Squat Buat Punggung Bakal Pengantin Lebih Power Juga Tahap Kesihatan Semakin Mantap

Share

10 MANFAAT LAIN SENAMAN SQUAT SELAIN MENCANTIKKAN PUNGGUNG

Kepada yang tak biasa atau tak pernah buat senaman Squat mungkini akan rasa senaman ini agak sukar untuk dilakukan. Tapi, sebaik sahaja anda menguasai teknik yang betul, anda boleh lakukannya pada bila-bila masa. Ramai menganggap senaman squat ini hanya bertujuan untuk memantapkan punggung. Hakikatnya, ia sebenarnya mempunyai lebih banyak manfaat yang ramai orang tak tahu..

Di sini Coach share 10 manfaat:

1. Menambahbaikkan peredaran darah dan mengelakkan selulit
Regangan daripada melakukan squat dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan lebih lancar dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Peredaran yang baik bermakna lebih banyak nutrien dan oksigen sampai ke organ-organ penting. Dan ya, anda boleh ucap selamat tinggal kepada selulit, jika anda melakukan senaman ini dengan kerap.

2. Membantu penghadaman yang baik
Squat membantu menyingkirkan bahan buangan daripada badan dengan lebih baik. Tindak balas otot melalui senaman ini memperbaiki aliran cecair di dalam badan, pada masa yang sama memudahkan proses pembuangan melalui usus.

3. Membina otot di seluruh badan, bukan punggung sahaja
Walaupun pergerakan lebih tertumpu pada bahagian kaki, squat juga menggalakkan pertumbuhan otot di seluruh tubuh badan. Senaman ini begitu intense sehingga mewujudkan rembesan hormon-hormon yang begitu penting untuk pertumbuhan otot tisu.

4. Tidak meletakkan tekanan pada bahagian belakang
Kebanyakan senaman lain selalunya memberi tekanan yang tidak wajar pada lutut, pergelangan kaki, dan bahagian belakang. Namun squat, sebagai satu senaman berimpak rendah, tidak mempunyai kesan ini. Ia sangat berguna jika anda mempunyai masalah punggung, lutut atau buku lali lemah.

5. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan tidak memerlukan apa-apa aksesori atau peralatan
Tidak perlulah pergi ke gimnasium atau beli apa-apa kelengkapan kerana senaman squat yang simple ini amat berkesan dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Tak kisahlah sama ada di rumah, di pejabat, ataupun sewaktu anda pergi melancong.

6. Anda akan berjalan seperti seorang model!
Kebaikan squat juga merangkumi pada postur. Squat adalah cara yang bagus bukan sahaja untuk memperbaiki postur, tetapi juga untuk membina keseimbangan yang lebih baik. Ia turut membantu menguatkan otot belakang, sekaligus mengelakkan sakit belakang disebabkan oleh duduk di kerusi terlalu lama.

7. Membakar lemak dan menurunkan berat badan
Selain membina otot dan melancarkan peredaran darah, senaman squat turut membakar kalori. Senang kata, squat adalah satu senaman komprehensif bagi mengekalkan kesihatan, dan pada masa yang sama menurunkan berat badan. Seluruh tubuh akan menjadi cergas!

8. Menguatkan lutut, meningkatkan fleksibiliti, dan mencegah kecederaan
Lenturan dan regangan lutut dalam senaman squat dapat menguatkan otot pada bahagian tersebut serta membolehkan lebih banyak oksigen dan darah mengalir di sekitar sendi. Ini membantu untuk memastikan anggota tubuh badan lebih fleksibel dan kuat.

9. Menggerakkan seluruh otot pada kaki
Tidak seperti peralatan senaman tertentu di gimnasium, yang menyasarkan otot tertentu sahaja, senaman squat menggunakan setiap otot yang ada pada kaki. Ini bermaksud keseluruhan kaki akan bersenam, semua dalam satu masa! Inilah salah satu manfaat terbesar senaman squat.

10. Membentuk, mengukuh, dan membulatkan punggung
Sudah tentu! Squat dapat mengukuhkan otot punggung dalam masa yang singkat, tanpa perlu meletakkan apa-apa beban di belakang. Jadi, kalau nak dapatkan punggung cantik yang boleh buat anda rasa bangga dan puas hati, buatlah squat hari-hari.

Bagaimana hendak bermula jika anda masih baru? Mudah saja, Coach selalu ajar cuba buat 10 kali setiap kali lps solat. Mula2 dptlah 50 kali sehari. Then tambah lah setiap hari kpd 15, 20, 30 setiap kali lps solat, lama2 anda akan semakin kuat dan mudah melakukan.

Perkongsian Di Facebook : Coach Anuar

(Kredit tulisan oleh Farouq Johari. saysdotcom)

IKLAN