Kisah rumah tangga memang menjadi perhatian ramai. Namun ia tidak wajar diperkatakan atau dijadikan ‘bahan membawang’ seolah-olah kehidupan masing-masing cukup sempurna.
Sejak akhir-akhir ini semakin banyak isu rumah tangga menjadi bualan warga maya apatahlagi jika ianya melibatkan selebriti. Bukan ‘main’ seronok lagi bila masing-masing bercerita tentang perihal rumah tangga orang seolah-olah tahu serba-serbi.
Tidak dapat dinafikan, kisah pergolakan rumah tangga semakin mengungguli carian paling popular di internet terutama media sosial. Ada yang memuat naik status mengenai kecurangan pasangan, membuat ‘live’ di platform media sosial untuk meluahkan perasaaan, malah ada yang memuat naik bukti kesalahan suami atau isteri dengan alasan ia jalan terakhir untuk menyelamatkan perkahwinan.
Berhentilah dari mentertawakan rumahtangga orang, jodoh orang, pernikahan orang, perceraian orang. Berhenti juga dari dijadikan bahan penulisan dan ”mengumpulkan” banyak kata-kata tidak baik (sama-sama mentertawakan) perihal orang lain.
1. Seandainya kita sedang punya pasangan pada saat ini, syukuri lah. Jika kamu sedang memiliki maka hargailah ia dengan sebaik mungkin. Jangan sampai kamu kehilangannya nanti.
Ads
2. Semua pasangan di dunia ini hanyalah bersifat pinjaman. Apa yang kita sedang lihat berlaku kepada orang lain, boleh berlaku kepada kita sendiri. Boleh jadi nanti. Boleh jadi esok. Mudah sangat bagi Allah untuk mengubah hati sesiapa pun, termasuk hati mu sendiri.
3. Kadang ujian datang kepada kita, hanya kerana kelalaian kecil yang pernah kita lakukan. Membuat jenaka tentang orang, menjadikan kisah hidup orang lain sebagai tulisan lawak. Padahal banyak perkara yang kita tidak tahu. Penilaian kita hanya dari apa yang kita baca dan ia tidak semestinya benar.
4. Seorang isteri memang sebaiknya manja dengan suami. Menjadi manja dengan pasangan bukanlah suatu hal yang bodoh. Suami sukakan isteri yang bijak, manja tetapi bertempat. Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah perbuatan yang sangat baik. Tidak ada yang lucu tentang itu. Isteri yang baik adalah isteri yang membahagiakan dan tenang apabila dipandang.
5. Jodoh, ajal dan maut, semuanya adalah ketentuan Allah.
Ads
6. Jangan pernah takut kehilangan orang. Kalau kita sudah berikan yang terbaik (semampu mungkin), bukan kita yang kehilangan mereka. Tetapi mereka yang kehilangan kamu. Teruskan menjadi seorang yang baik. Jadi “ex” yang baik.
7. Selalu ingatkan diri. Semua di dunia hanyalah pinjaman. Tidak ada yang abadi melainkan Allah. Dan ketidakabadian itu sendiri.
8. Hati-hati dengan penulisan. Boleh jadi ia menjadi timbangan yang membantumu ke syurga Allah.
9. Setiap kali membaca tentang ujian rumah tangga orang lain, segera berdoa agar kita dijauhkan dari hal yang tidak baik. Belajar memperbaiki diri dan bukan menghukumi. Kita semua tidak sempurna.
10. Satu hal yang lelaki harus tahu, bukan kekayaan yang menjadi buruan wanita matang. Tetapi keikhlasan, keperibadian yang baik, keimanan. Tidak juga berharap kepada kesetiaan, cukuplah dengan kejujuran dan keikhlasan. Tidak langsung memandang kepada rupa, yang penting hati yang mulia. Wang boleh dicari, asal dia rajin berusaha.
Song Hye-kyo kekal awet muda, wajah seakan tak dimamah usia, rupanya ini ‘ritual’ yang diamalkan. Kecantikan pelakon jelita bertubuh genit, Song Hye-kyo sering memukau perhatian ramai. Tanpa sebarang solekan tebal, kecantikan aslinya tetap terserlah.
