Bab ni, kalau anda bertuah, mungkin anda di soal. Kalau tak, tidaklah. Tapi sebelum apa-apa pon, persediaan itu penting. Ini antara soalan & jawapan yang berpotensi ditanya masa hantar boring nikah.
Soalan yang ditanya masa interview untuk hantar borang nikah:
Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.
Baca Surah Al-Fatihah
Baca doa qunut
Apa yang awak tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?
Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
Tanggungjawab suami/Isteri.
Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis
Suami orang, sila hati-hati. Jangan terlebih ramah dan rapat dengan sesiapa wanita waktu kalian keluar mencari rezeki.
Sekali pun nak bisnes dan ‘pancing’ pelanggan, biar ada batas dan lenggoknya. Bak kata saudara Firdaus, jaga-jaga sebelum ‘terjerat’.
Orang perempuan ini mudah terjatuh hati, mudah menyimpan rasa, mudah berharap dan mudah perasan.
“Awak sihat hari ni? Dah makan ke belum? Hati-hati drive balik japgi.”
Simple words, tunjuk caring, ambil berat macam ini pun tak boleh sebenarnya sebab dia akan mula tersuka dengan “cara” kita itu walaupun kita sekadar memberi pesanan. Kalau kita ni bujang, tak ada masalah. Kalau kita ini laki orang?
Ini cari masalah.
So, it is better to treat all equally, sama rata dan tak payah tunjuk sangat “layanan istimewa” dan “layanan berbeza” terhadap seseorang itu.
Kalau nak tanya sangat, tanya satu pejabat soalan yang sama. Kalau nak ajak lunch, ajak satu pejabat makan tengah hari.
Kalau nak wassup apa-apa, wassup satu pejabat dan kalau nak bagi tumpang, bagi satu opis tumpang.
Not specifically to the targeted person only.
Bercakap bila perlu dan bercakap hanya tentang hal kerja. Lebih dari tu, put a noktah and draw a line. Don’t go beyond that line. Hal peribadi, jangan sesekali mulakan untuk bersembang berlainan jantina.
Itu secara tak langsung akan membuka ruang dan peluang untuk hati itu “disentuh” dan “tersentuh”.
Jangan terlebih melayan, jangan mulakan. Ingat anak bini kat rumah dan hati-hati dengan status yang dipegang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salam, adakah jahitan pada stokin wanita yang menampakkan sedikit warna kulit dikira tidak sah untuk dibawa solat dan tawaf? Saya cuba menggunakan dua lapis stokin tapi masih kelihatan sedikit samar-samar warna kulit. Mohon penjelasan.
.
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kesudahan.
Antara syarat-syarat sah solat ialah menutup aurat. Ertinya, jika seseorang, sama ada lelaki atau perempuan, bersolat dalam keadaan tidak menutup aurat maka solatnya tidak sah dan perlu dikerjakan semula. Aurat bagi lelaki ialah bahagian tubuh antara pusat dan lutut, manakala wanita ialah seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan, berdasarkan mazhab Syafie. Mereka berdalilkan hadis Nabi riwayat Aisyah R.Anha:
Maksudnya: “Allah tidak menerima solat orang perempuan yang mengalami haid melainkan dengan memakai khimar (tudung).“
Hadis riwayat Abu Daud (641), Ibn Majah (655), dan Al-Tirmidzi (377).
Al-Tirmidzi berkata, “Hadis Aisyah ialah hadis hasan dan diamalkan (sebagai hujah) di sisi ahli ilmu.” Al-Nawawi berkata, “yang dimaksudkan sebagai “ha’id” itu ialah wanita yang sudah baligh”. Dan ini juga merupakan syarat sah juga bagi kaum lelaki. Rujuk al-Majmu’ (3/166-167).
Kadar penutup atau pakaian yang menutup aurat ialah, seperti kata Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab (125/1), “dan wajib penutupan aurat itu dengan suatu yang tidak mensifati warna kulit.”
Berkata Syeikh Zainuddin al-Malibari: “(penutupan aurat itu) dengan suatu yang tidak mensifati warna yakni warna kulit (yang boleh dilihat) dalam majlis al-takhotub (sebuah majlis percakapan).”
Rujuk Fath al-Mu’in (1/86)
.
Kadar yang boleh dilihat dalam sebuah majlis percakapan ini disyarahkan lagi oleh Syeikh Abu Bakar al-Dimyati sebagai:“Keadaan itu maksudnya jika seseorang memerhatikan orang yang bersolat sambil mendekatkan diri dengan begitu dekat untuk melihat warna kulitnya, maka hal itu tidak memudaratkan (solatnya).”
