Ads

Busana Pertunangan Izzana Salleh Sarat Nilai Warisan, Tradisi Keluarga Hampir 100 Tahun

Biarpun sudah mendirikan rumah tangga kira-kira sebulan lalu dengan Adam Radlan Adam Muhammad, busana pertunangan Izzana Salleh masih lagi dikenang antara busana pertunangan yang cukup indah.

Bukan sekadar cantik dipandang, busana yang disarung pada majlis pertunangan dan berinai baru-baru ini rupanya membawa kisah keluarga yang cukup istimewa.

Menerusi perkongsian ibunya iaitu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, busana berkenaan merupakan replika pakaian warisan keluarga yang telah diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya sejak hampir 100 tahun lalu.

Busana Pertunangan Izzana Salleh Sarat Nilai Warisan, Tradisi Keluarga Hampir 100 Tahun

Menurut beliau, rekaan asal busana tersebut pernah dipakai oleh nenek Izzana, Fatimah, sebelum turut disarungkan oleh ibunya sendiri, adiknya Shameem serta Shahrizat ketika majlis pertunangannya 47 tahun lalu.

Ads

“Baju yang dipakai oleh Yana adalah replika baju yang dipakai oleh neneknya Fatimah. Dipakai oleh Maktoknya, ibu saya, dipakai oleh adik saya Shameem dan ya, saya sendiri pakai baju turun-temurun keluarga kami dari Pulau Pinang semasa bertunang 47 tahun lalu. Tradisi lebih kurang 100 tahun,” kongsinya.

Lebih istimewa, bukan busana sahaja yang membawa nilai sejarah keluarga. Barang kemas yang dipakai Izana juga dianggarkan berusia sekitar 70 tahun dan merupakan sebahagian daripada koleksi yang pernah dipakai Shahrizat serta adiknya.

Bagi keluarga ini, pemakaian barangan warisan tersebut bukan semata-mata kerana nilai klasik atau keindahannya, sebaliknya menjadi simbol kesinambungan tradisi serta ingatan kepada generasi terdahulu.

Ads

“Peninggalan nenek moyang yang diturunkan. Dipakai bukan hanya kerana ia klasik tetapi untuk meneruskan tradisi keluarga dan untuk berkat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrizat Jalil (@shahrizatjalil)

BACA JUGA: 22 Tahun Melayari Bahtera Rumah Tangga, Pengiran Anak Sarah dan Al-Muhtadee Billah Kekal Harmoni

Ads

Momen paling menyentuh hati tentunya apabila ibu Shahrizat melihat sendiri cucunya memakai busana yang pernah disarungkannya hampir 75 tahun lalu.

“My mother had tears seeing her cucu wear what she wore nearly 75 years ago. For me too. Tears in my heart. I felt the berkat.”” tulis Shahrizat mengakui momen tersebut cukup menyentuh perasaannya.

Dalam dunia perkahwinan yang sentiasa berubah mengikut trend, kisah Izzana membuktikan bahawa nilai paling indah sesebuah busana kadangkala bukan terletak pada rekaannya semata-mata, tetapi pada sejarah, doa dan kasih sayang yang dibawanya merentasi generasi.

Busana warisan seperti ini bukan hanya menjadi pelengkap sebuah majlis, malah menghubungkan masa lalu dengan masa kini, menjadikan hari istimewa lebih bermakna dengan cerita keluarga yang tidak ternilai harganya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Empat Tahun Menyulam Cinta, Givina Lukita Dewi & Mario Caesar Disatukan...

Selepas kira-kira empat tahun menyulam cinta, pelakon Indonesia, Givina Lukita Dewi akhirnya sah bergelar isteri kepada anggota kumpulan NPD, Mario Caesar dalam sebuah majlis...