Song Hye-kyo Kekal Awet Muda, Wajah Seakan Tak Dimamah Usia, Rupanya Ini ‘Ritual’ Yang Diamalkan
Memiliki bentuk tubuh yang langsing, siapa sangka Hye-kyo telah mencecah usia 45. Jika mengikut usia rasmi, Song Hye-kyo berusia 46 tahun tetapi jika di Korea, kiraan umur bertambah satu tahun menjadi 46 tahun.
Kecantikan bintang jelita berusia 45 tahun ini kelihatan langsung tidak dimamah usia. Tentu ada amalan kecantikan yang diamalkan oleh Hye-kyo sehingga dia mampu ‘mempertahankan’ kejelitaannya tanpa luntur.
AMALAN RUTIN KECANTIKAN SONG HYE-KYO:
1. Senaman
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Tetap aktif dengan olahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
2. Mengurut wajah dengan ais batu
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah ini juga berkesan untuk menangani wajah yang sembab akibat kurang tidur.
3. Menggunakan produk perawatan wajah anti penuaan
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
4. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral secukupnya
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat. Buah-buahan dan sayur-sayuran memang wajib ada dalam diet hariannya terutama labu.
5. Masker wajah daripada campuran putih telur dan madu asli
Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.
6. Masker wajah daripada madu asli
Masker wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.
Song Hye-kyo pertama kali debut watak utama dalam drama ‘Autumn in My Heart.’ Memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin, lakonan aktres jelita ini berjaya mencuri perhatian peminat-peminat Kdrama. Song Hye-kyo sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.
Kalau anda suka makan puding roti, anda mesti cuba buat ‘Puding Roti Kayangan’ ini. Makan pula sejuk-sejuk ketika berbuka puasa dengan suami tercinta, tentulah nikmatnya tidak terkata.
Resipi Puding Roti Kayangan ini pula berbeza dengan puding roti yang biasa kerana bahan utamanya menggunakan roti coklat berkismis. Mungkin sebab itulah nama resipinya ‘Puding Roti Kayangan’.
Berikut resipi Puding Roti Kayangan seperti yang dikongsikan oleh Munirah Jasamai
Jodoh sampai di situ, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri sah bercerai sejak Ogos lalu.
Dengan kehadiran seorang anak perempuan, pasangan ini memilih untuk menjadi kawan demi masa depan anaknya.
Jovian Mandagie Dan Nina Ismail Jadi Kawan
Siapa sangka, berita sedih ini diumumkan sendiri Jovian menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya hari ini.
“Ada perkahwinan istimewa yang tercipta untuk seumur hidup, tapi perkahwinan kami pula berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.
“Pada Ogos lalu, kami sama-sama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah yang terbaik.
“Kami dapati, sebagai sahabat dan ibu bapa kepada Jeanelle (anak), kami berkongsi rasa cinta yang berbeza yang harus kami hargai,” tulisnya.
Berpisah Secara Baik
Menantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini turut berkongsi rasa syukur kerana sudah melakukan yang terbaik sepanjang menempuhi alam perkahwinannya bersama bekas isterinya itu sebelum masing-masing berpisah secara baik.
“Memandangkan kebahagian Jeanelle adalah kebahagian kami, maka kami sudah lakukan yang terbaik. Alhamdulillah.
“Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah. Kami percaya Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.
“Selepas beberapa dekad, kami akan sentiasa ingat kenangan itu. Sokongan anda kepada Jovianina tidak ternilai dan kami berharap sokongan itu akan berterusan,” katanya.
Tersentuh Dengan Komen Orang Ramai
Pada masa sama, Jovian turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif daripada pengikutnya dalam laman sosial atas apa yang terjadi ke atas rumah tangganya.
“Semalam, kami adakan sesi secara langsung dalam TikTok. Kami tersentuh dengan komen-komen mengenai rumah tangga kami. Kami rasa adalah penting untuk kami kongsikan dengan anda semua.
“Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik. Apa juga yang anda saksikan dalam media sosial sejak empat bulan lalu adalah benda yang nyata.
“Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hodup selama hampir sedekad. Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” kata abang ipar kepada penyanyi Dafi itu.
Untuk rekod, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...