Rujuk I’anah al-Talibin (1/134)
Syeikh al-Syirwani dalam Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj (2/112) juga menyebut: “Dan hendaklah digunakan kaedah demikian dengan tidak memberi mudarat (pada kesahihan solat) apabila dilihat kulit dengan medium (suluhan cahaya) matahari atau api yang apabila tiada maka tidak boleh dilihat.”
Syeikh al-Nawawi al-Bantani dalam Kasyifah al-Saja (hlm. 120) menyebut: “[menutup aurat] dengan suatu jirim yang suci yang boleh menghalang penglihatan kepada warna kulit, dengan tidak dapat diketahui warna putih (kulitnya) daripada hitamnya dalam majlis al-takhatub.”
Istilah majlis al-takhatub ini dihuraikan lagi dabitnya oleh Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaf dalam al-Taqrirat al-Sadidah (hlm. 84) dalam bab basuhan janggut yang tebal: “kira-kira satu meter dan separuh.”
Antara ulama muhaqqiq yang berfatwa dengan qiyas kaedah majlis al-takhatub dari bab wudhuk ke dalam bab aurat ialah Imam Ahmad bin Musa bin `Ajil, seperti mana kata pengarang Fath al-Muin (hlm.86); Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj (2/112). Namun mengikut Syeikh Abu Makhramah bahawa pendapat yang muktamad tiada beza antara majlis al-takhatub atau bukan, tetapi jika seseorang itu mendekatkan matanya kepada pakaian maka tidak dikira jika nampak auratnya juga. Rujuk Bughyah al-Mustarsyidin (hlm. 104). Wallahua’lam.
Setelah meneliti keterangan dan fakta di atas, kami cenderung untuk menyatakan seperti berikut:
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada penanya. Kami akhiri dengan doa:
Pergaduhan antara suami isteri merupakan perkara biasa dalam rumah tangga. Namun, sekiranya ia berlarutan dan tidak menemukan jalan penyelesaian, ia boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga sekaligus menyebabkan hubungan menjadi goyah.
Setiap kemarahan perlu dikawal agar pasangan tidak tersinggung dengan kata-kata atau pun perbuatan anda. Jika anda marah kepada pasangan, cuba lakukan perkara ini bagi menghindari perkara tidak diingini berlaku. Harus diingat kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan memburukkan keadaan. Jom Pengantin kongsikan 6 cara untuk elak kemarahan yang boleh anda praktikkan!
Jika pasangan anda sedang marah, jangan melawan kata-katanya. Jika anda membalas, keadaan akan menjadi lebih tegang. Seeloknya anda mendiamkan diri sahaja. Diam tidak bererti anda kalah atau salah tetapi itu tandanya anda cukup bersabar serta rasional. Jika boleh, beredarlah dari tempat itu seketika dan kembali berbincang apabila keadaan mula tenang.
Kemarahan akan menjadi lebih teruk jika pasangan mula mengungkit perkara yang sudah lepas. Tabiat suka mengungkit ini membuatkan rasa marah lalu tercetus semula dan ini tidak akan meredakan keadaan yang tegang. Apabila perkara itu sudah berlalu, cuba untuk memaafkan pasangan dan jangan diulang kembali cerita itu.
Marah itu ibarat api dan apabila terkena air ia akan padam. Jadi, apabila anda marah, sebaiknya basahkan diri dengan mengambil wuduk. Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
Luahkan rasa tidak puas hati anda dengan tutur kata yang teratur. Jangan meninggikan suara atau memekik. Biarpun rasa marah anda membuak-buak, cuba bertahan dan sabar. Apabila anda mula meninggikan suara, keadaan akan menjadi tidak terkawal.
Apabila pasangan anda sedang marah, terima setiap kata-kata yang dilemparkan dengan hati yang tenang dan minda terbuka. Jangan ambil peduli dengan setiap perkataan yang diluahkannya. Didik diri untuk bersabar dan anggaplah si dia hanya ingin meluahkan perasaan. Beri dia masa untuk berkata-kata.
Sebelum meluahkan sesuatu, fikir dahulu baik dan buruknya. Rancang dahulu perkataan yang ingin diluahkan supaya, anda tidak bercakap perkara yang boleh mengguris perasaan atau mencetus kemarahan. Jangan bertindak mengikut perasaan. Sebaliknya kawal perasaan dan kata-kata bagi memastikan perbualan itu berakhir dengan baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...