangan tunggu keras melekat dekat lantai. Ye la, nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
4. Kabinet kasut susun, jangan lah selipar tinggal sebelah pun kau simpan. Nak pakai pergi mana? Putus pun simpan, sayang kena bertempat. Tapak kasut ketuk dulu jangan berselut pon rajin nak susun.
5. Tong sampah cuci ya. Ada depan rumah kau tak cuci mengaum bau. Selalu kalau detergent dah habis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.
6. Tiap kali lepas masak, cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”. Mak saya ini dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa lah kalau dia masak, licin dapur dia kemas.
Kalau korang cakap “kejap lagi buat la” maka, korang akan murung dengar dia bebel. Lagi-lagi bila dia cakap,”tak apa biar mak buat, korang semua rehat tengok tv.” Elok-elok je dia cakap tapi korang akan rasa berdosa seumur hidup.
7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintenance. Warna apa pun dapur kena rajin, putih melepak ke hitam melegam ke kelabu asap ke kuning merengau ke kena bersih.
8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ye la, sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah, rambut bergumpal dekat hujung penyodok tebal 5 inci, habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu.
Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan biar letak dekat lantai, lepas itu nak sapu habis bulu penyapu melentik bengkok.
Tapikan betul lah apa yang mak pesan itu, beri impak besar walaupun kadang kita rasa, “Alahhhh itu pun nak bagitahu ke?”
Mak selalu cakap, rumah kita paling penting bersih. Barang lama pun tak apa. Kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
Sumber: Facebook Anis Syuhada
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!